Bercakap pasal senyum, masalah sejagat sebenarnya. Ada orang yang payah nak senyum, serius je. Orang lain nak tegur pun fikir sepuluh kali nak tegur. End up, tak tegur dan kita tak senyum pun ke dia.
Ada orang yang jenis senyum sokmo. Tengok muka dia sentiasa tersenyum. Manis je. Ada ke kawan-kawan korang yang memang muka manis. Sila tag
#cikgujill nak share satu moment yang paling best la bagi saya. Masa tengah memandu dan kereta berhenti kat lampu isyarat. Terpandang sebelah kanan jalan. Nampak sekumpulan pekerja yang baru lepas potong rumput tepi jalan sedang berehat. Seorang tu bercakap dan dia terus tersenyum, ketawa. Seikhlas hati..sebab nampak tulus sangat dia tersenyum. Kita yang tertengok ni pun boleh kata "wah happynya dia.." Terus kita jadi bersemangat tengok dia tersenyum gitu. Walaupun dok tengah hangat, dan berpeluh-peluh tapi masih boleh tersenyum riang. Yang mana kerja dalam aircond tapi muka kelat tu, sila lah berlatih senyum-senyum. Senyuman itu boleh membuatkan kita rasa happy..bukanlah senyum nak mengorat ke apa..senyuman yang ikhlas..yang membuatkan kita rasa selesa dan lebih positif.
Tak kisahlah senyum tak nampak gigi ke..nampak gigi ke. Janji senyum...tapi ikhlas tau? Fake no no no !!!!!
*Senyuman Captain America
No comments:
Post a Comment