Showing posts with label Sains SPM. Show all posts
Showing posts with label Sains SPM. Show all posts

Wednesday, April 29, 2020

APA ITU VIRUS????

Pasal virus ni sebenarnya budak sekolah menengah ada belajar. Yang mana ada anak F4 dan F5 boleh tanya depa pasal virus ni...
Well apa yg belajaq di sekolah, ringkas sahaja. Form 4 Biologi KBSM dalam topik Ekosistem Dinamik.
So, apa itu virus??
✔️mikroorganisma yg paling ringkas dan seni yg boleh nampak melalui mikroskop elektron.
✔️tidak mempunyai membran plasma, mitokondrion.
So, cmna dia boleh jadi 'power'?
Bila dia memasuki badan perumah, barulah dia boleh menjalankan proses hidup seperti pemakanan, pembiakan dan respirasi. Sintesis protein oleh ribosom pun akan berlaku dlm badan perumah.

Ada banyak bentuk depa ni..ada bentuk heksagon, bentuk sfera, bentuk rod.
So sapa boleh gtau #cikgujill...covid-19 ni..virusnya bentuk apa..? (ada hadiahh...ok?)
Dulu2 saya suka tengok gambar bakteriofaj ni...bentuknya memang perghhhh....

And of course virus adalah - parasitisme. Student saya pls explain parasitisime 😅

APA ITU VIRUS????

Pasal virus ni sebenarnya budak sekolah menengah ada belajar. Yang mana ada anak F4 dan F5 boleh tanya depa pasal virus ni...
Well apa yg belajaq di sekolah, ringkas sahaja. Form 4 Biologi KBSM dalam topik Ekosistem Dinamik.
So, apa itu virus??
✔️mikroorganisma yg paling ringkas dan seni yg boleh nampak melalui mikroskop elektron.
✔️tidak mempunyai membran plasma, mitokondrion.
So, cmna dia boleh jadi 'power'?
Bila dia memasuki badan perumah, barulah dia boleh menjalankan proses hidup seperti pemakanan, pembiakan dan respirasi. Sintesis protein oleh ribosom pun akan berlaku dlm badan perumah.

Ada banyak bentuk depa ni..ada bentuk heksagon, bentuk sfera, bentuk rod.
So sapa boleh gtau #cikgujill...covid-19 ni..virusnya bentuk apa..? (ada hadiahh...ok?)
Dulu2 saya suka tengok gambar bakteriofaj ni...bentuknya memang perghhhh....

And of course virus adalah - parasitisme. Student saya pls explain parasitisime 😅

PERUT LEMBU

Siapa suka makan perut lembu? Which one is yr fave? A ,B,C or D? Tahu tak yang special nya pasal perut lembu ni?? Unik sungguh sistem pencernaan lembu. Kalau kita tengok lembu asyik mengunyah je kan.....(sapa tak pernah tgk lembu makan rumput live..sila la tengok kat youtube 😅)
Well..lembu ada 4 ruang perut.
✔️rumen
✔️retikulum
✔️omasum
✔️abomasum
Macam susah je nak ingat kan..no worries setakat ni budak Biologi F4 #cikgujill boleh ingat dengan jayanya.
Sebab apa kita tgk lembu dok mengunyah sedia sebab..bila dia kunyah mula2 tu..rumput yg separa tercerna tu akan ditelan masuk ke rumen, lepas tu retikulum...dari retikulum tu..rumput separa tercerna tu akan dimuntah sedikit demi sedikit ke rongga mulut..so kunyah kunyah lagi..lps tu barulah makanan tu akan bergerak ke omasum dan seterusnya...

