Showing posts with label PEMBIAKAN. Show all posts
Showing posts with label PEMBIAKAN. Show all posts

Wednesday, April 29, 2020

KEMBAR TIDAK SEIRAS

Best kan dapat anak kembaq. Kembaq dua, kembaq tiga, kembar 5, kembaq 7..perghhh!!
Sekarang #cikgujill nak explain pasal kejadian kembar macam kes saya le..saya ada kembar lelaki namanya Mohd Azrien tak caya kewww? Kami dua adik beradik je..of course muka kami tak sama..dia hensem saya cantikkk sangat..kikikikiki ðŸ¤­ðŸ¤­ (sila percaya dia hensem..jgn percaya saya cantik!)
Camna pembentukan kami ni....
✔️ dua ovum disenyawakan oleh dua sperma
✔️pembahagian embrio tidak berlaku
✔️mempunyai plasenta masing-masing
✔️kandungan genetik tak sama (cth saya XX dia XY)
✔️jantina sama atau berbeza
✔️lazimnya tidak seiras

So sapa boleh gtau camna boleh ada kembaq 9..kembaq 11 (seriously?)
Topik ni belajar dalam Biologi T5 dan Sains Teras KBSM
#cikgubio
#tokpaq
*pic from google. Kembaq ni popular...tau tak sebab apa..?

URI ATAU PLASENTA

PLASENTA
Apa itu plasenta? #cikgujill tengok sendiri bila dapat anak first. Biologi T5 KBSM belajaq dalam topik Pembiakan.
Plasenta atau nama panggilan mesranya adalah 'uri' ialah struktur yang tisunya terbentuk drpd sel fetus dan ibu.
Darah ibu dengan darah fetus tidak bercampur ya.
Darah fetus dan darah ibu tidak boleh bercampuq  sebab tekanan darah ibu adalah lebih tinggi dr tekanan darah fetus. Kalau lah bercampur, kapilari darah fetus yang halus tu akan pecah laaa ..dan boleh mengakibatkan kematian.

Bayangkan saya mengajaq dan saya mengandung..pahtu saya marah2, tenking2..tekanan darah sy mesti naik ( hehee..tengking apa nooo) Bayangkan apa jadi pada fetus saya? Sebab tu waktu pregnant..kita tak boleh stress2, kena rileks2 je...
Plasenta berfungsi utk..
☑️membenarkan bhn2 tertentu seperti oksigen, nutrient, karbon dioksida, urea, hormon dan antibodi.
☑️bahan seperti dadah, alkohol, kafein dan bahan dari asap rokok serta virus HIV dpt merentas plasenta

*gmbr kita blur kan sedikit..sebab ada orang "geli" bila tengok. But itulah bukti yang menghubungkan u ols dengan yr mom..kat mana tmpt attach tu..haa kat pusat ok..🤭 pusat pun ada banyak jenis..pusat dalam..pusat tkeluaq..mcm2..😅
#tokpaq
#cikgubio

PASANG IMPLANON

Dapat baby memang best. Moment masa pregnant pun best. Tetapi..kalau ada masalah kesihatan atau masalah lain..janglah ambil risiko untuk mengandung.
Ada banyak kaedah untuk mengelakkan kehamilan. Peratusan nya pun tinggi 99.99%.
Dalam Biologi T5 KBSM dan Sains T1 KSSM ada belajar tentang topik ni. Budak T1 pun dah advance...

Kaedah yang pertama adalah Pil Perancang Kehamilan
✔️mengandungi hormon estrogen dan progestron
✔️makan sebiji sehari (jangan buat lupaaaa nooo)
✔️menghalang proses pengovulan jadi persenyawaan tidak berlaku.
✔️selamat, murah dan berkesan. (banyak jenama kat farmasi boleh pilih yang mana bersesuaian)

Kaedah yang kedua adalah Implanon
✔️Plastik lembut panjangnya 4cm dimasukkan ke bawah kulit di bahagian lengan
✔️implan ini akan membebaskan secara perlahan2 hormon progestrone.
✔️paling lama tahan 3 tahun
So wanita out there boleh pilih yang mana bersesuaian. ingat, yang ni khas untuk isteri2 yang memang nak merancang kehamilan or maybe takmo baby dah.
Ada banyak lagi kaedah lain. My dear student..pls bagi lagi 3 kaedah..#cikgujill tunggu jawapan...
#cikgubio

KOLOSTRUM

Mengimbau kenangan masa dulu-dulu masa #cikgujill dapat anak pertama. Ceteknya ilmu berkenaan dengan pentingnya susu ibu. Anak pertama saya terlepas kolostrum. Tapi, masa anak no 2 dan 3 saya dah melengkapkan diri dengan ilmu susu ibu.

