Yuhuuu...
Terdengar kawan bercerita di group Whatsapp Sangat terkejut dan menakutkan ok. Of course ini membabitkan karier daku.
Ranau: Seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kundasang, ditemui mati
dengan kesan tikaman pada tubuh dan belakang kepala di dalam rumahnya di
kuarters pekerja SESB Jalan Hotel Perkasa, Kundasang, dekat sini, pagi
hari ini.
Mayat mangsa Masina Samadi, 50, ditemui oleh suaminya selepas pulang
daripada kerja jam 9.30 pagi sebelum memaklumkan kejadian itu kepada
pihak polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Senior Asisten Komisioner
Salehuddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan
siasatan lanjut dan motif kejadian dipercayai rompakan.
"Mayat mangsa kini dihantar ke Hospital Ranau untuk bedah siasat.
"Setakat ini belum ada tangkapan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Bacaan lanjut boleh klik di sini..
No comments:
Post a Comment