Gaiissss!! Bayangkan kalau kita nye sistem pencernaan kita gitu..dok mengunyah sedia sedia..🤭🤭🤭
*photo credit from google

#tokpaq
#biologiform4

UNIKNYA CAP JARI KITA

Smartphone canggih siap guna fingerprint nak unlock..kereta pun kan. Cer tengok ibu jari masing2..cer tengok cap jari u ols bentuk apa. Ada lengkung, pusar, gelung dan komposit. Cap jari adalah sejenis variasi. Variasi tidak selanjar. Tak sama dengan ketinggian, berat badan dan warna kulit ye. Topik ni budak Sains Teras belajar masa F4 dan budak Biologi belajar masa F5. Banyak lagi details pasal variasi...dalam haiwan pun ada. Contoh belang pada kuda belang..nampak macam sama je kan, the truth is tak sama...cer zoom in..😅 pada pokok2...

Siapa boleh gtau #cikgujill camna cap jari boleh terbentuk..??? sebab cap jari kita tak sama dengan orang lain.
Well, saya nak hihglight cap jari digunakan setelah beberapa insiden yang berlaku dulu2..
Yang paling famous adalah kes ni..lepas tu digunakan secara meluas dalam crime scene investigation.

LIGAMEN KOYAK!!!

Masa #cikgujill keje hotel dulu2 ni, kena pakai kasut tinggi 3 inchi. Rasa tinggi je..and berjalan pun amboi..tak hengat!!
Sekarang pun still kasut tinggi menjadi pilihan.
Pernah tak u ols bila nak pakai kasut tinggi, rasa takut je..takut terseliuh laa..kannn..kalau tak biasa memang susah and akan jatuh terpeleot.

Haa...sakit kann? Tau tak sebab apa sakit..sbb kat bahagian pegelangan kaki tu bahagian tisu yang nak pegang tulang kaki..dipanggil "ligamen" tu cedera. Tingkatan 5 Biologi belajar ni ...ligamen ni tisu penghubung yang kuat, liat dan kenyal. Susah nak berlaku kecederaan di bahagian ini..tp bila pergerakan yang melampau boleh berlaku kecederaan.

Boleh jumpa kat mana ligamen ni...kat tempat nak hubungkan dua tulang..kat bahu, lengan, lutut..senang cakap sendi.
Camna nak tahu kita nye ankle tu sprained? Selalunya bengkak, sakit dan of course kaki tak boleh digerakkan.🤭
#tokpaq

DOWN SYNDROME, THEY ARE SO SPECIAL

Kecacatan tidak bermakna kekurangan. Walaupun kita dilahirkan "sempurna" tapi hakikatnya banyak kekurangan yang ada pada kita.
Hari ni 21 Mac adalah Hari Sindrom Down Sedunia. Biologi F5 dan Sains Teras F4 belajar ni kat sekolah. Sindrom Down atau Trisomy 21 merupakan kecacatan genetik atau lebih khusus mutasi kromosom di mana satu kromosom lebih pada kromosom yang ke 21 jadi 3. So, nampak tak kenapa hari ni dipilih sebagai Hari Sindrom Down Sedunia.
Well..utk info semua, manusia Homo sapiens mempunyai 46 kromosom in pair. Semua ni berpasangan..kromosom pasangan yang ke 23 merujuk kepada jantina samada XX atau XY. Pasangan kromosom dari no 1-22 kita panggil autosom. Mengawal ciri-ciri seperti warna mata, rambut dll.
Tapi tang kromosom ke 21 tu terlebih..jadilah Sindrom Down.

Kecacatan genetik ini dinamakan sempena John Langdon Down, doktor British yang menggambarkannya pada tahun 1866 *buku teks Biologi KBSM T5

Please treat well kepada anak2 Sindrom Down...Bagi #cikgujill they are special dan selalunya mempunyai sifat yang sangat penyayang 😍 Ciri-ciri Sindrom Down adalah terencat akal, dahi yang lebar, mata sepet dan hidung penyek.
#tokpaq

