Wednesday, April 29, 2020

APA ITU STD????

Virus ramai yang kenal dah kan? Kalau tak tahu lagi #cikgujill tak tau nak kata apa dh..🤭
Well mari kita belajaq lagi pasal bakteria dan virus. Ada bakteria baik..ada yang jahat.

Tetapi sekarang kita nak mengenal bakteria and virus jahat..(selain dr covid19) banyak lagi yg jahat.
Budak Biologi T4 KBSM belajar ni..owh budak Sains Teras pun...

Hari ni nak share ttg STD Sexually Transmitted Disease iaitu penyakit kelamin.

🔴Gonorea- disebabkan oleh bakteria. Pada wanita tandanya ada nanah yang keluar dari vagina. Lepas tu rasa sakit apabila nak kencing. Simptom yang sama juga utk lelaki.

🔴Sifilis-disebabkan oleh bakteria juga. Rasa sakit pada vagina dan penis. Adanya ruam. Dan rasa sakit kerongkong.

🔴Herpes - disebabkan oleh virus. Rasa pedih dan sakit pada vagina dan penis.

🔴AIDS - ofcourse disebabkan oleh virus. No further explanation. Sebab rasanya semua faham.

Macam mana boleh berjangkit? Melalui sentuhan, iaitu melalui hubungan seks secara rambang dengan orang yang dijangkiti. Patogen ni ada dalam air mani atau bendalir wanita tersebut.

Di antara penyakit di atas, yang manakah tidak boleh dirawat?
#cikgujill
#cikgubio
#EduFluencer

No comments: