Friday, June 5, 2020

ITU LAH KAWAN KITA !!!

Semua orang ada tafsiran sendiri terhadap kawan-kawan. Seperti diriku, dari zaman tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matriks, university, kerja McD, kerja hotel, kerja cikgu...dunia fitness sudah tentu daku mempunyai banyak kawan. Pelbagai latarbelakang, pelbagai karenah. Macam-macam kawan daku ada. Bangsa asing, Melayu, Cina, India...semua jadi kawan. Dulu masa kerja di hotel, susahnya nak berkawan. One thing that I learned dalam persahabatan adalah kita kena terima kelebihan dan kekurangan kawan kita. Sekiranya, kita ada sesuatu yang kita tidak berkenan tentang sesuatu kawan kita or maybe kita tak selesa langsung bila berkawan dgn kawan tersebut, why not just avoid dan tak perlu mix or hang out with them at all. But, susah daku nak jumpa kawan yang daku totally tak suka. (Am Sagitarius..suka jer berkawan ok !)
Bila dah ramai kawan, and we want to keep that friends...of course we should have specific characters to make sure kawan kita akan suka kawan dengan kita sampai bila-bila. Daku juga ada kelemahan bukan sentiasa kawan-kawan menyenangi apa yang kita buat. Terima kasih daku ucapkan pada kawan-kawan yang masih lagi menyenaraikan diri daku sebagai kawan mereka. Ikhlas diri ini merindui setiap momen yang kita cipta sepanjang perkenalan kita.
Until now, daku masih mempunyai bff yang jarang sekali jumpa yang kenal luar dan dalam. Tetapi disebabkan jauh kami jarang jumpa. And now at this age 38, daku dikelilingi kawan-kawan yang baik...bila bersalin dapat baby, bila buat makan-makan kawan-kawan datang mengunjung dengan penuh ceria, menyokong di antara satu sama lain, berkongsi idea, bergossip bab artis, berkongsi barang mekap...stalk instagram artis...dan sebagainya. Perkara normal yang selalu dibincangkan bila bersama kawan. Sekali-sekala dapat escape ..minum kopi, berzumba, bershopping sedikit sebanyak mententeramkan jiwa. Kalau tidak dapat berjumpa dapat bercakap melalui telefon pun sudah seribu nikmat !!!
Kawan-kawan yang daku selalu jumpa adalah di tempat daku berkhidmat sekarang ini (#tokpaq)Semoga ikatan persahabatan yang terjalin kekal dan dirahmati Allah. Secara jujurnya, sekarang ini daku mengimbau kenangan bekerja di hotel. I’ll share with you all pengalaman lucu ketika daku as a Guest Sevice Agent (Front Desk) di Parkroyal Batu Feringhi. Trust me..it was so hillarious !!!!!

No comments: