Wednesday, April 29, 2020

EDEMA

Once upon a time...hehe masa #cikgujill mengandung dulu pernah jadi camni. Bayangkan berat saya masa tu 75kg. Besaq tetapi maintain comel (pregnant lady semua comel kannn?)
Keadaan ni kita panggil EDEMA.
Apa itu edema..jangan risau, jangan panik yer. Selalunya edema ni pulih. Camna boleh berlaku? Ini melibatkan sistem limfa. Bendalir tisu yang tidak dikembalikan semula ke dalam aliran darah sistem peredaran utama. Ianya terkumpul di ruang antara sel. So,tisu badan jadi bengkak. Kalau kita duduk lama2, boleh jadi edema ni.
Punca edema ni...
✔️ kehamilan
✔️pesakit yang terlantar utk tempoh yg lama
✔️kekurangan protein plasma (albumin) dlm darah
✔️jangkitan parasit disebabkan oleh cacing Brugia sp. Cacing ni ditularkan oleh nyamuk. Soalan ini pernah ditanya dalam SPM 2018 soalan esei no 7. (gmbq boleh dilihat di komen)
Topik ni belajar dalam Biologi T4 KSSM dan T5 KBSM
#cikgubio
*pic kredit dr google

APA ITU RADANG?

Masa #cikgujill darjah 4, masa dok di Berek Polis Pengkalan Chepa, saya main sembunyi2, orang putih panggil "hide and seek" hehehe..saya sembunyi, saya panjat tempat tinggi...sekali saya jatuh..ntah camna lepas jatuh saya tak rasa apa2..steadyyy !! Saya balik umah, saya baring..lepas tu umi saya nampak tangan saya 😓 siku kiri dah tersenget,. bengkak. Merah..nak citer itu lah satu contoh keradangan.
Nak tau citer selanjutnya, pm saya 😅 smp sekarang tangan macam pendek sebelah 🙄
KERADANGAN ni jgn buat main2 ye. Sila ambil serius.
Keradangan ialah satu gerak balas pantas yang memusnahkan dan meneutralkan tindakan berbahaya mikroorganisma dan toksin pada peringkat awal jangkitan.
Bahagian yang radang membengkak menjadi merah dan semestinya rasa SAKIT !!!!!!!!
🔴🔴
 Apabila tisu rosak ianya akan membebaskan Histamin. Histamin ini lah yang akan merangsang gerakbalas keradangan dengan serta merta.
🔴🔴Histamin ini akan menyebabkan pengembangan kapilari darah ke kawasan jangkitan. So banyak darah akan ke kawasan jangkitan.
🔴🔴Sel fagosit dan mekanisme pembekuan darah akan dicetuskan dan fagositosis turut berlaku.
Semua ni budak Biologi belajar di T4 KSSM.
NANAH warna putih..of course la busukk cek ooiiii...nanah adalah campuran mikroorganisma, cebisan tisu dan sel darah putih yang boleh didapati di tempat jangkitan yang serius atau tisu yang rosak.

ATRITIS REUMATOID



Sekali sekala, kita tengoklah jari jemari ibu and ayah kita, takpun tokwan kita ke. Cer tengok jari depa. Kalau macam dalam gambar di bawah itu kita panggil Artritis reumatoid.
Ada banyak jenis artritis ni. Contoh yang paling dekat di bahagian lutut. Sakitnya nak bengkok atau lipat lutut. Kalau mak kita dah mula tunjuk rasa sakit tu, sediakanlah kerusi untuk solat ye. Kalau guna toilet cangkung..tukarlah pada toilet duduk ye.
Soalan pasal sakit di bahagian lutut dah ditanya pada soalan SPM 2019 soalan no 4 rasanya 😅..
🔶Artritis reumatoid ni selalu berlaku kepada orang tua. Disebabkan oleh membran sinovia pada sendi di jari,. pergelangan tangan dan kaki menjadi radang. Belum ada rawatan yang khusus, tapi kita dapat legakan kesakitannya dengan menggunakan tuam air panas atau ubat Pelali.
Janganlah marah bila orang tua mengadu sakit pada tangan, kaki, jari dan lutut. Bertabahlah..memang sakit. Tolonglah apa yang perlu.
🔶Artritis gout pun ramai yang kena. Sakit pada sendi. Bengkak. Sakit bukan sket2 yer. Memang sakit!! Penyakit ni disebabkan oleh pengumpulan asid urik dari makanan yang tinggi protein.
Budak Biologi T4 KSSM dan T5 KBSM belajar ni..

MACAM MANA DARAH BOLEH BEKU

Masa darjah 1 #cikgujill belajar potong sayur petola, atau ore kelate panggil "teney" kan..tahun tu kami dok di Berek Polis Lubok Bongor, Jeli, Kelate. Umi saya ajaq potong...sweetlah memory masa tu. Umi masa tu muda..bak pun 😍 cantik and handsome.
Time potong tu, jari kena pisau. Luka. Darah. Umi tak marah. Bak boh ubat..minyak gamat. Katanya nak bagi stop darah darah mengalir.
Magic!! Memang berkesan. Sampai sekarang saya percaya kehebatan minyak gamat.
Dalam Biologi T5 KBSM belajar semua ni. Mekanisme Pembekuan Darah.
Kepentingannya adalah :
✔️tutup luka
✔️mengelakkan kehilangan darah yang berlebihan
✔️mencegah kemasukan patogen
✔️memastikan peredaran darah sentiasa dapat beredar dlm persekitaran yang tertutup
Camna luka kita boleh kering darah boleh berhenti mengalir????
Watak utama dalam citer ini ialah PLATLET (tidak mempunyai DNA) dan hidup max 9 hari sahaja.
Watak sampingan adalah TROMBOKINASE di mana menukarkan Protrombin kepada Trombin.
Seterusnya Trombin tu akan menukarkan FIBRINOGEN kepada FIBRIN.
Darah beku terhasil dan last sekali keruping. Keruping tu la yang kita selalu geram nak cabut! Kannnnnn???
Penampilan khas dalam citer ni ialah ion Kalsium dan Vitamin K.
*photo dr google
#cikgubio