Saturday, June 3, 2023

PERSIAPAN BILA SEKOLAH NAK BUKA SETELAH CUTI LAMA

 Yuhuuuu semua !!!


Cuti sekolah memang banyak. Cuti penggal pertama la, penggal kedua la..akhir tahunlah..raya lah..macam-macam.

Cuti memang banyak, tapi kerja cikgu tetap banyak juga. Pandai-pandailah curi masa untuk family, siapkan kerja atau apa saja.

Bagi murid, sebelum nak buka sekolah tu..sila lah buat checklist apa yang patut.

paling penting persediaan nak ke sekolah. Jiwa pun kena bersedia juga.

Fizikal dan mental apatah lagi.

Nah...cikgujill senaraikan sket-sket apa yang perlu sebelum buka sekolah nanti ni.

Mak mak..ayah ayah..sila la periksa beg anak masing-masing. Tengok sama anak2 follow tak jadual. jangan bawa barang yang tak sepatutnya.

Jangan bagi ada masalah kat sekolah, sebab cikgu-cikgu nak fokus mengajar. Kalau ada masalah disiplin, adehh..rasa tak best tau !! Kami pun takmo la bising bising pasal tak bawa buku nota ke, ataupun masalah yang lain.

Mengajar 2 waktu (60minit) kalau nak berletiaq je..rasa rugi sangat.



Monday, July 12, 2021

NOTA PPT PENDIDIKAN KESIHATAN TING 2 KSSM

 Dear student,

Bolehlah guna slide ini sebagai rujukan untuk pembelajaran Pendidikan Kesihatan Tingkatan 2.

Semoga bermanfaat untuk semua.






Thursday, June 10, 2021

TAHNIAH STUDENT BIOLOGI #CIKGUJILL

 My Biology Warrior !!!!


They did it!!

#spmpromax #spm2021


Monday, May 31, 2021

TERIMA KASIH !!!

 Alhamdulillah..terima kasih kepada semua  blog walking..baca blog saya dan dapat manfaat dari blog saya. 

Terutamanya yang nak ikhtiar nak merawat BUASIR..ada yang whatsapp saya, call saya. Saya share dan bagitahu details. Semoga Allah angkat penyakit buasir dari tuan dan puan.


Tapi, harus ingat..pantang kena jaga yer!!


Teruskan membaca blog saya. walaupun jarang update. Sekarang #lockdown..hopefully saya ada banyak masa untuk update dan menghasilkan banyak bahan yang berilmiah..tapi pada masa yang sama fun fun...

Pls support yer...