Friday, October 17, 2014

DAKU YANG CEMERLANG

Yuhuuuu Yuhuuuuu!!!!

Hi lovely readers...
Finally daku nye servis diiktiraf oleh jabatan dan pihak pentadbir. Berbaloi usaha gigih daku , memerah keringat. daku dapat award Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 dan mendapat imbuhan sebanyak Rm1000. Banyak tu... Alhamdulillah!!

Memang semua guru akan dapat award ni, cuma lambat atau cepat. Daku takmau laa lambat2. Takkan nak tunggu berbelas2 tahun baru nak dapat award ni kan.. Dengan award ni menaikkan lagi semangat daku untuk berkhidmat dengan cemerlang.

So, my advise kepada guru2 yang baru posting tu...work hard, jangan ambil mudah dengan tanggungjawab. Buat dengan ikhlas dan open up your mind. Jangan sesekali fikir negatif terhadap tugas dan juga orang lain. Apa kes nak kutuk2 orang lain....perangai tu untuk orang yang tak bertamadun je ok....?

Bila dapat tugasan, sila buat. Beri kerjasama secara total. Barulah kawan2 sekerja pakat suka dan sayang kat kita. Kannnnnn??

Tahniah juga untuk my lovely friends yang sama sama dapat award ni. Dan juga kepada semua guru2 di seluruh Malaysia. TAHNIAH!!! YOU awesome!!!

dapat sijil dan duit...senyum!!!
Camna nak dapat APC ni? Errmmm secara amnya, kita kena pastikan standard prestasi mesti melebihi 90%. Di mana kita perlu ada tugas atau program yang kita laksanakan di sekolah mahupun di luar sekolah. Selain itu, penilaian dari pentadbir juga penting. So, adalah dinasihatkan amalkan komunikasi yang baik dengan pihak pentadbir. Jangan ego..jangan cepat naik marah....!!!Jangan sombong....

Sekian....


No comments: