Thursday, June 10, 2021

TAHNIAH STUDENT BIOLOGI #CIKGUJILL

 My Biology Warrior !!!!


They did it!!

#spmpromax #spm2021


Monday, May 31, 2021

TERIMA KASIH !!!

 Alhamdulillah..terima kasih kepada semua  blog walking..baca blog saya dan dapat manfaat dari blog saya. 

Terutamanya yang nak ikhtiar nak merawat BUASIR..ada yang whatsapp saya, call saya. Saya share dan bagitahu details. Semoga Allah angkat penyakit buasir dari tuan dan puan.


Tapi, harus ingat..pantang kena jaga yer!!


Teruskan membaca blog saya. walaupun jarang update. Sekarang #lockdown..hopefully saya ada banyak masa untuk update dan menghasilkan banyak bahan yang berilmiah..tapi pada masa yang sama fun fun...

Pls support yer...

Wednesday, April 28, 2021

TERIMA KASIH

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua..

Well, lama dah saya nak update blog ni sebenarnya. Tapi disebabkan saya selalu lupa password untuk akaun ini.

Saya nak ucapkan terima kasih pada semua yang telah sudi baca blog saya. Terutamanya yang citer tentang berubat buasir tu. Alhamdulillah. Ramai yang minta no telefon Pak Yup dengan saya. 

Alhamdullilah, ada di antaranya dah sembuh. Allah angkat sakit tu..syukur sangat. Tapi, sekiranya ada yang cuba berubat tu, tapi tak menjadi jangan patah semangat yer. Cuba lagi. Sabar banyak-banyak !!


Buasir memang terseksa jiwa. Nak buat apa pun tak selesa. Tahan sakit dan sebagainya.

Saya hanya mampu mendoakan kesihatan tuan puan yang sudi baca blog saya ni.

Terima kasih.

Boleh cari saya juga di FB , taip jer #cikgujill


Bye <3


Saturday, January 2, 2021

SALAH SATU SEBAB ISTERI MAKAN HATI DENGAN SUAMI !!!!!

 YUHUUUU !!!!

Kalau kita tengok zaman sekarang banyak je masalah rumahtangga. Sampai bercerai berai. Kadang-kadang kita boleh kata sebab bercerai tu..kadang-kadang alasan macam bodoh jer. Jangan buat main, sebenarnya hal yang nampak remeh temeh tu sebenarnya adalah punca segalanya. Bila dipendam lama-lama, sampai satu tahap ianya boleh meletup wehhh...!!!

Orang perempuan ni rata-rata ramai yang memendam rasa. Kita wanita ni hebat..kita boleh cover perasaan kita dan kita cuba bermuhasabah..Yea..its ok..it is alright !!! Gitewww..


Kali ni nak share satu benda yang sang suami tak reti-reti dan mereka ingat apa yang mereka buat tu ..cool la sangat! Padahal sang isteri makan hati..stress tahap gaban dan kesatria baja hitam !!👿


Sang suami ada hobi. Ada obsessi yang tersendiri. Bila dah obses dengan sesuatu..bagi contoh satu lah..suka mancing. So mengumpul la perkakas memancing tu. Dari gred low class sampai lah ke high class. Ok fine..beli dengan duit sendiri. Setel la..tak kacau duit sang isteri dan perbelanjaan lain setel.


❗❗Yang jadi masalah tak reti simpan. Tak buat stor simpanan. Beli banyak-banyak jenis longgok dalam rumah. Merata-rata ada. Kat ruang garaj pun ada. Masuk kat ruang tamu pun selonggok. Kat dapur pun ada bergantungan. Jangan fikir yang gila memancing je nooo, ada yang jenis bela burung, kumpui fitness equipment, kumpul gadjet, kumpul toolbox, kumpui helmet dan aksesori motor besar. macam-macam...kumpul ekzos motor, ekszos kereta...😂

Dalam bilik penuh, ruang dapur penuh..laluan nak ke dapur pun sesak. Ruang tamu apatah lagi. 

Ruang dalam rumah dah jadi macam jerangkap samar, takut terpijak barang-barang tersebut. Sampaikan anak-anak nak main kat ruang tersebut pun ketakutan. Kita sebagai isteri nak ubah-ubah pun gerun wehh..silap hari bulan kena marah FREE je...

Isteri pun nak deco-deco rumah, kami pun ada obsesi dan minat. Bila rumah kemas dan tak serabut, jiwa pun tenang. Nak urus rumah dan nak jaga anak-anak pun seronok.Buat macam suami je yang boleh ada minat.

So..suami-suami sekalian, kami tak marah pun kalau ada minat tu, tapi please lah pandai susun dan buat tempat simpan khas. Kami pun tak semak tengok..kami pun deserve to be happy in our own house.

Buat tu berpada-pada..lain kali cuba tanya kat isteri " Sayang..sayang..sayang ok ke baby kumpul-kumpul camni?"

Tanya lah dua tiga patah dan cari penyelesaian. Bila tak happy, bila makan hati..susah lah nak ceria.

Perkahwinan ni kalau boleh semua nak #tilljannah..kalau boleh nak sekali je kahwin. Tapi, bila sebut pasal jodoh ni susah juga kan..kita merancang tapi Allah jua yang menentukan.