Zaman sekolah dulu takde pun fikir bab-bab nak bagi cantik. Pencuci muka pun harap umi yang beli. Takde pula memilih dan nak demand2. Akur sahaja..tapi tak lah memberontak ke apa. Nak melawan pun tak reti. Masa tu, hanya tahu pulun belajar dan nak bagi lepas SPM. Umi pernah bagi motivasi untuk aku belajar betul-betul dengan berkata camni je
" Awak bukannya cantik macam artis, bukan penyanyi dan pelakon..jadi awak kena belajar betoi-betoi supaya awak ada kerja dan ada duit. Ada kerja ada duit, nak buat apa pun buatlah. Nak beli apa pun boleh!"
Dengar nasihat tu memang rasa bersemangat..tak de plak rasa umi aku menghina ke apa. Hakikat. Memang kena hadap lah. Sekarang siapa yang untung ? Walaupun tak kaya mana sekurang2nya aku dah dapat apa yang aku nak.
Bottom line is ..dengarlah cakap ibu!
No comments:
Post a Comment