ALBINISME

Masa #cikgujill sekolah rendah pernah jumpa Albinisme ni. Takut mula tu tengok yelah dah putih sepuhhh....nak lari cepat2. Kalau kat negara lain..dapat anak camni depa akan fikir bala dan sihir.
Sebab tkde knowledge. Jangan takut...depa macam kita juga..cumanya...
Albinisme ni adalah disebabkan oleh sejenis mutasi gen. Dan ianya diwarisi. Perubahan pada gen yang terlibat dalam sintesis pigmen melanin. Terdapat kekurangan pigmen melanin pada kulit, rambut dan mata. Saya jenis terlebih melanin...sebab tu kulit gelap. Apa yang pentingnya pigmen melanin ni? Sesapa boleh explain ..?😁

Depa ni tak boleh terdedah kepada keamatan cahaya yg tinggi, so dinasihatkan pakai topi, pakai payung, baju lengan panjang, seluar panjang time keluar pada cuaca panas. Soalan ni pernah keluar dlm SPM Biologi Tahun 2016..kalau tak silap.
Pls jangan double standard pada individu tersebut. Respect them and they will respect us!!!
#cikgubio
#tokpaq

KEMBAR TIDAK SEIRAS

Best kan dapat anak kembaq. Kembaq dua, kembaq tiga, kembar 5, kembaq 7..perghhh!!
Sekarang #cikgujill nak explain pasal kejadian kembar macam kes saya le..saya ada kembar lelaki namanya Mohd Azrien tak caya kewww? Kami dua adik beradik je..of course muka kami tak sama..dia hensem saya cantikkk sangat..kikikikiki 🤭🤭 (sila percaya dia hensem..jgn percaya saya cantik!)
Camna pembentukan kami ni....
✔️ dua ovum disenyawakan oleh dua sperma
✔️pembahagian embrio tidak berlaku
✔️mempunyai plasenta masing-masing
✔️kandungan genetik tak sama (cth saya XX dia XY)
✔️jantina sama atau berbeza
✔️lazimnya tidak seiras

So sapa boleh gtau camna boleh ada kembaq 9..kembaq 11 (seriously?)
Topik ni belajar dalam Biologi T5 dan Sains Teras KBSM
#cikgubio
#tokpaq
*pic from google. Kembaq ni popular...tau tak sebab apa..?

URI ATAU PLASENTA

PLASENTA
Apa itu plasenta? #cikgujill tengok sendiri bila dapat anak first. Biologi T5 KBSM belajaq dalam topik Pembiakan.
Plasenta atau nama panggilan mesranya adalah 'uri' ialah struktur yang tisunya terbentuk drpd sel fetus dan ibu.
Darah ibu dengan darah fetus tidak bercampur ya.
Darah fetus dan darah ibu tidak boleh bercampuq  sebab tekanan darah ibu adalah lebih tinggi dr tekanan darah fetus. Kalau lah bercampur, kapilari darah fetus yang halus tu akan pecah laaa ..dan boleh mengakibatkan kematian.

Bayangkan saya mengajaq dan saya mengandung..pahtu saya marah2, tenking2..tekanan darah sy mesti naik ( hehee..tengking apa nooo) Bayangkan apa jadi pada fetus saya? Sebab tu waktu pregnant..kita tak boleh stress2, kena rileks2 je...
Plasenta berfungsi utk..
☑️membenarkan bhn2 tertentu seperti oksigen, nutrient, karbon dioksida, urea, hormon dan antibodi.
☑️bahan seperti dadah, alkohol, kafein dan bahan dari asap rokok serta virus HIV dpt merentas plasenta

*gmbr kita blur kan sedikit..sebab ada orang "geli" bila tengok. But itulah bukti yang menghubungkan u ols dengan yr mom..kat mana tmpt attach tu..haa kat pusat ok..🤭 pusat pun ada banyak jenis..pusat dalam..pusat tkeluaq..mcm2..😅
#tokpaq
#cikgubio

