Sunday, November 22, 2020

SAKITNYA LAAA...

 Sekali sekala, kita tengoklah jari jemari ibu and ayah kita, takpun tokwan kita ke. Cer tengok jari depa. Kalau macam dalam gambar di bawah itu kita panggil Artritis reumatoid.

Ada banyak jenis artritis ni. Contoh yang paling dekat di bahagian lutut. Sakitnya nak bengkok atau lipat lutut. Kalau mak kita dah mula tunjuk rasa sakit tu, sediakanlah kerusi untuk solat ye. Kalau guna toilet cangkung..tukarlah pada toilet duduk ye.
Soalan pasal sakit di bahagian lutut dah ditanya pada soalan SPM 2019 soalan no 4 rasanya 😅..
🔶Artritis reumatoid ni selalu berlaku kepada orang tua. Disebabkan oleh membran sinovia pada sendi di jari,. pergelangan tangan dan kaki menjadi radang. Belum ada rawatan yang khusus, tapi kita dapat legakan kesakitannya dengan menggunakan tuam air panas atau ubat Pelali.
Janganlah marah bila orang tua mengadu sakit pada tangan, kaki, jari dan lutut. Bertabahlah..memang sakit. Tolonglah apa yang perlu.
🔶Artritis gout pun ramai yang kena. Sakit pada sendi. Bengkak. Sakit bukan sket2 yer. Memang sakit!! Penyakit ni disebabkan oleh pengumpulan asid urik dari makanan yang tinggi protein.
Budak Biologi T4 KSSM dan T5 KBSM belajar ni..

MEKANISME PEMBEKUAN DARAH

 Masa darjah 1 #cikgujill belajar potong sayur petola, atau ore kelate panggil "teney" kan..tahun tu kami dok di Berek Polis Lubok Bongor, Jeli, Kelate. Umi saya ajaq potong...sweetlah memory masa tu. Umi masa tu muda..bak pun

😍 cantik and handsome.
Time potong tu, jari kena pisau. Luka. Darah. Umi tak marah. Bak boh ubat..minyak gamat. Katanya nak bagi stop darah darah mengalir.
Magic!! Memang berkesan. Sampai sekarang saya percaya kehebatan minyak gamat.
Dalam Biologi T5 KBSM belajar semua ni. Mekanisme Pembekuan Darah.
Kepentingannya adalah :
✔️tutup luka
✔️mengelakkan kehilangan darah yang berlebihan
✔️mencegah kemasukan patogen
✔️memastikan peredaran darah sentiasa dapat beredar dlm persekitaran yang tertutup
Camna luka kita boleh kering darah boleh berhenti mengalir????
Watak utama dalam citer ini ialah PLATLET (tidak mempunyai DNA) dan hidup max 9 hari sahaja.
Watak sampingan adalah TROMBOKINASE di mana menukarkan Protrombin kepada Trombin.
Seterusnya Trombin tu akan menukarkan FIBRINOGEN kepada FIBRIN.
Darah beku terhasil dan last sekali keruping. Keruping tu la yang kita selalu geram nak cabut! Kannnnnn???
Penampilan khas dalam citer ni ialah ion Kalsium dan Vitamin K.
*photo dr google

ALAM PLANTAE

Satu contoh hidupan dari alam Plantae yang sangat unik dan menakjubkan. Manusia pun tak boleh hidup lama macam spesies ini.

Spesies ini boleh hidup selama 1000 tahun.
Dijumpai di kawasan gurun Afrika Selatan. Daunnya boleh memanjang sehingga 1.5m. Perghhh !!
Nama saintifiknya Welwitschia mirabilis. Baca elok-elok bukan iblis yer..🤭🤭
Kita dok nampak pokok yang ada sekeliling kita. Itupun ada yang boleh tak cam pokok asam gelugoq dengan manggis. Kann?
Takpun sejenis dengan #cikgujill tak kenai daun ketumbar dan daun sup. Hehehee

YOU ARE BEAUTIFUL

 CANTIK SEBENARNYA....YER CANTIKKKK...

