Wednesday, May 20, 2020

SEMUA PERNAH KATA LAGU NI.....PIIRAAHHHHH !!!

Saya ingat lagi siapa yang mula-mula sebut dan jadi ikutan..begitu bersahaja dan lucu.
Pelakon sitkom yang sangat popular sekitar 80-an dan 90-an. Kami sekeluarga menonton Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Salah satu rancangan tv di mana keluarga kami menonton dan ketawa. Dua tiga malam lepas, saya menonton Kampung Kuala Lambat. Saya tengok dan ketawa dalam setiap baris dialognya. Lucu laa bagi saya. Tetapi, pada masa yang sama..secara automatik otak saya mengimbau kenangan dulu-dulu di mana saya tengok beliau dalam PMPMTT.
Ternampak-nampak wajah bonda ayahanda ketika menonton PMPMTT. Satu momen yang tidak akan dilupakan.
Terima kasih Budin aka En Imuda dan semua pelakon PMPMTT (ada yang sudah kembali ke rahmatullah, Al-Fatihah dibaca) kerana telah mewarnai hidup saya dengan jenaka yang jujur dan ikhlas.
Sapa pernah baca buku Syyy! ??? Buku ni masih simpan sampai sekarang...






Ingat lagi dalam buku Syyy! watak yang paling saya ingat adalah..Deris..yang kerja bidang "Pengangkutan"...lucu sungguh....

Tuesday, May 19, 2020

SHOOT UNTUK LAGU RAYA 2020

Alhamdulillah, diberi peluang oleh SSTP Perlis untuk saya dan rakan-rakan shoot lagu raya untuk tahun 2020. Lagu yang dipilih adalah Suasana Hari Raya..versi yang slow sket. Bukan yang rentak original.

Peluang ni bukan saya pernah impikan. I mean tak terlintas pun di hati atau di minda saya sampai tahap ni. Yes, saya suka bercakap depan kamera, kat public..walaupun skill saya tidak begitu baik, tp saya yakin saya boleh buat ! So i did it.

Saya kongsikan gambar dan video sepanjang dua hari kami berkampung di situ. Pengalaman yang sangat berharga.  Dan saya menikmatinya semaksima mungkin.















Video #TikTok pun kami buat..ni semua kerja dan minat. Selagi kami tak melebihi had..semuanya akan baik-baik sahaja....INsyaallah

Friday, May 15, 2020

CARA NAK CONFIDENT!!!

TAKUT BILA BERHADAPAN KAMERA DAN WAKTU NAK PRESENT ATAU PUBLIC SPEAKING?
Haa..jangan tak mengaku. Mesti ada kan? Orang dewasa pun ada wehhh...tak pernah pun pegang mic pun ada..#cikgujill dulu2 masa zaman belajar pun tak confident juga. Ambil masa nak dapat keyakinan diri. Thanx to this person yang berjaya build up my confidence level 🤩🥰.Still keep in touch with this person.
Kena ada seseorang yang push but in a right way.
Tak tahu cara? Jangan tunggu lama2..zaman sekarang bukan boleh tunggu lama2..nanti peluang lari tau!!
My student, ex student...mai saya guide camna nak jadi berani. Bukan berani tak ketahuan...tp berani to be bold! With personality ok..let's create the new YOU !!!
Video saya dan kawan2...tak malu pun cakap depan kamera.
#beyourself
#beconfident

PERFUME KEGEMARAN RAMAI



PERFUME LEGEND NI, PERNAH TRY KAN?
=============================
Zaman 90an pakai perfume ni kira hebatlah . Masuk toilet sekolah semerbak bau wehhh. Ni semua perfume original, bau punyalah pekat dan wangi sangat..calit2 je..
Siapa pakai perfume ni kira perghhhh and up to date lah.
Hangpa ingat lagi dak? Siap jual lagi vial perfume Avon 🤣
Cer citer yang mana hangpa pernah pakai..
Oceanus dan Ananya tu kira abih metar laa...
*gmbq semua cilok google...