KOLOSTRUM ni teksturnya pekat dan warna kuning pekat. Sejenis susu ibu yang dihasilkan pada akhir tempoh mengandung hingga beberapa jam selepas bersalin. Sebab tu, kalau hot mama semua masih ingat, selepas kita bersalin nurse akan bagi baby ke kita selepas 2 jam kalau tak silap. Dan depa suruh kita susukan bayi. Indahnya momen tersebut..kann??🥰🥰🥰🥰

Kenapa pentingnya kolostrum ni?

✔️mengandungi banyak karbohidrat, protein dan semestinya antibodi
✔️mudah dicerna
✔️memiliki kandungan imun yang tinggi.

Sekiranya ibu menyusu bayi tersebut, baby dapat KEIMUNAN PASIF SEMULAJADI berbeza dengan vaksin yer.

Baby akan dapat keimunan tersebut selama mana baby itu menyusu.
So, saya nak galakkan dan menjayakan Kempen Susu Ibu..kalau boleh biarlah baby tu menyusu sampai umur 2 tahun (sekurang-kurangnya!)

Topik ni budak Sains T2 dan Biologi T5 belajar..banyak kan knowledge student sekarang.
#cikgubio

*photo #ciknad masa baru lahir. Tarikh lahir dia 121212

INVITRO FERTILISATION-IVF

Ada yang kahwin tak sampai setahun, dah dapat berita gembira...mengandung. Ada yang kahwin bertahun-tahun masih tak mengandung. Dugaan masing-masing. Janganlah pula si suami buat alasan nak kahwin lain sekiranya tak dapat baby..🤭🙄Kena usaha dulu...Insyaallah ada jalannya. Tapi, mungkin ambil masa lama. Bersabar lah..😥

Dalam Biologi T5 KBSM dan Sains T1 KSSM ada belajar tentang satu kaedah untuk mengatasi masalah ketidaksuburan. Iaitu IVF (In-Vitro Fertilization)

U ols tahu tak,. Louise Brown  adalah first test tube baby yang dilahirkan pada tahun 1978 di England.

Persenyawaan ini dilakukan di luar badan manusia dan keadaan terkawal di makmal.

🔴 Teknik ini digunakan apabila Tiub Fallopio isteri ada masalah seperti tersumbat menyebabkan sperma tak boleh "jumpa" dengan ovum, jadi tidak boleh senyawa. Atau..sperma dan ovum dah "jumpa", bersenyawa tetapi bila dah jadi zigot,. tak boleh sampai ke uterus utk proses penempelan. (sbb zigot besaq, takleh lalu)

🔴Dalam teknik ni, oosit sekunder (senang cite #cikgujill sebut telur dr perempuan) dikeluarkan dan disenyawakan oleh sperma suami dalam piring kultur di dalam makmal.

🔴Selepas dua hari setengah,. embrio yang mencapai peringkat 8 sel dimasukkan ke dalam uterus melalui serviks.

Nampak simple and mudah kan..tapi prosedur ni susah. Ada berjaya ..ada yang tak berjaya. Dalam menjayakan proses ni, suntikan hormon kesuburan adalah sangat crucial.
Tahniah ! Yang mana dah berjaya...yang belum..jgn give up..
#cikgubio

IBU TUMPANG

IBU TUMPANG tu apa?? Well dalam BIOLOGI T5 KBSM kita ada belajar tentang kaedah ini untuk mengatasi masalah ketidaksuburan.

Sebelum tu #cikgujill nak share kes sensasi yang melibatkan ibu tumpang ni. Kaedah ini dipilih sekiranya isteri tidak dapat mengandung dengan sempurna kerana fetus sering gugur.

Kontroversi kes Baby Gammy!!!

Ibu tumpang(Thailand) dibayar sebanyak 350k Bhat utk memgandungkan anak pasangan dari Australia. Utk seorang anak, tetapi rupa2nya anak yang dikandung tu twin. Tetapi, didapati salah satu baby tu ada kecacatan Sindrom Down, jadi pasangan suami isteri tu takmo ambil anak yang bermasalah. Pada awalnya, doktor dah dapat kesan baby tu ada masalah, tetapi ibu tumpang tu tak mau gugurkan bayi atas alasan agama.
Jadi, pasangan tersebut tinggalkan anak yang Sindrom Down tu pada ibu tumpang ðŸ˜‘😪
Isu banyak di sini..melibatkan undang-undang dll

Selebriti Barat pun ada juga yang menggunakan kaedah ini. ðŸ’°ðŸ’°
Selalunya yang jadi ibu tumpang adalah dr negara2 yang miskin dan individu mempunyai masalah kewangan (kritikal)

Dalam kaedah ini, embrio yang dihasilkan dr IVF dimasukkan ke dalam uterus ibu tumpang.
Boleh berikan justifikasi anda terhadap kaedah ini. Bincangkan.

#cikgubio