Sunday, November 22, 2020

ITULAH KEHIDUPAN

 FACE PALM...ADOIYAIII...

‼️‼️
Setiap kehidupan manusia tak sama. Jangan la kita selalu kata..
"Kalau aku la......"
"Tu lah b****, tak mau belajar elok-elok...."
"Aku kata dah...."
Macam-macam yang berlaku di sekeliling kita tanpa kita sedaq perkara itu berlaku dan wujud.
Tatkala #cikgujill memasang angan-angan bila dapat gaji nak beli jam tangan baru.
Ada cerita student hanya makan sebiji teluq rebus sehari dan hanya diberikan rm1 untuk belanja harian.
Tatkala saya dok bercerita tentang anak-anak saya happynya bila dibawa bercuti.
Ada cerita student yang tak pernah dibawa ke mana-mana even ke kedai makan (dan tempat lain macam mall, tempat bercuti) oleh familynya.
Tatkala saya berangan nak tambah koleksi kasut sukan saya.
Ada student yang terpaksa kongsi kasut sukan dengan adik beradiknya yang lain.
Face palm.
Bersyukurnya kita. Kadang-kadang bila kita bersembang dengan student membuatkan kita rasa lebih dekat dengan mereka. Hulurkan bantuan setakat yang mampu.
Selalunya student camni..student yang baik-baik dan kurang menimbulkan masalah di dalam kelas.
Tak semua orang se bertuah kita.

No comments: