Thursday, October 23, 2014

MENIAGA PASAR MALAM

Yuhuuuu Yuhuuu..!!!

Tetiba rasa nak tulis pasal pasar malam ni. Rata-rata kalau orang ramai g pasar malam mesti nak cari makanan, nak cari saur, nak cari lauk..nak cari baju..boleh kata macam2 ada di pasar malam kan. kalau orang perempuan lagi la, tudung la, baju la..macam macam ada!!!

Tapi, ada juga yang cuma jalan jalan. Terutamanya budak budak remaja, takde tempat nak dating..dating laa kat pasar malam. Ok apaa...dapat jalan jalan dengan boifren atau girlfren..dapat sembang-sembang kan..

Anyway, berbalik kepada tujuan utama daku tulis pasal pasar malam ni. Daku tulis dari kaca mata seorang peniaga pasar malam. Kepada pengunjung2 yang nak ke pasar malam tu, janganlah pakai pakaian yang menjolok mata, terdedah sana..terdedah sini. Nak terkeluar biji mata peniaga ikan, sayur tengok u ols yang berpakaian camtu. Niat nak mencari rezeki, free free tambah zina mata plak...hahahaha...

Bayangkan la..peniaga2 normally dah berumur..tak manis le kalau u ols pakai pakaian camtu kan..tak senonoh. Kot ye nak berfesyen tengoklah sama..ni sampai nampak spender..nampak lurah punggung tu..apa ke hel nya...!!! *sabo je lah**

Lagi satu, pengunjung janganlah pandang peniaga pasar malam ni sebelah mata je. Peniaga2 ni jual makanan bukanlah makanan yang low class ke apa..bab2 kebersihan ni di ambil kira secara menyeluruh. Ada standard juga tau!!!!

Dan yang paling penting..jangan pandang hina kat peniaga pasar malam. mentang2 laa u ols baru balik dari keje, dok pegang kot..ngan tali leher ke..ngan baju yang cantik2,kasut tajam..gaya keje opis kaa..takyah nak tunjuk sangat. Takde maknanya...lagi satu dok di depan gerai cakap english laa..buat macam sombong je kan...iksh iksh..
Peniaga pasar malam tak amik bab pun hal hal tu..peniaga pasar malam cuma fikir objektif dan target je..nak habiskan jualan ..!!!

Daku cakap hal ni bukannya apa..sebab daku pun peniaga pasar malam..!!! So boleh dikatakan setiap hari daku perhatikan je pengunjung2 pasar malam ni... macam macam hal...!!

Terpulang pada u ols nak kata apa..ini cuma luahan ikhlas peniaga pasar malam..hehhehe...
Cheers~~~
suasana pasar malam

Wednesday, October 22, 2014

MENANG BMW

Yuhuuu yuhuuuuu!!!

Hadiah BMW u ols!!!! Sapa tak mau kan...ermm..nak beli tunggu duit sendiri rasanya lambat lagi le. Nak abihkan ansuran Persona ni pun macam sengkek je..ada hati nak pakai BMW konon...lainlah kalau ada biz berjuta2..ada kontrak berjuta2 ka..*angan-angan*

Well well...jangan dok fikir camtu. Ada peluang boleh menang BMW ni..senang je..senang je. Jom gi beli icecream Magnum Gold dulu. Makan sampai habis nanti kat dia nye stick tu ada code. Haaaa..then kita boleh join contest tu... klik di sini...MAGNUM

3SERIES UOLS




Camna nak masuk contest tu...haaa kena ada code tu dulu. Then..kita ada point. lagi banyak code, lagi banyak points, dan lagi banyak peluang nak buka vault. Haaa..memang menariks!! Harap2 daku menang...hahaha..tak dapat BMW pun takpe...dapat gold coin pun bereh!!!

