Friday, June 9, 2023

PERFUME PALING BEST TOP 3

Yuhuuuuuuuu !!!

Spend lebih sket dapat beli perfume original. Orang kata bau perfume fake pun..sama je dengan yang original. Entahlah..bagi hidung cikgujill..ada je bezanya.


yang inspired ni macam bau keras sket. Terpulanglah pada individu. nak berjimat, tapi nak wangi..beli je lah yg saiz vial tu. Murah murah je. Dalam rm 10 pun boleh dapat. yang ni original yer...


Top 3 bagi cikgujill ialah...


No satu ..forever and ever bagi cikgujill adalah ...ni dari tahun 2003 ku jatuh chenta !!!



No dua..perfume agak baru. yang ni haaaa...




dan yang ketiga..tetap wangi forever
. satu dunia suka bau ni....

Gambar semua cilok dari google 

Masa mengajar pakai yang light-light je..risau juga kalau pakai yang bau agak keras nanti..student boleh uwek tepi cikgujill. Aiyoooooooo!!

Nak bau soft je..hujung2 hidung. SEkali kita pusing..bau..lembut je !!

Tapi budak-budak sekarang advance...depa pun pakai perfume lagi over dari cikgu-cikgu.


 

Sunday, June 4, 2023

TIPS MENJAWAB BIOLOGI SPM

 YUHUUUUUU !!

Soalan Biologi yang cikgu-cikgu sediakan bukanlah syok sendiri yer. Semuanya ada peraturan yang khusus bagaimana soalan itu dicipta.

Semua tajuk mesti diajar oleh cikgu Biologi masing-masing. Terkandung dalam buku teks Ting 4 dan Ting 5.

Dan juga akur mengikut Huraian Sukatan Pelajaran yang telah ditetapkan oleh KPM.

Secara kasarnya cikgujill share yer...

Bukan apa..cikgujill semua student Biologi seluruh Malaysia ni rasa enjoy je bila belajar dan tak kata Biologi ni susah. Maybe ada susahnya..tapi taklah sesusah susah susah sangat. Heheheh..


Cikgujill percaya..cikgu kamu semua akan pulun dan berusaha keras untuk bagi kamu semua faham.





Contoh soalan yang ditanya mengikut konstruk cikgujill akan kongsikan pada next posting yer.
All the best semua.



FITNESS CENTRE DI PERLIS

 YUHUUUU !!!


Salah satu cara nak kekal sihat dan bertenaga..cikgujill memilih bersenam. Bersenam ni banyak faedahnya. Memandangkan aktif dari zaman muda-muda lagi dengan aerobik, menari lah..jadi sampai sekarang masih belum boleh tinggal kan dunia fitness.


Cuma slow down la sket. Dulu asal ada lagu baru yang best, dalam otak terus fikir koreo. Sekarang..dengar lagu pun kadang-kadang.

Nak cari tempat untuk membakar lemak di perlis ni. Banyak sebenarnya. tapi cikgujill shorlisted yang cikgujill memang selalu pergi. Ok?

I mean selalu pergi sejak dari tahun 2013 sampai sekarang.


Jangan risau, kaki-kaki fitness di Perlis ni semua sporting belaka. Fun to be with. Friendly.


Pertama sekali u ols boleh pergi ke 4J Fitness. Kat sini ada buat kelas zumba. Zin pun best. Energetic. Zin Fatin. Zin Zuraida pun ada. Diq Wan pun ada..

Kedua boleh pergi ke Fitnessku. Betul-betul dalam pekan Kangar. Depan Maybank. Depan stesen bas legend Kangar. 

Sini boleh guna alat-alat. TRX pun ada. Tapi kena bayar la. RM10 je..best kat sini. Teringat masa mula-mula pergi dulu. Masa baru buka tahun 2014 ke..2013. Zumba kat situ lah. Stepboard pun di situ.

Ketiga ZLP Fitness. Zin Syikin..best juga. Energetic!!


Keempat..PKFU Fitness. Dekat dengan roundabout Kangar. Sini ada aerobik. Stepboard juga. Instructor pun muda-muda lagi.

U ols boleh search kat FB semua tempat tu.

So..bila dah jadi orang Perlis..jangan kata takde tempat nak berfitness...ada je. Boleh pilih!!


PKFU Fitness



TEMPAT HEALING MINUM KOPI YANG BEST DI PERLIS

 YUHUUUUUUU !!

Kerja apa sekalipun..mesti ada juga part yang stress kan? Kerja cikgu yang stress nya bila budak-budak takmau belajar, takmau dengar cakap, takmau buat kerja sekolah. Kan?


Tapi..itu dululah. Budak-budak kat sekolah cikgujill taklah bagi stress sangat. Yang selalu stress bila kerja banyak. Idea banyak, tapi tak sempat nak buat. Rasa "geram " semacam je. Selalunya bila nak buat info media..bahan bercetak atau nak buat soalan. Nak edit video pun sesuatu yang agak stress juga sebenarnya.


Kan best...kalau ada assistant untuk buat semua tu. Bagi je arahan..lepas tu dia tolong buat. 

Haaaa...sekarang kan guna teknologi AI..kita try nanti.

Bila rasa stress mulalah nak cari kopi sedap.

Well..nak share tempat minum kopi yang best di perlis. Kedai lokal yer..bukan yang memang dah popular satu dunia.

Nak share tempat je..details you all boleh tengok kat fb page.


Bila kata best ni..maksudnya kopi sedap..dan semestinya suasana best.  Bila kita pergi situ..kita tak rasa kekok, kita rasa easy going je. lagi satu crowd kat situ pun best-best.

Tapi, golongan muda yang banyak menguasai kedai kopi camni. Bila kami mak mak yang umur 40an ni pergi..bila kita rasa ok je. Selesa..so jadi cikgujill dan kawan-kawan akan ulang pergi.

Nak pergi dengan husband pun ok. Layan suasana. Nak santai...nak healing. pasang lagu pun yang chill je. 

So..kedai kopi di perlis yang best adalah Block Caife..Rutiyn

https://www.facebook.com/rooftopstation

Meh nak share gambar...must try ok!!

nice..selesa
dengan kawan-kawan


simple je konsep nya




rileks je kan..tak crowded.backstreet ..lorong-lorong belakang..tp sempoi



Saturday, June 3, 2023

PERSIAPAN BILA SEKOLAH NAK BUKA SETELAH CUTI LAMA

 Yuhuuuu semua !!!


Cuti sekolah memang banyak. Cuti penggal pertama la, penggal kedua la..akhir tahunlah..raya lah..macam-macam.

Cuti memang banyak, tapi kerja cikgu tetap banyak juga. Pandai-pandailah curi masa untuk family, siapkan kerja atau apa saja.

Bagi murid, sebelum nak buka sekolah tu..sila lah buat checklist apa yang patut.

paling penting persediaan nak ke sekolah. Jiwa pun kena bersedia juga.

Fizikal dan mental apatah lagi.

Nah...cikgujill senaraikan sket-sket apa yang perlu sebelum buka sekolah nanti ni.

Mak mak..ayah ayah..sila la periksa beg anak masing-masing. Tengok sama anak2 follow tak jadual. jangan bawa barang yang tak sepatutnya.

Jangan bagi ada masalah kat sekolah, sebab cikgu-cikgu nak fokus mengajar. Kalau ada masalah disiplin, adehh..rasa tak best tau !! Kami pun takmo la bising bising pasal tak bawa buku nota ke, ataupun masalah yang lain.

Mengajar 2 waktu (60minit) kalau nak berletiaq je..rasa rugi sangat.