Dalam gambar selalu nampak yang indah dan manis sahaja. Kita yang tengok gambar yang di post..ada di antara kita akan kata camni..
Gitulah selalu. Jadi kita akan nampak yang indah-indah sahaja. Padahal di sebaliknya itu..banyak je kesukaran. Hanya tuan yang post itu je tau. Kalau dia kurus, ntah-ntah dia pulun tak makan, berlapar je..makan sket..dan pulun exersice. Sanggup je..tapi #cikgujill tak sanggup tahan makan. Exercise ok la.
Kalau cantik, berapa banyak dia berhabis beli barang mekap.
Pagi tadi dengar #suriafm bercakap pasal pengorbanan. Banyak jenis pengorbanan. Jaga suami sakit, isteri sakit..suami baru lepas accident dok di ICU..ada mak baru meninggal. Kena jaga anak-anak kakak, sebab kakak baru meninggal. Macam-macam! Kekuatan itu penting. Jiwa mesti kuat.
Tetapi, sekurang-kurangnya usaplah bahu dan berikan pelukan kepada yang menanggung. Buat macam tu pun dah rasa seribu rahmat..kekuatan yang hampir hilang tadi akan fully recharged !
Just tanya..." Are you alright? I know you are strong..semoga Allah permudahkan..dan I'll help setakat yang boleh."
Sedap je dengar. Is that hard?
No comments:
Post a Comment