Still remember clearly the moment in year 1987. That time I was 7 years old ( long time ago!) Daku tak mahu kehilangan ingatan tentang moment ini sebab daku love my mom very much. But am sure you all pun ada memori yang indah-indah with your mom.
That year..daku selalu bertanyakan pada my mom..macam mana umi daku boleh siapkan kerja di rumah dengan cepat. Boleh basuh baju, sidai baju..masak dan jaga kami (me and my twin). Yes..bak (my dad) memang menolong umi daku..they were happily doing house work together..(Alhamdulillah till now)
Bila daku tanya umi siapa yang tolong dia buat kerja, umi akan cakap umi ada “Puteri Kayangan” yang tolong. Aku terkejut. Bagaimana seorang puteri boleh turun dari kayangan dan menolong umi. Aku bertanya lagi, macam mana umi panggil dia?
Umi menjawab “ Tuan Puteri Kayangan datanglah turun ke bumi, marilah menolongku”
Umi juga menambah...kalau nak panggil dia kena panggil waktu tiada orang di rumah..sunyi-sunyi.
Pesan tu melekat di dalam kepalaku.
Disebabkan teringin nak jumpa dengan Puteri Kayangan tersebut..pada waktu petang sedang daku bermain dengan kawan-kawan, ku berlari masuk ke dalam rumah seorang diri dan menyeru seperti yang umi ku beritahu. Sambil pandangan ku memandang sekeliling..tiada apa pun yang muncul. Tunggu agak lama dan ku berasa dahaga. Tuan Puteri masih belum muncul. Ku seru lagi..tunggu dan tunggu..putus harapan. Tuan Puteri Kayangan tidak muncul. Daku terus mencapai gelas yang berisi cecair oren di atas meja. Terlalu dahaga dan terus meminum nya. Berdeguk- deguk aku menelannya. Aku perasan ada kelainan pada minuman tersebut. Tanpa memikirkan apa-apa dan penuh rasa kecewa, ku terus keluar dan sambung bermain dengan kawan-kawan di padang.
Waktu Maghrib dalam kekalutan di dalam rumah, aku terdengar umi aku bertanya pada bak...”mana minyak masak dalam gelas? Yang letak atas meja..sebab balance dari goreng keropok tadi?”
Aduh!! Ku terminum minyakkkkkkkkkk masakkkkkkkkkkk...tidakkkkkkk!!!! Saat ini, ku masih dapat rasakan rasa berminyak yang teramat sangat di kerongkong.
Tuan Puteri Kayangan? Mitos umi ku. Yes..mitos..huhuuuuuuuuuuhuuuuu
Terima kasih umi Norizan Mohd Nor
No comments:
Post a Comment