Sunday, November 22, 2020

YOU ARE BEAUTIFUL

 CANTIK SEBENARNYA....YER CANTIKKKK...

Tadi sepetang lepak dengan kawan-kawan ada juga terkeluar topik pasal famousnya Youtuber masak-masak tu sampai dapat buat photoshoot dengan fashion designer yang sangat berpengaruh di Malaysia. Dulu-dulu masa kecil, zaman kanak-kanak riang umi saya tak pernah miss beli majalah Wanita, Keluarga ..Jelita. Nama Bernard Chandran selalu menghiasi muka surat majalah tersebut.
Untung lar..yes untung! Rezeki. Kami membincangkan hal tersebut tanpa ada perasaan jelik. Tetapi lebih memandang kepada positif dan betapa untungnya jadi wanita tersebut.
Kita jangan fikir kita yang sentiasa berbedak,. ber 'fondesyen' , sentiasa berlipstick dah cukup cantik. Tetapi..wanita yang tak pernah atau kurang calit mekap-mekap..bila ditata rias oleh jurusolek yang power..hasilnya Wow..lahirlah seorang wanita yang sangat berbeza.
Jadi.. wanita yang tak pernah mekap tu, bila kena mekap perghhh ! Contoh bila hari kahwin, banyak pengantin yang wajah mereka sangat berbeza bila ditata rias oleh MUA yang hebat-hebat.
Tetiba teringat drama melayu yang #cikgujill pernah tengok dulu. Tak ingat tajuk. Drama tu pelakon hebat dulu-dulu nama Alice Voon (kalau siapa ingat tajuk drama tu..sila comment). Dalam drama tu dia keje jual bunga,. gaya selebet je..alih2 ada orang perasan ( tak ingat siapa pelakon tu) yang gadis penjual bunga tu cantik..dan mempunyai ciri-ciri model. Lepas tu di 'groom' dan jadi cantik. Tak ingat ending camna....😅
Ermmm..mengakulah kita ni memang cantik. Cantik dengan cara kita. Tapi..memang cantiklah ! Be yourself 😍🤩
*photo kredit to Mingguan Wanita/Google
Image may contain: 1 person, closeup

Love
Comment
Share

No comments: