Wednesday, June 3, 2020

ENTOMOLOGY WAR-FLY

Lalat ?? Yes lalat..boleh dijadikan senjata perang. Digunakan dalam Perang Dunia kedua. Teknik Shiro Ishii (Japan) Sejenis bom, dalam bom itu diletakkan lalat dan bakteria Vibrio cholerae yang menyebabkan penyakit Kolera (Taun). Pada awalnya mebunuh 60,000 orang, tetapi disebabkan impak tu tersebar sejauh 200 km radius, menyebabkan kematian meningkat kepada 200,000 orang. Sukar dipercayai..tapi itu fakta

Organisma yang ada mata 3 ni..haluih je..sekali kita tenyeh boleh mati dah..tetapi powerful. Mata dia boleh mengesan dan proses maklumat visual 7 kali lebih baik dari mata manusia. Lalat-lalat ni nampak pergerakan kita dalam slow motion sebab tu susah kita nak tangkap lalat.
Lalat nama Genus nya adalah Musca dan spesiesnya adalah domestica.
Nama saintifik Musca domestica (Biologi Ting 4)
Wujud seawal zaman senozoik ( Sains Ting 1)
Boleh bertelur sebanyak 100 biji yang kita panggil tahi lalat tu..warna putih2 tu..(geli!!!) Suka hinggap pada najis dan bahan-bahan mereput jadi di badannya saja banyak parasit dan patogen yang boleh bawa penyakit (vektor) Contoh parasit yang 'regular' pada lalat adalah Ascaris lumbricoides (sejenis cacing u olssss..) dan boleh menyebabkan penyakit Kolera (Taun)- Keracunan Makanan dan Typhoid. Semua ni belajar dalam Biologi Ting 4
Kempen bunuh lalat telah diperkenalkan sejak tahun 1958-1962. Sebab kesedaran bahayanya lalat ni. Jadi..jangan lak plak ada buat hobi bela lalat 🤢
Dulu ada movie tajuk "The Fly" di mana menggabungkan genetik manusia dan lalat. Pernah tengok ke tak???
*gmbr cantik kredit to my twin yang handsome Cikgu Mohd Azrien yang hobi nya memang photography. Sila tgk kat fb dia..dia suka macrolens..👍

No comments: