Wednesday, April 29, 2020

SUPERCOW

Populasi manusia di dunia adalah 7.594 billion. Satu jumlah yang sangat besaq. Jadi permintaan utk makanan adalah sangat tinggi. Maka, banyak teknologi digunakan utk memastikan pengeluaran makanan sentiasa ada.

Salah satu kaedah yang famous adalah kejuruteraan genetik. Melalui kaedah ini, GMO dan GMF dihasilkan. Tujuannya adalah nak bagi makanan itu tahan lama. Contoh yang #cikgujill boleh bagi adalah buah tomato yang biasa dengan GMF. Buah tomato yang biasa maybe akan cepat rosak dalam beberapa hari, ttp GMF mungkin lebih lama baru nak rosak.

Camna boleh jadi camtu? Sebab kita melakukan kaedah pemindahan gen, memindahkan segmen DNA organisma lain ke organisma yang lain. Tak sama dengan Pembiakbakaan.

Contoh lain seperti ikan salmon dapat membesar dengan saiz seperti ikan salmon yang hidup tiga tahun..tetapi hanya mengambil masa setahun sahaja. Macam la ayam yang kita makan sekarang ni.

Belum lagi kita citer hal membabitkan Hutan Amazon ðŸ˜…

My dear student...justifikasi kan, adakah kamu setuju dengan teknologi GMO dan GMF ini.
#cikgujill
#cikgubio
#EduFluencer
*gmbr di bawah adalah Supercow..saiz badan yang lebih besar dan penghasilan susu yang lebih banyak

No comments: