Thursday, June 11, 2020

HAIR DRESSER HAIR STYLIST

Tukang gunting rambut, tukang cuci rambut bagi #cikgujill adalah orang profesional(hair dresser / hair stylist) Mereka pun ada style!! Kerja macam tu memerlukan ketelitian dan kesabaran. Tengok cara pegang gunting pun..klassss!!! Saya sejenis jaga rambut dari dulu-dulu. Sebab, sejarahnya rambut saya pernah mencecah buku lali, bila sambung belajar umi saya suruh potong. Jadi sejak dari tu saya mula concern dengan rambut saya.
Salon rambut biasanya akan kenakan bayaran rm25-rm35 untuk wash and blow. Ada salon lebih dari tu, bergantung kepada produk yang digunakan. Puas hati. Sekali-sekala kena suruh orang basuh rambut kita sebab depa akan garu-garu, tonyoh-tonyoh dan buat sedikit urutan di kepala.
Bila kita g salon tak kisahlah untuk basuh, blow, gunting dan trim iron..color,scalp teatment..perlukan masa yang lama. Dinasihatkan buatlah temujanji sebelum p ke salon tersebut.
Jual dan promosi produk masa tengah basuh rambut kita itu, adalah perkara biasa. Terpulang, kalau nak beli..boleh beli. Selalunya, mereka akan suggest produk yang memang kita perlukan berdasarkan apa yang mereka rasa bila pegang rambut kita. Kita rasa rambut kita sihat..hakikatnya rambut kita tu dry dan tidak bermaya.
Mereka pakar setengah tu memang ada sijil dan kelayakan (antarabangsa pun ada!) Hargailah mereka dan sila hormat mereka.
Lagi satu, bila di salon, mereka akan buat kita rasa selesa. Selalu puji kita, dan membuatkan kita rasa lebih yakin. Bila dah siap wash dan blow..ada kelainan pada rupa kita. Rambut kita lebih volume dan jadi lebih ringan.
Saya tak pernah berpeluang cuba salon-salon yang hebat seperti yang ada di KL dan mana-mana. I love to..nak rasakan kelainan bila stylist pegang rambut dan buat yang terbaik untuk rambut kita. Sayangi lah rambut kita..makan makanan banyak vitamin.
Tapi kan best..kalau salon tu ada mini bar, sambil tunggu boleh minum kopi dan makan sandwich..or cakes.
Kat Perlis ada salon yang best. Staff pun sweet..
*salon yang ada di Singapore..pic kredit to Google
#salonrambut
#jagarambut

Saturday, June 6, 2020

CARA MASAK SINGGANG UNTUK ORANG MALAS EH!!!

Masak ikan singgang la weh hari ni. "Lunch" #cikgujill hari ni kul 11.30 pagi. Masak ikan singgang ni dikatakan orang paling malas masak macam saya ni.
Sebab ianya paling mudah. Hiris bawang merah,bawang putih,lengkuas dan cabai. Boh asam keping,kunyit hidup dan belacan (ikut suka lah banyak mana pun..hehee!!)

➤bawang merah
➤bawang putih
➤lada/cabai
➤lengkuas
➤asam keping
➤kunyit hidup (serbuk kunyit pun ok)
➤belacan
➤garam dan perasa
Rebus..bila dah mendidih masukkan ikan. Ikan aya pun sedap. Saya boh ikan termenum je pun. Garam dan perasa. Rebus bagi lama sikit yer. Pahtu hirup kuah panas2..ikan tu satg gaul dengan ayaq asam,gu lak dengan petai. 4 kali tambah nasi itu kira normal laaa...
Siapa nak diet..bagus menu ni. Sebab rebus je. Tp makan nasi sikit sudah.
Selamat lunch semua...
#mahn
#singgangkelantan




Lunch style kampung ni selalunya yang paling best. Kannnn???

