Wednesday, April 29, 2020

INVITRO FERTILISATION-IVF

Ada yang kahwin tak sampai setahun, dah dapat berita gembira...mengandung. Ada yang kahwin bertahun-tahun masih tak mengandung. Dugaan masing-masing. Janganlah pula si suami buat alasan nak kahwin lain sekiranya tak dapat baby..🤭🙄Kena usaha dulu...Insyaallah ada jalannya. Tapi, mungkin ambil masa lama. Bersabar lah..😥

Dalam Biologi T5 KBSM dan Sains T1 KSSM ada belajar tentang satu kaedah untuk mengatasi masalah ketidaksuburan. Iaitu IVF (In-Vitro Fertilization)

U ols tahu tak,. Louise Brown  adalah first test tube baby yang dilahirkan pada tahun 1978 di England.

Persenyawaan ini dilakukan di luar badan manusia dan keadaan terkawal di makmal.

🔴 Teknik ini digunakan apabila Tiub Fallopio isteri ada masalah seperti tersumbat menyebabkan sperma tak boleh "jumpa" dengan ovum, jadi tidak boleh senyawa. Atau..sperma dan ovum dah "jumpa", bersenyawa tetapi bila dah jadi zigot,. tak boleh sampai ke uterus utk proses penempelan. (sbb zigot besaq, takleh lalu)

🔴Dalam teknik ni, oosit sekunder (senang cite #cikgujill sebut telur dr perempuan) dikeluarkan dan disenyawakan oleh sperma suami dalam piring kultur di dalam makmal.

🔴Selepas dua hari setengah,. embrio yang mencapai peringkat 8 sel dimasukkan ke dalam uterus melalui serviks.

Nampak simple and mudah kan..tapi prosedur ni susah. Ada berjaya ..ada yang tak berjaya. Dalam menjayakan proses ni, suntikan hormon kesuburan adalah sangat crucial.
Tahniah ! Yang mana dah berjaya...yang belum..jgn give up..
#cikgubio

No comments: