Wednesday, April 29, 2020

KOLOSTRUM

Mengimbau kenangan masa dulu-dulu masa #cikgujill dapat anak pertama. Ceteknya ilmu berkenaan dengan pentingnya susu ibu. Anak pertama saya terlepas kolostrum. Tapi, masa anak no 2 dan 3 saya dah melengkapkan diri dengan ilmu susu ibu.

KOLOSTRUM ni teksturnya pekat dan warna kuning pekat. Sejenis susu ibu yang dihasilkan pada akhir tempoh mengandung hingga beberapa jam selepas bersalin. Sebab tu, kalau hot mama semua masih ingat, selepas kita bersalin nurse akan bagi baby ke kita selepas 2 jam kalau tak silap. Dan depa suruh kita susukan bayi. Indahnya momen tersebut..kann??🥰🥰🥰🥰

Kenapa pentingnya kolostrum ni?

✔️mengandungi banyak karbohidrat, protein dan semestinya antibodi
✔️mudah dicerna
✔️memiliki kandungan imun yang tinggi.

Sekiranya ibu menyusu bayi tersebut, baby dapat KEIMUNAN PASIF SEMULAJADI berbeza dengan vaksin yer.

Baby akan dapat keimunan tersebut selama mana baby itu menyusu.
So, saya nak galakkan dan menjayakan Kempen Susu Ibu..kalau boleh biarlah baby tu menyusu sampai umur 2 tahun (sekurang-kurangnya!)

Topik ni budak Sains T2 dan Biologi T5 belajar..banyak kan knowledge student sekarang.
#cikgubio

*photo #ciknad masa baru lahir. Tarikh lahir dia 121212

No comments: