Masa zaman USM dulu,#cikgujill keje part-time kat McD. Ranggi je dulu2..g kerja ride dengan scooter. Hehhee..masa keje dulu kena ambil suntikan Typhoid. Kena suntik kat lengan kiri.
Sesiapa yang tugasnya mengendalikan makanan, wajib ambil suntikan ini.
Ada sejarah tentang suntikan ini. Bermula dengan Mary Mallon yang dilahirkan pada tahun 1869. Beliau bekerja sebagai tukang masak. Bila beliau masak je, ada orang makan makanan yang dia masak, mesti ada kes cirit birit. Bukan itu sahaja, kematian pun ada.
So, ada pegawai penyiasat mengesahkan Mary Mallon la puncanya. Beliau melarikan diri. Tapi, naluri seorang tukang masak tu tetap ada..jadi walaupun dia tukaq nama, bila ada kes melibatkan cirit birit terus orang tau itu semua berpunca dari dia.
🔴Akhirnya dia dapat ditangkap dan dikuarantin. Dia dipaksa untuk berikan sample tinja dan urine. Tapi dia menolak sekeras-kerasnya. Lepas tu dia dibebaskan dr kuarantin dengan syarat tak boleh masak dah. Tapi dia degil. So, kes itu outbreak again !
Penyakit ini disebabkan oleh bakteria dan disebarkan melalui makanan.
Finally, memang sah Mary Mallon adalah carrier bagi penyakit Typhoid ni. Can you guess kat mana bakteria tu bersembunyi dalam badan beliau? Bakteria tu ada di dalam pundi hempedunya.
Akhirnya beliau meninggal, dan mayatnya dibakar.
So, sejak dari kes itu..suntikan Typhoid diperkenalkan. Nama lain bagi penyakit ini adalah demam kepialu yer.
#cikgujill pernah present topik ni masa PLC session dengan cikgu2 Biologi Perlis tahun 2016 and idea came from my ex student Dr Anaz Izam Shah 🤩
#Edufluencer
#cikgubio
No comments:
Post a Comment