Sunday, October 12, 2014

POTATO FRITTERS MELETOP!!!

Yuhuuuuu

Petang2 ni tak tahu nak buat apa..nak makan apa. Apa kata buat potato fritters ni. Senang je..sedap pun sedap. Resipi ni adik ipar daku yang ajar. Izura Ismail namanya...

bahan - bahan yang diperlukan adalah :-
                     2 biji kentang
                     3 sudu tepung gandum
                     4 sudu tepung jagung
                     1 biji telur ayam
                     Sedikit garam
                     Daun bawang
sebiji bawang merah atau besar


Cara nak buat...

1) Kupas potato tu..pahtu sagat guna penyagat.
2) Masukkan ke dalam tepung gandum n tepung jagung, pecahkan telur kacau. Boh le sedikit garam.
3) Kemudian, potong le daun bawang dan bawang  tu masukkan sekali. Sementara tu, panaskan minyak..boh minyak banyak..bagi api kuat sket.
4) Start laa  menggoreng..buat bagi nipis- nipis jangan buat bagi jadi seketul2...nanti tak ranggup..tak sodap leeee
5) last sekali, bila dah nampak garing2 tu..angkat lee..potong2..bleh hidang. Cicah dengan cili sos pun dah sedap......
sebelum digoreng

selepas digoreng
tak sempat nak boh dalam pinggan comey2 anak anak dah merap nak makan..

so..pakat cuba. Sbb daku yang tak brp nak terer pun bleh buat kira senang laa ...hahahha..
SELAMAT MENJAMU SELERA!!!
Jangan lupa cicah ngan sos noooooo!!!!!

No comments: