Masa kecil #cikgujill tengok ni, macam karpet je. Macam best je kalau pijak. Haa, kalau pijak tenggelam le oooiii...
Dalam biologi kalau tak minat bab fisiologi, kita juga belajar pasal persekitaran. Ekologi dan Alam Sekitar.
Yang macam karpet ni adalah alga. Kalau ada dalam air, membuktikan air itu adalah tercemar. Selalunya kita jumpa kat tasik, kolam dan parit.
Fenomena ini kita panggil EUTROFIKASI.
Disebabkan air tu kaya dengan nutrien organik seperti ion nitrat dan fosfat.
Jadi bilanya ianya mengalir ke dalam kolam, maka pertumbuhan alga pesat berlaku. Alga ini akan tumbuh di permukaan air.
Jadi akan menghalang cahaya matahari, tumbuhan akuatik tak boleh menjalankan proses FOTOSINTESIS. Tiada oksigen terlarut dihasilkan, maka hidupan akuatik seperti ikan akan mati.
Air itu mempunyai BOD yang tinggi. Kualiti air adalah sangat rendah. Tercemar. Kurang oksigen di dalam air.
Budak Biologi T4 KBSM belajar ni. Siap buat aktiviti makmal. Guna sampel air macam2. Ingat tak ex student Bio??
#cikgujill
#cikgubio
#EduFluencer
No comments:
Post a Comment