Wednesday, April 29, 2020

KETAM SALIN KULIT!!!

Specialnya hidupan yang berangka luaq seperti ketam,udang, belalang dan kala jengking. Rangka luar ni bila kita kekah kulit depa akan bunyi kruupp kraapp..hehee..🤭 Cuba bayangkan makan kumbang...kruupp kraaapp laa kan?

Cmna agaknya proses pertumbuhan depa yer?
Kulit luaq depa tu kita panggil "kitin" sejenis karbohidrat. #cikgujill suka makan kulit udang..bila goreng garing2..rangup je!

Proses pertumbuhan serangga dia ada proses dipanggil salin kulit atau ekdisis. Proses yang berkala, bukan berlaku sepanjang masa. Apa yang perlu depa lakukan sebelum proses ini bermula?
Mula-mula depa akan :
🔘sedut udara
🔘badan akan kembang
🔘rangka lama akan pecah
🔘rangka baru akan keluar dari rangka lamanya
🔘proses pertumbuhan yang pesat akan berlaku semula dan akan berulang lagi....

Graf pertumbuhan serangga berbentuk tangga..tapi kita manusia berbentuk sigmoid.

Semua ni belajar dalam Biologi T5..tp basic sahaja. Nak tau lebih sambung di kolej atau universiti. Menarik tau explore bab2 serangga ni...
#cikgubio
#tokpaq

No comments: