Saturday, November 18, 2023

CARA TURUNKAN BERAT BADAN TANPA MAKANAN TAMBAHAN

 Yuhuuuuu my lovely readers!!!


Posting yang paling ringkas tapi bermakna.


✅kurangkan portion

✅makan sket sahaja..banyakkan sayur2

✅workout

✅ workout

✅workout



Pilihlah workout yang simple..senang nak ikut. dalam Youtube banyak je...


Tapi cikgujill rasa yang berkesan boleh tengok sini...masa PKP dulu view hanya beratus ribu..tapi sekarang dah mencecah juta.tekan sini



tapi dengan syarat kena rajin laaaa...kena rajin !!! Kalau rajin, buatlah hari-hari.

Tapi bergantung kepada tahap kesihatan.


Cikgujill pun pulun workout seakrang. maklumlah nak slim



CARA KELUARKAN DUIT DARI AKAUN MAYBANK TANPA MENGGUNAKAN KAD ATM

 Yuhuuuu..my lovely readers !!


Terlupa bawa kad bank Maybank, lepas tu kedai tu pula tak terima QR code, senang citer memang nak guna cash juga-juga.






Haaa boleh klik link ni...

https://youtu.be/hBBS9LqlI5U?si=f8QYBvcOQB7175Zv

Banyak info yang boleh kita dapat dari Youtuber ni...Klik di sini

Mudahnya zaman sekarang kan...canggih benor.

Agak2 lagi 10 tahun apa lagi yang canggih yer?

TEMA UNTUK MAJLIS PERSARAAN PERSARAAN

 Hi my lovely readers...

Nak share idea untuk majlis persaraan cikgu-cikgu. Selalu kan pilih tema. Kami pernah buat tema fairy tales, retro, kesultanan melayu melaka dan juga warna.

Kadang-kadang tu rasa tak terligan tema. Tapi apakan daya..disebabkan sayang pada kawan-kawan kita meraikan juga.

Seronok sebab kami semua boleh melaram.

17 November yang lalu ada lagi satu majlis persaraan. Cikgu subjek Matematik dan Matematik Tambahan kami yang dihormati iaitu Cikgu Noor Arini.


Tema yang dipilih adalah Pink/Floral manakala cikgu-cikgu lelaki pakai warna biru.

Memang sweet sangat warna pink. 

Tapi, untuk event kali ini, cikgujill tak beria pun beli baju. Plan nak pakai simple saja, tapi mengikut tema warna.

ni lah outfit saya...





Event kali ni saya ditugaskan untuk buat backdrop dan uruskan lagu sepanjang di atas stage. Dibantu oleh kawan-kawan juga.


ni backdrop yang saya buat, guna Canva je lah. Kak arini suka hijau..jadi bohlah background hijau.

Kawan-kawan saya pakai pink. Macam-macam jenis pink ada.











Cikgu Arini disenangi oleh semua kawan-kawan. Kerja tiptop..mengajar pun terbaik. Selalu buat kelas tambahan untuk anak-anak Tokpaq.

Selalu belanja kawan-kawan makan. Semoga kak Arini sihat sokmo dan sentiasa dimurahkan rezeki.


SELAMAT BERSARA KAK ARINI 

BARANG YANG PERLU DIBAWA SEKIRANYA MASUK WAD HOSPITAL (KERAJAAN)

BARANG KEPERLUAN YANG PERLU DIBAWA KE HOSPITAL BAGI PESAKIT YANG TIDAK MAMPU MENGURUSKAN DIRI SENDIRI.

Nak menjaga orang sakit memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Kalau boleh yang nak menjaga tu, kenalah juga sihat dan kuat. Boleh berjaga, boleh tahan mata..kalau tidur pun tak lah tidur mati.

CikguJill dan kembar cikgujill berpeluang menjaga ayahanda  selama 45 malam, satu pengalaman yang tidak dapat digambarkan. Rezeki Allah bagi untuk berjasa pada ayahanda sebelum dia meninggalkan kami.

Al Fatihah untuk bak.

Barang apa yang perlu dibawa...meh nak tolong senaraikan. Nak bagi idea..tapi janganlah beli dalam kuantiti yang banyak lagi. Yer?


✅Tisu basah
✅Botol ayaq yang sesuai
✅Straw /sudu
✅Tuala mandi, tuala kecil
✅flusk ayaq yang nak simpan air panas.
✅lapik plastik untuk alas belakang. jadi sekiranya kalau kencing atau najis tidak kena lah pada kain pelapik.
✅hand glove kena ada. Spray air dan palstik. Sebab..nak tukaq pampers waktu membuang, nak cuci kena pakai. Bukan apa, najis pesakit ni lain macam sket. Tak perlulah sampai pakai mask..macam cikgujill jaga bak tu, tak pakai pun. Kasih sayang kita mengatasi segalanya. Lepas itu, pampers yang kotor tu letak dalam plastik, dan buang ke dalam tong kuning. Ada je hospital sediakan plastik kuning tu..tapi kalau dah membuang banyak kali..gunalah yang sendiri. Bukan mahal mana pun..

Drapolene- pampers cream to prevent pampers rashes
✅ Baby powder - also to prevent pampers rashes
 ✅Hyrocolloid patches - Kalau ada bed sore luka or any luka use this better than plaster or dressing
 ✅Ripple mattress with pump - to prevent bedsore (hospital usually allow u to attach this to the bed)
✅ Disposable under pad - very useful
✅ Liquid soap and dettol - wet tissue not enough to do cleaning
 ✅Squeeze bottle- cleaning
 ✅Soft small towel - cleaning


Ni kawan cikgujill tolong senaraikan. Nora Zainal nama kawan. Alahmdulillah..banyak membantu.

Kemahiran nak tukaq cadar pun kena ada. Memanglah nurse boleh bantu, tapi ada ketikanya kita kena buat sendiri. Jangan lupa juga bawa bantal-bantal kecil untuk diletakkan pada bahagian kaki, pinggang..kot lenguh-lenguh.

✅use syringe juga unt blended food feeding. hot/cold pad unt tuam lenguh2. 

Selamat menjaga orang sakit. Kalau nak bermalam bawalah kerusi malas. Selesa sikit. Tapi cikgujill suka tidur atas lantai ja. Bawa toto lapik. Lagipun, waktu malam kita bukan boleh lena sangat pun...sat lagi ada lah bunyi troli. Staff tolak punyalah kuat.

Takpun, satg nurse mai check tekanan darah lah..gula laaa..jadi auto nya kita terbangun juga.

Bersabarlah yer. Dugaan kehidupan setiap orang tak sama.

ni contoh pampers..selesa guna brand ni. Tak lencun..absorb elok ja.