Wednesday, April 29, 2020

SPESIES TERAS

Satu lagi interaksi yang menarik di mana satu organisma ini (pemangsa) memburu dan memakan organisma lain dipanggil (mangsa).
Contoh paling klasik Tom dan Jerry 😅 🐈🐁
Tetapi, ada satu cerita menarik. Cikgu2 Biologi ramai yang tau citer ni..sbb dok bincang dlm group Bio Malaysia. Dalam Twitter pun ada.
Berkenaan dengan rantai makanan. Di US,satu spesies ni nama dia gray wolf suka makan dan bunuh bison dan haiwan ternakan yang lain seperti rusa Jadi,penduduk tempatan pakat bunuh semua gray wolf itu. Semua tau !!!
Awal tu ok la...Bison semua jadi banyak balik. Dah tiada siapa nak makan depa. Dari situ jadi masalah yang baru. Guess what !! Bison dan Rusa pula terpaksa bersaing nak dapatkan makanan iaitu pokok2. Serangga pun tiada sumber makanan. Burung pun tiada makanan. Jadi, burung berhijrah. Serangga banyak mati. Agen pendebungaan berkurangan. Beaver tak boleh buat sarang pada musim sejuk. Ekosistem jadi 'mati'.
So, kerajaan US dah sedar kesilapan depa. Depa bawa masuk balik gray wolf. Dan tempat itu recover balik. Burung mai balik. Tebing sungai jadi ok. Tanah dapat balik nutrien.
Ekosistem jadi stabil balik. Memang kita nampak gray wolf macam jahat. Tetapi spesies nya adalah jenis top predator. Kalau populasi depa berkurangan akan jadi masalah pada spesies yang lain....
Semua ni student Biologi T4 KBSM dan Sains T2 KSSM belajar..tp basic la dulu 😅😅
Kawan2 #cikgujill yang ada sambung dlm Biologi Tulin/Biologi Gunaan mungkin boleh tambah point.
#cikgubio
#EduFluencer

No comments: