Sunday, November 22, 2020

RARE CERITA NI, BACALAH SAMPAI HABIS

 Kalau hari Isnin banyak sungguh perkara boleh sembang dengan student. Mereka pun kalau boleh nak bercerita semua benda. Kita sebagai guru ni, tersenyum dan sengih.

Welcoming mereka untuk bercerita.
Mereka bercerita dengan penuh emosi. Kerutan di wajah dan hilaian gelak ketawa menunjukkan yang mereka sangat jujur.
Layankan aje, kadang-kadang emosi kita secara tidak lamgsung pun boleh dirawat.
Contoh cerita-cerita😆
Teacher, saya hari tu p kebun kutip rumput, lepas tu saya bagi kambing saya makan.
Teacher, malam tadi kami semua tak boleh tidur. Lembu saya bising malam tadi. Rupa-rupanya nak beranak. Saya pi tengok..uuihhh geli.
Saya tolong tok saya kutip cabai. Banyaklah teacher. Letih kutip !!! Harga bendi pun mahai sekarang teacher.
Teacher, pernah dengar tak pasal video YouTube Kate Yup??
Erkk...sorry yang ni teacher hangpa tak tau .
Mereka rasa seronok bila cikgu mendengar cerita mereka. Mereka rasa puas. Dan saya pula rasa dihargai apabila mereka berkongsi cerita dengan saya.
Teruskan bercerita dengan #cikgujill

No comments: