Berpeluang pergi ke The Habitat Penang Hill memang satu peluang yang awesome giler. Menyesal gilerrr sebab dok tak lama dalam tu. Setakat enam jam je..rasa nak stay lama lagi tapi sebab risau kena beratur panjang untuk turun..jadi terpaksa la turun awal.
Alhamdulillah cuaca memang best. Saya masuk jam 9.30 pagi..memang cuaca just nice. Sejuk-sejuk je kat atas. Ramai la juga pengunjung kat atas.
Zaman universiti dah pernah naik Bukit Bendera ni..tapi itu zaman dulu. Train pun slow melow ja...sekarang ni laju giler. Tak sampai 12 minit rasanya. Selesa sangat.
Staf pun ok je semua..staf kat The Habitat pun friendly.
Sesuai la kan dalam hutan. Tenang je rasa. Kita yang nak masuk tempat camtu pun kena lah rileks dan chill sahaja. Memang niat nak touch the nature and blend myself with nature. Bila masuk Habitat..rasa calm giler. Oksigen fresh je...bau hutan tu yang mahai. Bunyi hutan pun best.
Tak mau citer panjang..sebab u ols boleh baca details kat website
https://thehabitat.my
Semua maklumat ada di situ.
Seriously, sesiapa yang suka nature..memang kena mai sini. Ada giant swing. Tempat tu memang wow giler..best kalau pergi tak ramai orang...bolehlah spend masa lebih kat giant swing tu. Rasa tenang je. Lagipun kita dok di ketinggian yang sama dengan pokok. Giler tak best !!!
Weekdays la kalau tak ramai orang...ermmm.
Oh ya..lupa nak gtau tiket..saya dapat 50% disc..sebab guna Touch N Go E Wallet. Sepatutnya rm55 jadi disc separuh harga. So jimat sangatlah....
Lagi satu..kalau sesiapa yang jenis rasa nak ke toilet tu..jangan risau..toilet ada je di situ. Awal masuk, tengah dan hujung.
Masuk jalan kaki..nanti dah habis ronda... shuttle ada. Percuma !! So tak lah letih sangat...
Overall..i want to go there again !!!!!