BARANG KEPERLUAN YANG PERLU DIBAWA KE HOSPITAL BAGI PESAKIT YANG TIDAK MAMPU MENGURUSKAN DIRI SENDIRI.
Nak menjaga orang sakit memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Kalau boleh yang nak menjaga tu, kenalah juga sihat dan kuat. Boleh berjaga, boleh tahan mata..kalau tidur pun tak lah tidur mati.
CikguJill dan kembar cikgujill berpeluang menjaga ayahanda selama 45 malam, satu pengalaman yang tidak dapat digambarkan. Rezeki Allah bagi untuk berjasa pada ayahanda sebelum dia meninggalkan kami.
Al Fatihah untuk bak.
Barang apa yang perlu dibawa...meh nak tolong senaraikan. Nak bagi idea..tapi janganlah beli dalam kuantiti yang banyak lagi. Yer?
Tisu basah
Botol ayaq yang sesuai
Straw /sudu
Tuala mandi, tuala kecil
✅flusk ayaq yang nak simpan air panas.
✅lapik plastik untuk alas belakang. jadi sekiranya kalau kencing atau najis tidak kena lah pada kain pelapik.
✅hand glove kena ada. Spray air dan palstik. Sebab..nak tukaq pampers waktu membuang, nak cuci kena pakai. Bukan apa, najis pesakit ni lain macam sket. Tak perlulah sampai pakai mask..macam cikgujill jaga bak tu, tak pakai pun. Kasih sayang kita mengatasi segalanya. Lepas itu, pampers yang kotor tu letak dalam plastik, dan buang ke dalam tong kuning. Ada je hospital sediakan plastik kuning tu..tapi kalau dah membuang banyak kali..gunalah yang sendiri. Bukan mahal mana pun..
✅Drapolene- pampers cream to prevent pampers rashes
✅ Baby powder - also to prevent pampers rashes
✅Hyrocolloid patches - Kalau ada bed sore luka or any luka use this better than plaster or dressing
✅Ripple mattress with pump - to prevent bedsore (hospital usually allow u to attach this to the bed)
✅ Disposable under pad - very useful
✅ Liquid soap and dettol - wet tissue not enough to do cleaning
✅Squeeze bottle- cleaning
✅Soft small towel - cleaning
Ni kawan cikgujill tolong senaraikan. Nora Zainal nama kawan. Alahmdulillah..banyak membantu.
Kemahiran nak tukaq cadar pun kena ada. Memanglah nurse boleh bantu, tapi ada ketikanya kita kena buat sendiri. Jangan lupa juga bawa bantal-bantal kecil untuk diletakkan pada bahagian kaki, pinggang..kot lenguh-lenguh.
✅use syringe juga unt blended food feeding. hot/cold pad unt tuam lenguh2.
Selamat menjaga orang sakit. Kalau nak bermalam bawalah kerusi malas. Selesa sikit. Tapi cikgujill suka tidur atas lantai ja. Bawa toto lapik. Lagipun, waktu malam kita bukan boleh lena sangat pun...sat lagi ada lah bunyi troli. Staff tolak punyalah kuat.
Takpun, satg nurse mai check tekanan darah lah..gula laaa..jadi auto nya kita terbangun juga.
Bersabarlah yer. Dugaan kehidupan setiap orang tak sama.
No comments:
Post a Comment