PENCEMARAN AIR OLEH LOGAM BERAT

Tanpa kita sedari air yang kita guna dan minum..apa yang kita makan dicemari oleh heavy metals. Muzik heavy metals tu ok la...🤭 ni logam berat yang sangat bahaya utk badan kita. Di negara kita tkde la kritikal dengan kes pencemaran air yang melibatkan logam berat ni.
Tetapi, kita kena ambil tahu juga. Sains T2 dan Biologi T4 belajar tentang ni.
Logam berat ni contohnya adalah seperti
plumbum
mercury
arsenik
kadmium
kuprum
Selalunya logam berat ini hasil buangan dari industri seperti kilang elektronik.
Kesan buruk akibat logam berat ni banyak contohnya seperti proses pertumbuhan menjadi perlahan, sistem saraf rosak dan kanser.
Nak cam tanda2 kot la badan kita dicemari logam berat adalah seperti sakit kepala, selalu cramp kat bahagian abdomen, muntah dan cirit birit. Dan banyak lagi...
Jadi, utk singkirkan logam berat dalam badan kita ni, amalkan lah makan daun ketumbar, bawang putih, minum air lemon...sedapnya laa...dan spirulina. Kalau tak suka makan hat semua..cuba2 laa buat. Bukan utk orang lain..diri sendiri kita juga.
Banyak lagi kesan buruk logam berat ni. Tapi dapat faham yang ni dulu pun ok.
#cikgujill
#cikgubio
#EduFluencer

LEMAH DALAM BIOLOGI

MARKAH EXAM BIOLOGI ATAU SAINS SENDU JE TIAP KALI EXAM 😥😥😥😥
Kita study pulun tapi markah cam takat tu je, yang kawan sorang lagi nampak macam tak study tetapi markah tinggi la pulak. Aiishhhh...stress!!!
--------------------------
Mesti ada yang tak kena dengan teknik kita sebenaqnya. Parents janganlah marah anak2 sekiranya berlaku keadaan camni.
Ex student #cikgujill pernah share dengan saya macam mana cara mereka study. Sebab masa awal Tingkatan 4, mereka sedar Biologi merupakan subjek yang agak tough juga, sebab mereka perlu banyak baca.
Well apa yang ex student saya buat...yang pertama sekali adalah mai sekolah hari hari. Kalau ada masalah kesihatan atau hal mustahak dia akan inform dan nota pada hari tersebut dia akan pastikan dia catch up.
Kedua...dia selalu dok depan di dalam makmal. Betoi2 depan saya...kalau saya bercakap nasib tak mercik air liuq ke dia 😥😥🤣🤭 saya bila bercakap dalam kelas ....potpetpotpet...non stop! 🤭
Ketiga..dia selalu baca buku teks. Sebab apa buku teks?? Buku teks merupakan buku wajib. Item yang dibina adalah berdasarkan apa yang ada dalam buku teks. Contohnya hari ni belajar topik Jantung, so dia akan baca topik itu hanya dari buku teks. Dia pastikan dia faham dan kuasai.
Next step....haaa..tu part yang paling penting. Dari situ, dia dah mula nampak "cahaya terang" bila study Biologi ...nak tau sila klik like....banyak likes saya teruskan....💡💡💡
*rindu plak ke kapuq warna warni ni....

JANGAN BUAT INI!!!!

JANGAN BUAT PERKARA INI SEKIRANYA BARU HARI PERTAMA KERJA DI SITU..🤭
=========
Posting ni #cikgujill nak refer khas kepada student dan ex student saya. Yelah yang mana baru abih SPM ..dah habis diploma ke degree. Dapat offer kerja kan.haruslah excited kan???
Duluuu (ha mula dah !) saya pun pernah kerja part-time. Bukan tempat lekeh..harus glamour kan.
yang pertama..hangpa jangan lambat! Hangpa set laa jam...jangan terbabas. Rancang la elok2 time tu.
jangan nak pakai over2, pakai sesimple tapi menarik. Jangan nak buat nampak macam "diva" atau pun nak harap orang bila tengok kita tu..wahhh cantiknya kamu!!! Ingat..selalunya kat tempat kerja tu...mesti dah ada diva depa yang tersendiri 🤭
jangan dok nak buat sombong ngn rakan sekerja ok. Be friendly tapi takyahla over sangat. Cuba join conversation tapi janganlah buat kita jadi centre of the conversation tu. Faham ke tak ni..?
jangan tak tanya kalau tak faham. Tak tau apa2 sila bertanya. Tapi..janganlah benda hat paling mudah dan ringkas pun nak kena tanya banyak kali. Jangan jadi bodoh dan sombong...ingat tu. Nak tanya pun tengokla dulu...kalau kawan tu sibuk..jangan terus terkam tanya.
Haaa..sket saja saya share. Ada lagi...banyak!! Ni baru hari pertama...🤭🤭
Nasihat tc..pandai2 lah bawa diri kat tempat orang nooo.
Kat sekolah cikgu2 memang cakap baik2 dan lembut2 sahaja...tapi kat dunia luar, silap2 ada yang maki dan bagi kata kesat. Jangan sedih..jangan menangis..be strong yer 💪💪💪💪 jiwa harus kental
Share your story...

