Sunday, January 7, 2024

HAPPY NEW YEAR 2024

 YUHUUUUUU !!

Lupa nak ucapkan selamat tahun baru pada semua yang sudi membaca blog saya.

Semoga tahun 2024 tahun yang happy-happy untuk semua. Semoga semua sihat-sihat, dimurahkan rezeki dan penuh kebahagiaan.

Semoga semua misi tercapai, hasrat tercapai.

Nak kahwin ke, nak ada gf bf ke, nak ada anak ke, nak ada rumah baru ke, nak ada kereta baru ke, nak ada apa ke..semoga semuanya dimakbulkan. Tapi, yang baik-baik sahaja.


Teruslah berdoa dan berdoa.

Jangan give up!










APA ITU FUNGI?

 Yuhuuu...!!


Siapa lah yang tak pernah tengok roti berkulat? Takpun nasi berkulat? Mesti pernah kan !!

Kulat tu..adalah sejenis mikroorganisma. Tak boleh lihat dengan mata kasar. Nampak tu nampak, tapi taklah details.

Kalau kat roti yang dah expired, kita boleh perhatikan banyak je warna kulat tu. Ada putih, kuning, hijau, hitam.

Dalam pengelasan biologi, kita panggil FUNGI


Banyak warna fungi ni. Macam-macam rupa ada.

Fungi tidak boleh buat makanan sendiri yer.











Budak Biologi kena faham betul tentang fungi ni. Bukan fungi je, tapi protozoa, alga, virus pun kena ambil tahu.


Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) Sains Ting 1

 Yuhuuuu !!! Yuhuuuu !!

Nak bagi menarik proses pengajaran cikgu-cikgu, banyak je idea. Cumanya kita kena rajin dan over sket!

Ini cara saya..budak-budak kami mungkin tak sama dengan budak-budak sekolah lain.

Target saya, nak bagi budak semua terlibat dan minat dengan kelas sains.

Susah kalau budak-budak tak minat. kan?

So..saya buat Pertandingan Drama Sains. Buat drama bertemakan tema yang terakhir dalam Sains Ting 1. Berkenaan dengan Penerokaan Angkasa Lepas.

Tiga kumpulan je. So hadiah disediakan no 1-3. Semua boleh dapat hadiah. Hamper makanan je u ols.


Projek ini diumumkan pada 20 November dan dipentaskan pada 12 Disember 2023

Banyak masa sebenarnya untuk latihan. 

Tapi biasalah, last minute depa boleh pulak tukar skrip. Kawan-kawan tak mai latihan. Jadi, masa hari persembahan memang agak kelam kabut. Adehhh...!!!


Untuk projek ini, skrip dan kumpulan bebas. Tapi, bilangan ahli kumpulan mesti sama.

Sebelum hari persembahan, setiap kumpulan kena send gambar untuk backgound dan semestinya audio.


Proses yang terlibat adalah

- pembinaan kumpulan

- penulisan skrip/watak

- pembacaan skrip

- latihan berlakon

- rehearsal.

- show time !!!


Murid yang boleh bercakap banyak dan yakin ..saya bagi TP 5-6.









































Semestinya saya libatkan pembantu makmal saya yang awesome. Mereka turut membantu dalam mengadili persembahan budak-budak.

Saya jemput satu sekolah untuk menonton persembahan drama sains ini. Pengetua pun turun padang.

Budak-budak yang menonton, saya sediakan soalan kuiz sebagai selingan. Mana yang dapat jawab saya bagi jajan..hehehe. Bajet ciput!! 

Ada selingan juga..saya panggil wakil setiap kelas untuk present. KOnsep macam Petrosains Challenge tu.

memang hebat..sebab semua murid yang berlakon tu..boleh bercakap, cumanya lancar dan jelas tu kurang sket.

Nampak sangat persediaan tak rapi..tapi takpe. Mereka dah mencuba!!

Sayanggg depa semua!!!

Terima kasih !!




KAEDAH MENGAJAR-PEMBELAJARAN DI LUAR BILIK DARJAH

 YUHUUUU YUHUUU !!

Pernah juga timbulnya persoalan di hati, bagaimana nak bagi pembelajaran jadi menarik. Yelah..budak-budak zaman sekarang terlebih advance dari segala segi, jadi cikgu-cikgu pun kena lah kreatif dan rajin.


Saya pun ada hari malas. Hari malas sedunia. So, terpaksa fikir dan buat sesuatu. Setakat ini, yag tak memboringkan adalah kita laksanakan pembelajaran di luar bilik darjah.

Subjek Biologi banyak je tajuk yang kita boleh buat.

Meh saya share.


Semoga boleh jadikan idea untuk cikgu-cikgi baru. 

Ingat, kita kena enjoy mengajar..barulah budak-budak suka.


































Diharap dapat membantu serba sedikit cikgu2 Biologi seluruh Malaysia. Ini cara saya, sekolah saya. Budak2 enjoy dalam kelas pun dah satu kegembiraan buat saya.


Target..setiap tahun dalam SPM semua lulus Biologi.

Doakan saya dan anak-anak murid saya yer?

Terima kasih !!