Tadi sepetang lepak dengan kawan-kawan ada juga terkeluar topik pasal famousnya Youtuber masak-masak tu sampai dapat buat photoshoot dengan fashion designer yang sangat berpengaruh di Malaysia. Dulu-dulu masa kecil, zaman kanak-kanak riang umi saya tak pernah miss beli majalah Wanita, Keluarga ..Jelita. Nama Bernard Chandran selalu menghiasi muka surat majalah tersebut.
Untung lar..yes untung! Rezeki. Kami membincangkan hal tersebut tanpa ada perasaan jelik. Tetapi lebih memandang kepada positif dan betapa untungnya jadi wanita tersebut.
Kita jangan fikir kita yang sentiasa berbedak,. ber 'fondesyen' , sentiasa berlipstick dah cukup cantik. Tetapi..wanita yang tak pernah atau kurang calit mekap-mekap..bila ditata rias oleh jurusolek yang power..hasilnya Wow..lahirlah seorang wanita yang sangat berbeza.
Jadi.. wanita yang tak pernah mekap tu, bila kena mekap perghhh ! Contoh bila hari kahwin, banyak pengantin yang wajah mereka sangat berbeza bila ditata rias oleh MUA yang hebat-hebat.
Tetiba teringat drama melayu yang #cikgujill pernah tengok dulu. Tak ingat tajuk. Drama tu pelakon hebat dulu-dulu nama Alice Voon (kalau siapa ingat tajuk drama tu..sila comment). Dalam drama tu dia keje jual bunga,. gaya selebet je..alih2 ada orang perasan ( tak ingat siapa pelakon tu) yang gadis penjual bunga tu cantik..dan mempunyai ciri-ciri model. Lepas tu di 'groom' dan jadi cantik. Tak ingat ending camna....😅
Ermmm..mengakulah kita ni memang cantik. Cantik dengan cara kita. Tapi..memang cantiklah ! Be yourself 😍🤩
*photo kredit to Mingguan Wanita/Google
Image may contain: 1 person, closeup

Love
Comment
Share

PERTUMBUHAN MANUSIA

 Lengkung pertumbuhan manusia berbentuk sigmoid. Pertumbuhan manusia ada lima fasa

✔️bayi
✔️kanak-kanak
✔️remaja
✔️dewasa
✔️tua
Proses pertumbuhan bukan boleh berbalik yer. Feeling muda remaja ok la....hehee..🦋
Fasa yang sangat penting adalah fasa bayi dan kanak-kanak. Satu kajian telah dijalankan dan mendapati data pertumbuhan kanak-kanak tidak normal. Di mana, kawasan tersebut mencatatkan banyak kes pertumbuhan kanak-kanak yang terbantut (tidak normal)
Walaupun ramai orang berpendapat, kalau mak ayah tinggi..anak-anak pun akan tinggi. Tidakkkkk!!! Sekiranya bayi atau kanak-kanak tidak dibekalkan dengan bekalan protein yang cukup, anak tersebut boleh mengalami proses pertumbuhan terbantut. Maksudnya..ketinggian tidak sesuai atau selari dengan umur.
Selalu kes melibatkan..jarak anak yang terlalu dekat..penyusuan badan yang tidak lengkap. Stop susu formula pada usia yang terlalu awal. Jangan bagi minum air masak sahaja yer..bayi perlu minum susu. Takkan lah susu cap Teko lak..??
Bekalkan anak-anak dengan protein yang cukup. Pentingnya pertumbuhan yang normal yer....kot la masa depan nanti nak apply polis ke..tentera ka...model ka..pramugari ka..hehe..😅selalu lah buat pemantauan ukuran tinggi anak-anak. Sila alert !!
*photo kredit Google
Tq
Don Raksuriyan
for sharing 🤩

DIABETIS DI MALAYSIA

 Reality bites !

Data menunjukkan Perlis mencatat kes diabetis yang paling tinggi di Malaysia. Walaupun data tu dah lama, tetapi Perlis masih lagi berada paling atas (kini ).
Lagi sekali nak sebarkan info yang betul berkaitan dengan Diabetis ini. Diabetis berlaku sebab...
✔️ sistem badan kita iaitu sistem endokrin kita gagal merembeskan hormon insulin (cukup)
✔️Kita makan karbohidrat terlalu banyak
✔️Karbohidrat tu akan ditukarkan kepada glukosa.
✔️Glukosa berlebihan kena tukaq jadi glikogen.
✔️Insulin yang kena tolong. Tapi tak cukup ...glukosa yang berlebihan tak boleh tukar jadi glikogen
Jadi ada masalah..aras glukosa dalam darah menjadi tinggi. Jadi untuk elakkan perkara ini berlaku..kita dinasihatkan
‼️kurangkan makan karbohidrat
‼️lebihkan senaman
(ada banyak lagi cara...)
Sila ambil perhatian..sama-sama lah kita jaga. Bukan utk orang lain, diri kita juga. Yang mana dah confirmed diabetis tu beringat la sama..jaga makan. Itu je boleh cakap 😅