Wednesday, April 29, 2020

APA ITU RADANG?

Masa #cikgujill darjah 4, masa dok di Berek Polis Pengkalan Chepa, saya main sembunyi2, orang putih panggil "hide and seek" hehehe..saya sembunyi, saya panjat tempat tinggi...sekali saya jatuh..ntah camna lepas jatuh saya tak rasa apa2..steadyyy !! Saya balik umah, saya baring..lepas tu umi saya nampak tangan saya 😓 siku kiri dah tersenget,. bengkak. Merah..nak citer itu lah satu contoh keradangan.
Nak tau citer selanjutnya, pm saya 😅 smp sekarang tangan macam pendek sebelah 🙄
KERADANGAN ni jgn buat main2 ye. Sila ambil serius.
Keradangan ialah satu gerak balas pantas yang memusnahkan dan meneutralkan tindakan berbahaya mikroorganisma dan toksin pada peringkat awal jangkitan.
Bahagian yang radang membengkak menjadi merah dan semestinya rasa SAKIT !!!!!!!!
🔴🔴
 Apabila tisu rosak ianya akan membebaskan Histamin. Histamin ini lah yang akan merangsang gerakbalas keradangan dengan serta merta.
🔴🔴Histamin ini akan menyebabkan pengembangan kapilari darah ke kawasan jangkitan. So banyak darah akan ke kawasan jangkitan.
🔴🔴Sel fagosit dan mekanisme pembekuan darah akan dicetuskan dan fagositosis turut berlaku.
Semua ni budak Biologi belajar di T4 KSSM.
NANAH warna putih..of course la busukk cek ooiiii...nanah adalah campuran mikroorganisma, cebisan tisu dan sel darah putih yang boleh didapati di tempat jangkitan yang serius atau tisu yang rosak.

ATRITIS REUMATOID



Sekali sekala, kita tengoklah jari jemari ibu and ayah kita, takpun tokwan kita ke. Cer tengok jari depa. Kalau macam dalam gambar di bawah itu kita panggil Artritis reumatoid.
Ada banyak jenis artritis ni. Contoh yang paling dekat di bahagian lutut. Sakitnya nak bengkok atau lipat lutut. Kalau mak kita dah mula tunjuk rasa sakit tu, sediakanlah kerusi untuk solat ye. Kalau guna toilet cangkung..tukarlah pada toilet duduk ye.
Soalan pasal sakit di bahagian lutut dah ditanya pada soalan SPM 2019 soalan no 4 rasanya 😅..
🔶Artritis reumatoid ni selalu berlaku kepada orang tua. Disebabkan oleh membran sinovia pada sendi di jari,. pergelangan tangan dan kaki menjadi radang. Belum ada rawatan yang khusus, tapi kita dapat legakan kesakitannya dengan menggunakan tuam air panas atau ubat Pelali.
Janganlah marah bila orang tua mengadu sakit pada tangan, kaki, jari dan lutut. Bertabahlah..memang sakit. Tolonglah apa yang perlu.
🔶Artritis gout pun ramai yang kena. Sakit pada sendi. Bengkak. Sakit bukan sket2 yer. Memang sakit!! Penyakit ni disebabkan oleh pengumpulan asid urik dari makanan yang tinggi protein.
Budak Biologi T4 KSSM dan T5 KBSM belajar ni..

MACAM MANA DARAH BOLEH BEKU

Masa darjah 1 #cikgujill belajar potong sayur petola, atau ore kelate panggil "teney" kan..tahun tu kami dok di Berek Polis Lubok Bongor, Jeli, Kelate. Umi saya ajaq potong...sweetlah memory masa tu. Umi masa tu muda..bak pun 😍 cantik and handsome.
Time potong tu, jari kena pisau. Luka. Darah. Umi tak marah. Bak boh ubat..minyak gamat. Katanya nak bagi stop darah darah mengalir.
Magic!! Memang berkesan. Sampai sekarang saya percaya kehebatan minyak gamat.
Dalam Biologi T5 KBSM belajar semua ni. Mekanisme Pembekuan Darah.
Kepentingannya adalah :
✔️tutup luka
✔️mengelakkan kehilangan darah yang berlebihan
✔️mencegah kemasukan patogen
✔️memastikan peredaran darah sentiasa dapat beredar dlm persekitaran yang tertutup
Camna luka kita boleh kering darah boleh berhenti mengalir????
Watak utama dalam citer ini ialah PLATLET (tidak mempunyai DNA) dan hidup max 9 hari sahaja.
Watak sampingan adalah TROMBOKINASE di mana menukarkan Protrombin kepada Trombin.
Seterusnya Trombin tu akan menukarkan FIBRINOGEN kepada FIBRIN.
Darah beku terhasil dan last sekali keruping. Keruping tu la yang kita selalu geram nak cabut! Kannnnnn???
Penampilan khas dalam citer ni ialah ion Kalsium dan Vitamin K.
*photo dr google
#cikgubio

Monday, January 30, 2017

TRADE IN KERETA AMBIL YANG 2ND HAND...

Yuhuuu !!! Yuhuuuuu!!

well..post kali ni berdasarkan
 apa yang aku alami sekarang. aku sedang menunggu kereta baru ku sampai ke tangan. Errmmm, macam lambat la lagi sebab agreement pun belum sign lagi. Well..jom baca camna aku boleh nak trade in kereta...

Kereta Persona aku ni 1st edition, memang tiptop condition, cumanya aku tak sempat la nak mekap2kan..nak jaga interior ke apa. kete aku tu memang berlemoih cek. So, teringin nak pakai kete lain. aku teringin nak pakai jazz beb!!! G survey kete kat Vimal Trading...errmmm jumpa la satu Jazz ni, asal nak tengok2 je..rupa2nya terus berkenan. Terus bagi documents yg diperlukan. Sekarang kan semua online..setel jap jer!!! But, pertama sekali kena check dulu Persona nye hutang tinggal brp..called bank..tengok balance ada lagi RM10k. Wah..sket dah..kalau ada bayar je semua kan? Huhuuu...

So Jazz ni RM63k...since Vimal nak amik Persona aku tu RM16k..so harga kereta jazz tu jadi RM59k. Dok buat kira2 aku kena bayar RM701 sebulan. Ok la persona kena bayaq RM625..lari la sket. Tp disebabkan nak pakai sangat Jazz..ok laa.

Loan bank tak lulus semua..sebab tu aku kena bayaq rm701 sebulan untuk 8 thn. Sbb apa tak lulus banyak sbb aku ada CCRIS PTPTN..huhuuuuu!! Dan juga of course rekod aku macam tak cantik, sebab aku pernah tak bayaq kereta selama sebulan ( kes tak cukup duit..thn bila ntah)

Now am waiting for Vimal to call nak g sign agreement. Lps tu..next procedure, kereta masuk puspakom, kena tukaq nama..tunggu payment kereta persona setel...baru laa Jazz dapat ke tangan aku ni. Perghhhh..!!

Jazz tu dah test drive... condition ok. Jazz tu tahun 2013...mileage tak sampai 50k..ikshh..owner asal tak guna sangat kot kete tu...aku nye mileage kat 200k...huhuuu...berulang ke kelate sokmo..ke tganu..ke kl..merata2...huhuuu

selamat pakai kete baru kat diri sendiri...even 2nd hand!!! FINALLY DAPAT PAKAI HONDA JAZZZZZZZZZZ!!!!