MASUK KEDAI "BERHANTU"

MASUK KEDAI "BERHANTU"
-----------------------------------
Ada dua kedai berhantu bagi sejenis manusia yang suka wangi-wangi dan suka deco-deco.Tahun 1999, kedai ni la yang aku masuk dan beli item nak deco meja study masa di USM.
Kertas pembalut dan kad kad cantik. Kad kat situ rasa "mahai" sangat. Riben macam macam jenis. Kilat kilat, glitter2 bagai. Tengok staff kat situ dok balut hadiah rasa glamour jer..Kotak hadiah pun beli di situ. Macam2...
Lovely Lace lak bau kedai harum semerbak. Dok jauh pergh..start dari situ la kenai oil burner la..heheehe. Zaman kegemilangan pot pouri. Kat sini hiasan cantik2, kreatif sungguh. Wujud lagi ke kedai2 ni..? 😅
Nak habaq kedua2 kedai ni memang penuh sentimental value.
Sekarang dok guna bau ni dari DeXandra...Rose Forest rasa macam dok dalam kedai Lovely Lace.

GELAGAT CIKGU SAINS YANG "OVER" SEMPENA HARI GURU

GELAGAT GURU-GURU SAINS YANG "OVER"

Sekarang ramai cikgu ada Youtube Channel...hampir kesemua subjek. Tahniah yang dah ada channel. Buat video bukan nak glamour, tetapi keperluan semasa dan #normabaharu . Infact, saya start buat video dari tahun 2014..tapi silap saya tak compile cantik2 dan waktu itu phone pun gitu2 je. Nak sampaikan content banyak kaedah...tapi video lebih seronok! #cikgujill tak sampai tahap guna aplikasi canggih2...not yet! Bukan tak mau cuba.(akan)
Channel saya bukan hanya psl Biologi dan Sains sahaja. Aktiviti di sekolah pun ada.
Itulah life #cikgujill di sekolah....😍😍



Saya share video kompilasi saya dan kawan-kawan yang hebat dan kreatif. Berani macam saya juga..😂😂 kami buat sampai jadi.
Nantikan video drama kami "Merentas Masa"...(coming soon)
#cikgubio



https://youtu.be/QFT-Zg3UoV4

Saturday, May 2, 2020

TENTANG HUJAN

Terdengar guruh di langit, ku intai ke luar dan ku lihat awan gelap menyelubungi langit. Berat. Seakan tidak mampu lagi untuk menampung beban. Pandanganku sayu ke arah langit tersebut. Seakan-akan mempunyai persamaan dengan perasaan ku di kala ini.
Kedengaran sekali lagi guruh. Lebih kuat dari tadi. Ku tahu sebentar lagi hujan akan turun. Meluru aku ke pintu. Hatiku girang apabila terdengar jatuhan air di bumbung rumahku. Ya, hujun turun selebat-lebatnya. Aku menadah tangan di bawah cucur atap dan aku dapat merasai setiap titisan air hujan. Sejuk. Suci. Ku titipkan doa bersama turunnya mutiara ini. Percikan hujan mengenai muka ku. Ku pejamkan mata.
Dalam deraian air hujan aku turut merasakan air mataku luruh walaupun tidak kelihatan. Aku terpana melihat titisan air hujan. Garang. Seolah-olah aku memandang refleksi diriku di sebalik titisan air hujan itu. Aku asyik. Di dalam hatiku menangis. Perasaan rindu yang terpendam dileraikan bersama titisan air hujan. Indahnya hujan. Wanginya hujan.


Nukilan,
2Mei 2020/4.39 petang