Showing posts with label cikgu malaysia. Show all posts
Showing posts with label cikgu malaysia. Show all posts

Sunday, January 7, 2024

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) Sains Ting 1

 Yuhuuuu !!! Yuhuuuu !!

Nak bagi menarik proses pengajaran cikgu-cikgu, banyak je idea. Cumanya kita kena rajin dan over sket!

Ini cara saya..budak-budak kami mungkin tak sama dengan budak-budak sekolah lain.

Target saya, nak bagi budak semua terlibat dan minat dengan kelas sains.

Susah kalau budak-budak tak minat. kan?

So..saya buat Pertandingan Drama Sains. Buat drama bertemakan tema yang terakhir dalam Sains Ting 1. Berkenaan dengan Penerokaan Angkasa Lepas.

Tiga kumpulan je. So hadiah disediakan no 1-3. Semua boleh dapat hadiah. Hamper makanan je u ols.


Projek ini diumumkan pada 20 November dan dipentaskan pada 12 Disember 2023

Banyak masa sebenarnya untuk latihan. 

Tapi biasalah, last minute depa boleh pulak tukar skrip. Kawan-kawan tak mai latihan. Jadi, masa hari persembahan memang agak kelam kabut. Adehhh...!!!


Untuk projek ini, skrip dan kumpulan bebas. Tapi, bilangan ahli kumpulan mesti sama.

Sebelum hari persembahan, setiap kumpulan kena send gambar untuk backgound dan semestinya audio.


Proses yang terlibat adalah

- pembinaan kumpulan

- penulisan skrip/watak

- pembacaan skrip

- latihan berlakon

- rehearsal.

- show time !!!


Murid yang boleh bercakap banyak dan yakin ..saya bagi TP 5-6.









































Semestinya saya libatkan pembantu makmal saya yang awesome. Mereka turut membantu dalam mengadili persembahan budak-budak.

Saya jemput satu sekolah untuk menonton persembahan drama sains ini. Pengetua pun turun padang.

Budak-budak yang menonton, saya sediakan soalan kuiz sebagai selingan. Mana yang dapat jawab saya bagi jajan..hehehe. Bajet ciput!! 

Ada selingan juga..saya panggil wakil setiap kelas untuk present. KOnsep macam Petrosains Challenge tu.

memang hebat..sebab semua murid yang berlakon tu..boleh bercakap, cumanya lancar dan jelas tu kurang sket.

Nampak sangat persediaan tak rapi..tapi takpe. Mereka dah mencuba!!

Sayanggg depa semua!!!

Terima kasih !!




KAEDAH MENGAJAR-PEMBELAJARAN DI LUAR BILIK DARJAH

 YUHUUUU YUHUUU !!

Pernah juga timbulnya persoalan di hati, bagaimana nak bagi pembelajaran jadi menarik. Yelah..budak-budak zaman sekarang terlebih advance dari segala segi, jadi cikgu-cikgu pun kena lah kreatif dan rajin.


Saya pun ada hari malas. Hari malas sedunia. So, terpaksa fikir dan buat sesuatu. Setakat ini, yag tak memboringkan adalah kita laksanakan pembelajaran di luar bilik darjah.

Subjek Biologi banyak je tajuk yang kita boleh buat.

Meh saya share.


Semoga boleh jadikan idea untuk cikgu-cikgi baru. 

Ingat, kita kena enjoy mengajar..barulah budak-budak suka.


































Diharap dapat membantu serba sedikit cikgu2 Biologi seluruh Malaysia. Ini cara saya, sekolah saya. Budak2 enjoy dalam kelas pun dah satu kegembiraan buat saya.


Target..setiap tahun dalam SPM semua lulus Biologi.

Doakan saya dan anak-anak murid saya yer?

Terima kasih !!

Wednesday, April 29, 2020

DARI KELAS KE GREEN SCREEN...

Finally, apa yang diidamkan dari tahun 2016 tercapai. The truth is keinginan untuk berada di depan kamera sudah lama dipendamkan sejak dari zaman universiti. Tapi, tahun ini menjadi realiti. Mungkin keinginan untuk menjadi seorang pelakon patut dilupakan, tetapi sekurang-kurangnya dapat menjadi cikgu artis pun satu rahmat. Hahahahahaa....

Well, ramai lagi cikgu yang berkebolehan. Mau rebut peluang atau tidak. Itu sahaja,kalau berani jalan terus tanpa menoleh ke belakang. Saya hendak mencuba dan sejenis muka tak tahu malu. Hhahahahaa...
Seramai 6 orang cikgu yang terlibat. Semuanya sekepala..gila-gila dan suka mencuba. Alaaa...cuma bercakap di depan kamera. Nothing to worry. Yelah tuuu...
Kami ditugaskan untuk melengkapkan topik bagi Subjek Sains Tingkatan 1.

Tq team BTPN Perlis kerana sabar dengan karenah saya semasa shooting. Next week kita akan berjumpa lagi.


#greenscreen
#viral
#cikgumalaysia
#normabaharu
#cikgubiologi