Ikut teori,apabila makanan dikunyah dan ditelan...ianya akan berada di dalam badan selama 21 jam. Selepas itu,. bahan sisa pepejal (tinja) akan disingkirkan keluar.
Bersyukur la kita masih lagi boleh rasa sakit perut dan pergi ke toilet dan proses berjalan dengan lancar kan.ðŸ¤
Tetapi, ada di antara kita yg mengalami sembelit yang kronik. Tak membuang selama 5 hari. Jenuhhh!
Jadi, ubah gaya pemakanan..lebihkan serat dan minum air dengan banyak.
Biologi T4 KBSM dan Sains T2 KSSM belajar semua ni.
Proses penyingkiran sisa pepejal ini kita panggil PENYAHTINJAAN
Apakah kandungan sisa pepejal (tinja) itu?
✔️selulosa ( dr sayur-sayuran)
✔️sel mati
✔️bakteria
✔️pigmen hempedu
✔️bahan toksik
✔️mineral yang berlebihan
Dalam kita nye kolon (usus besaq) terdapat mikroorganisma yang berfaedah.
Hasil sampingan metabolisme bakteria ni adalah gas metana, hidrogen sulfida,. vit K dan beberapa jenis vit B.
Ada lagi fungsi bakteria berfaedah ini, dear student tolong nyatakan satu lagi fungsi bakteria berfaedah tersebut.
Jadi, #cikgujill encourage u ols semua untuk jaga kesihatan dan jaga pemakanan.
#cikgubio
No comments:
Post a Comment