Saya ingat lagi siapa yang mula-mula sebut dan jadi ikutan..begitu bersahaja dan lucu.
Pelakon sitkom yang sangat popular sekitar 80-an dan 90-an. Kami sekeluarga menonton Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Salah satu rancangan tv di mana keluarga kami menonton dan ketawa. Dua tiga malam lepas, saya menonton Kampung Kuala Lambat. Saya tengok dan ketawa dalam setiap baris dialognya. Lucu laa bagi saya. Tetapi, pada masa yang sama..secara automatik otak saya mengimbau kenangan dulu-dulu di mana saya tengok beliau dalam PMPMTT.
Ternampak-nampak wajah bonda ayahanda ketika menonton PMPMTT. Satu momen yang tidak akan dilupakan.
Terima kasih Budin aka En Imuda dan semua pelakon PMPMTT (ada yang sudah kembali ke rahmatullah, Al-Fatihah dibaca) kerana telah mewarnai hidup saya dengan jenaka yang jujur dan ikhlas.
Sapa pernah baca buku Syyy! ??? Buku ni masih simpan sampai sekarang...
Ingat lagi dalam buku Syyy! watak yang paling saya ingat adalah..Deris..yang kerja bidang "Pengangkutan"...lucu sungguh....
No comments:
Post a Comment