Tuesday, December 10, 2024

Bagaimana nak wangikan rumah?

 Yuhuuuuu !!!


Banyak je pewangi yang dijual di kedai zaman sekarang. Macam-macam jenis bau ada. Inspired bau perfume yang mahal pun ada.

Pilih je..

Suka juga bau yang ada kat kedai tu, tapi sekali sekala saya suka bau natural. Bau semulajadi.


Saya pilih bau pandan.

Ambil je daun pandan, lepas tu ikat dengan tali terus letak kat belakang almari atau celah2 pintu ke. Itu kalau malas, tap kalau rajin, hiris halus-halus, buat macam bunga rampai tu, letak dalam bekas, campur bunga-bunga sket . 


Dah siap.

Wangi la sat dalam seminggu. Tapi bau pandan sedap. Lembut.

Mungkin ada orang tak suka, sebab bila bau pandan macam nak pening kepala je..


Terpulang pada minat masing-masing.

Banyak je favourite sebenarnya. Bau bunga ros yang dijual kat Lovely Lace tu sedap sangat.




Monday, December 2, 2024

BAGAIMANA STUDY BIOLOGI

 Yuhuuuuu Yuhuuuu !!!


Exam dah dekat? 


Tapi..tak tahu nak study camna?


Ermmm..boleh cuba cara ni. Kita study ikut step by step. 

Cuba ok? Jangan give up !!


Jap..

Nak study kena ada buku apa yer? Kalau untuk SPM semestinya kena ada buku teks Tingkatan 4 dan 5 ok?

Kalau takde, boleh je refer buku rujukan mana-mana. Tapi pastikan masih lagi dalam konteks SPM, jangan tersasar jauh.

All the best !!!




Semoga membantu yer !!!

Saturday, November 30, 2024

BAGAIMANA NAK BUAT MODEL ANGKASA LEPAS YANG SIMPLE

 Yuhuuu !!!

Terima kasih yang mana sudi menjengah ke blog saya. Walaupun dunia kita sudah ada tiktok, ig dan facebook..tapi bagi saya blog masih lagi relevan. Cumanya kena ada kerajinan di situ. Nak maintain rajin ni pun sebenarnya satu masalah.


Nak pulak cikgu-cikgu sekarang, busy sangat. Yer busy, lebih-lebih lagi cikgu yang mengajar SPM. Begitulah..


Well, nak encourage murid buat model planet ni senang saja.

Mula-mula kita tunjuk gambar contoh dan bagi je beberapa idea penambahbaikan. Jangan risua, student memang ada idea, nak  nak pulak bila bergabung otak dengan kawan-kawan.


Kebanyakan murid saya guna styrofoam je. Murah. Lepas tu, mereka color dan guna kayu lidi sate tu. Dah siap !!


Costing pun tak mahal.

Saya bagi masa untuk mereka siapkan dalam masa seminggu. Ada juga yang terlepas date. Bersabar jer lah !


Nak buat camna, ni untuk penilaian PBD mereka juga.

my #sciencewarriors

hasil kerja Anis

Hasil kerja Izzati

Hasil kerja Maisarah

Hasil kerja Khairunisa

Hasil kerja Anis

Hasil kerja Zaim

Malu pulak dia...

Tahniah untuk mereka semua. Cikgu depa tersenyum riang !!!
Tapi..ada lagi yang tak hantar tu..kita tunggu !!!


Tuesday, November 26, 2024

MODEL PLANET-PLANET DI ANGKASA LEPAS

 Yuhuuuu..yuhuuuu !!


Salah satu aktiviti yang menarik di mana murid-murid boleh boleh explore ialah dengan membina model.

Bagi menjayakan PBL bagi subjek Sains Tingkatan 2, saya telah memilih tema Penerokaan Angkasa Lepas.


Berikut adalah model-model yang telah direka oleh murid saya.














Sebenarnya, anak-anak murid kita ni rajin dan kreatif, cumanya cikgu-cikgu perlu dorong dan bagi semangat untuk mereka lakukan. Pasti berjaya.

Dunia angkasa lepas masih banyak lagi rahsia yang kita belum ketahui, tetapi apa salahnya kita mulakan dengan senarai planet yang ada di atas sana.