STRUKTUR NEFRON

Bersyukur dak bangun pagi, g toilet boleh kencing dengan lancar. Takde rasa sakit pun..pahtu tgk urine kita tu jernih, tak terlalu pekat..tak kuningggggg sangat..kan? Kira healthy la yer..
Semua orang tau pasal buah pinggang. Tapi tak ramai yang tau secara terperinci. #cikgujill bukannya expert ..sekadar #cikgubio lulusan ijazah sahaja. Kat USM dulu belajar masa paper Fisiologi Haiwan.
Bila kita potong kidney..dalam tu ada berjuta2 unit berfungsi yang kita panggil NEFRON. Lepas tu pecah lagi kepada:
🔷kapsul bowman
🔷Glomerulus
🔷Tubul renal - Tubul berlingkar proksimal, liku Henle dan Tubul berlingkar Distal

Urine kita ni asal dari darah. Nefron ni lah yang akan filter darah tu dan hasilkan urine. Urine bau hancing..sbb dah bahan buangan semua dalam tu. Can someone tell me apa kandungan utama dalam urine kita..
Konsep penghasilan urine ni kena faham juga bab hormon. Hormon yang terlibat adalah
🔘ADH
🔘Aldosteron
Semua ni belajar dalam Biologi T5 KBSM DAN T4 KSSM
*photo credit dr google

PASANG IMPLANON

Dapat baby memang best. Moment masa pregnant pun best. Tetapi..kalau ada masalah kesihatan atau masalah lain..janglah ambil risiko untuk mengandung.
Ada banyak kaedah untuk mengelakkan kehamilan. Peratusan nya pun tinggi 99.99%.
Dalam Biologi T5 KBSM dan Sains T1 KSSM ada belajar tentang topik ni. Budak T1 pun dah advance...

Kaedah yang pertama adalah Pil Perancang Kehamilan
✔️mengandungi hormon estrogen dan progestron
✔️makan sebiji sehari (jangan buat lupaaaa nooo)
✔️menghalang proses pengovulan jadi persenyawaan tidak berlaku.
✔️selamat, murah dan berkesan. (banyak jenama kat farmasi boleh pilih yang mana bersesuaian)

Kaedah yang kedua adalah Implanon
✔️Plastik lembut panjangnya 4cm dimasukkan ke bawah kulit di bahagian lengan
✔️implan ini akan membebaskan secara perlahan2 hormon progestrone.
✔️paling lama tahan 3 tahun
So wanita out there boleh pilih yang mana bersesuaian. ingat, yang ni khas untuk isteri2 yang memang nak merancang kehamilan or maybe takmo baby dah.
Ada banyak lagi kaedah lain. My dear student..pls bagi lagi 3 kaedah..#cikgujill tunggu jawapan...
#cikgubio

KETAM SALIN KULIT!!!

Specialnya hidupan yang berangka luaq seperti ketam,udang, belalang dan kala jengking. Rangka luar ni bila kita kekah kulit depa akan bunyi kruupp kraapp..hehee..🤭 Cuba bayangkan makan kumbang...kruupp kraaapp laa kan?

Cmna agaknya proses pertumbuhan depa yer?
Kulit luaq depa tu kita panggil "kitin" sejenis karbohidrat. #cikgujill suka makan kulit udang..bila goreng garing2..rangup je!

Proses pertumbuhan serangga dia ada proses dipanggil salin kulit atau ekdisis. Proses yang berkala, bukan berlaku sepanjang masa. Apa yang perlu depa lakukan sebelum proses ini bermula?
Mula-mula depa akan :
🔘sedut udara
🔘badan akan kembang
🔘rangka lama akan pecah
🔘rangka baru akan keluar dari rangka lamanya
🔘proses pertumbuhan yang pesat akan berlaku semula dan akan berulang lagi....

Graf pertumbuhan serangga berbentuk tangga..tapi kita manusia berbentuk sigmoid.

Semua ni belajar dalam Biologi T5..tp basic sahaja. Nak tau lebih sambung di kolej atau universiti. Menarik tau explore bab2 serangga ni...
#cikgubio
#tokpaq