Friday, June 5, 2020

MOVIE REVIEW - OLD FILM BUT STILL WOW...SERENDIPITY

One of my favorite movie and I just love the word. Those who are in love you should watch this . You can watch this movie with your bff or with your mom. No crime. This movie it is all about love. Yes..am not an expert about love but I do have experience about love. This movie taught me no matter how you plan something if God say is not in your fate, then it will not happen. So don’t blame God.
First time I laid my eyes on Kate in this movie, I wanna be like her. I wanna have hair like her, I wanna have body like her and talk the way she does. She is so perfect to me. Hahhaha..!
John Cusack pun hensem in this movie ( dlm Con Air pun ) but dalam citer ni he looks so sweet. Yang jadi Sales Executive kat mall tu pun sabaq je lah. I don’t know how to tell why I love this movie so much. But, I bet once you watch this movie, you will have a smile on your face all day.
This is old movie..I watched it when I was 20 years old ( really???u r kidding right?) but still my favourite. If you agree that this movie is good then am suggesting the other movie “ Autumn in New York”. Arghhhh...nangis wehh..!
What is wrong with me tonight? I keep reminiscing the old movie that I used to watch when am all alone after afternoon shift at work. Seriously..it is good!!! Pls watch then share your thoughts....

ITU LAH KAWAN KITA !!!

Semua orang ada tafsiran sendiri terhadap kawan-kawan. Seperti diriku, dari zaman tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matriks, university, kerja McD, kerja hotel, kerja cikgu...dunia fitness sudah tentu daku mempunyai banyak kawan. Pelbagai latarbelakang, pelbagai karenah. Macam-macam kawan daku ada. Bangsa asing, Melayu, Cina, India...semua jadi kawan. Dulu masa kerja di hotel, susahnya nak berkawan. One thing that I learned dalam persahabatan adalah kita kena terima kelebihan dan kekurangan kawan kita. Sekiranya, kita ada sesuatu yang kita tidak berkenan tentang sesuatu kawan kita or maybe kita tak selesa langsung bila berkawan dgn kawan tersebut, why not just avoid dan tak perlu mix or hang out with them at all. But, susah daku nak jumpa kawan yang daku totally tak suka. (Am Sagitarius..suka jer berkawan ok !)
Bila dah ramai kawan, and we want to keep that friends...of course we should have specific characters to make sure kawan kita akan suka kawan dengan kita sampai bila-bila. Daku juga ada kelemahan bukan sentiasa kawan-kawan menyenangi apa yang kita buat. Terima kasih daku ucapkan pada kawan-kawan yang masih lagi menyenaraikan diri daku sebagai kawan mereka. Ikhlas diri ini merindui setiap momen yang kita cipta sepanjang perkenalan kita.
Until now, daku masih mempunyai bff yang jarang sekali jumpa yang kenal luar dan dalam. Tetapi disebabkan jauh kami jarang jumpa. And now at this age 38, daku dikelilingi kawan-kawan yang baik...bila bersalin dapat baby, bila buat makan-makan kawan-kawan datang mengunjung dengan penuh ceria, menyokong di antara satu sama lain, berkongsi idea, bergossip bab artis, berkongsi barang mekap...stalk instagram artis...dan sebagainya. Perkara normal yang selalu dibincangkan bila bersama kawan. Sekali-sekala dapat escape ..minum kopi, berzumba, bershopping sedikit sebanyak mententeramkan jiwa. Kalau tidak dapat berjumpa dapat bercakap melalui telefon pun sudah seribu nikmat !!!
Kawan-kawan yang daku selalu jumpa adalah di tempat daku berkhidmat sekarang ini (#tokpaq)Semoga ikatan persahabatan yang terjalin kekal dan dirahmati Allah. Secara jujurnya, sekarang ini daku mengimbau kenangan bekerja di hotel. I’ll share with you all pengalaman lucu ketika daku as a Guest Sevice Agent (Front Desk) di Parkroyal Batu Feringhi. Trust me..it was so hillarious !!!!!