Friday, May 15, 2020

MASUK KEDAI "BERHANTU"

MASUK KEDAI "BERHANTU"
-----------------------------------
Ada dua kedai berhantu bagi sejenis manusia yang suka wangi-wangi dan suka deco-deco.Tahun 1999, kedai ni la yang aku masuk dan beli item nak deco meja study masa di USM.
Kertas pembalut dan kad kad cantik. Kad kat situ rasa "mahai" sangat. Riben macam macam jenis. Kilat kilat, glitter2 bagai. Tengok staff kat situ dok balut hadiah rasa glamour jer..Kotak hadiah pun beli di situ. Macam2...
Lovely Lace lak bau kedai harum semerbak. Dok jauh pergh..start dari situ la kenai oil burner la..heheehe. Zaman kegemilangan pot pouri. Kat sini hiasan cantik2, kreatif sungguh. Wujud lagi ke kedai2 ni..? 😅
Nak habaq kedua2 kedai ni memang penuh sentimental value.
Sekarang dok guna bau ni dari DeXandra...Rose Forest rasa macam dok dalam kedai Lovely Lace.

GELAGAT CIKGU SAINS YANG "OVER" SEMPENA HARI GURU

GELAGAT GURU-GURU SAINS YANG "OVER"

Sekarang ramai cikgu ada Youtube Channel...hampir kesemua subjek. Tahniah yang dah ada channel. Buat video bukan nak glamour, tetapi keperluan semasa dan #normabaharu . Infact, saya start buat video dari tahun 2014..tapi silap saya tak compile cantik2 dan waktu itu phone pun gitu2 je. Nak sampaikan content banyak kaedah...tapi video lebih seronok! #cikgujill tak sampai tahap guna aplikasi canggih2...not yet! Bukan tak mau cuba.(akan)
Channel saya bukan hanya psl Biologi dan Sains sahaja. Aktiviti di sekolah pun ada.
Itulah life #cikgujill di sekolah....😍😍



Saya share video kompilasi saya dan kawan-kawan yang hebat dan kreatif. Berani macam saya juga..😂😂 kami buat sampai jadi.
Nantikan video drama kami "Merentas Masa"...(coming soon)
#cikgubio



https://youtu.be/QFT-Zg3UoV4

Saturday, May 2, 2020

TENTANG HUJAN

Terdengar guruh di langit, ku intai ke luar dan ku lihat awan gelap menyelubungi langit. Berat. Seakan tidak mampu lagi untuk menampung beban. Pandanganku sayu ke arah langit tersebut. Seakan-akan mempunyai persamaan dengan perasaan ku di kala ini.
Kedengaran sekali lagi guruh. Lebih kuat dari tadi. Ku tahu sebentar lagi hujan akan turun. Meluru aku ke pintu. Hatiku girang apabila terdengar jatuhan air di bumbung rumahku. Ya, hujun turun selebat-lebatnya. Aku menadah tangan di bawah cucur atap dan aku dapat merasai setiap titisan air hujan. Sejuk. Suci. Ku titipkan doa bersama turunnya mutiara ini. Percikan hujan mengenai muka ku. Ku pejamkan mata.
Dalam deraian air hujan aku turut merasakan air mataku luruh walaupun tidak kelihatan. Aku terpana melihat titisan air hujan. Garang. Seolah-olah aku memandang refleksi diriku di sebalik titisan air hujan itu. Aku asyik. Di dalam hatiku menangis. Perasaan rindu yang terpendam dileraikan bersama titisan air hujan. Indahnya hujan. Wanginya hujan.


Nukilan,
2Mei 2020/4.39 petang