Jom..pakat g kedai. G cari aiskrim. Pulun makan aiskrim hari ni..semata-mata nak dapatkan code itewww!!!
By the way my favourite is almond. Sedap kan..bila gigit je aiskrim tu...krakkk krakkk..bunyi aiskrim tu crack..memang menggoda abih!!!!

And of course..caption pun memang menarik...for pleasure seekers...yeah..me me me...!!!

So, guys...good luck!!!

KEMPISKAN PERUT!!

Yuhuuuu yuhuuuu

Perut buncit memang menggangu jiwa dan raga kan...haa tunggu apa lagi , cepat buang lemak lemak tu. hahaha..g amik pisau pastu hiris hiris...hahahha..kalau laa boleh buat cam tu kan??
Daku pun ada lemak tu...buncit jugak..tapi so far tak lah over sangat. Under control gitu.

cara nak bagi hilang perut buncit tu bagi daku senang je..tapi kena rajn. Cara yang paling mudah bagi daku adalah squat. squat. squat.
Squat ni pun kena buat teknik yang betoi..kalau salah mo sakit kaki, betis..pinggang...aiyakkkk!!!

Perut buncit memang tak best, sebab takleh nak zip seluar..lepas tu kena cari seluar saiz yang besar. Huhuhuuu. Daku pakai saiz 27..hahhaa..tapi lebih selesa saiz 28. So now..dalam proses nak bagi kecik lagi sikit.
 Teringat dulu-dulu kalau pakai seluar jeans, senang je nak zip dan boleh dapat cutting yang best. Pakai jeans nampak kaki panjang je..hehhehee..

Antara artis artis yang berjaya menarik perhatian daku bila mereka in jeans...
macam daku zaman universiti je..huhuuu

so sweet

nice!!!
Smart je bila pakai jeans kan...
So, sesapa ada lemak tambahan kat perut tu silakan buang. Buang dengan cara yang betul. Kena bersenam le..amik masa laa sket. SABAR SABAR
Jom kita buat sama-sama...heheh..oh yea..lupa lak nak tunjuk gambar squat tu..my deadly move. Seriously, i can do that 100 times in half an hour kot....

Nak dapat butt cam ni...kena usaha le...
wow wow

squat babe!!!
So..mulakan sekarang babe!!! Have fun ...let's sweat everyday!!!!!

HITUNG % VIT C

yuhuuuuu yuhuuu

Sistem peperiksaan Biologi SPM berubah lagi. Kali ni peperiksaan bertulis Kertas 3 dimansuhkan dan digantikan dengan Peperiksaan Amali. Jadi student Biologi tahun ni dah mulakan sistem yang baru.
Bagus juga buat sistem macam ni, sebab student akan lebih cekap dan lebih pengetahuan dalam aspek penggunaan radas.

So, pada 21 Oktober 2014, my student telah menjalankan peperiksaan amali ni. Punyalah nervous sampai ada mistakes yang berlaku. But, daku really enjoy sebab mereka bersemangat dan bersedia. Tengoklaa, hasil didikan siapa kan...hahahaha. Yeah..mereka budak yang baik. Am lucky!!!!

Eksperimen hari tu menentukan % vitamin C dalam sampel jus. memang menarik!!!
Sampel jus yang daku guna adalah jus oren. So bangun pagi sebelum ke sekolah daku blender oren tu nak dapatkan jus. Fresh no water added!!!
sedapppp oren ni

Suasana dalam makmal senyap je bila student dok buat amali. Student daku nama Khairi punylah ketaq sampai silap larutan dia boh. Rileks, jangan panik!!! Tak susah pun amali ni...yang penting fokus. Daku teringin mereka sambung belajar dalam bidang sains dan dapat rasakan apa yang aku rasa terhadap subjek Biologi. Tak susah pun....!!!

fokus betoi pi'e dan syafik

senyum je Fizah..eksp menjadi!!

linda tutup muka!!

daku dengan pakai baju pj, ada bengkel aerobik!!!
Terima kasih daku ucapkan pada Guru Kanan Sains dan Matematik, Cikgu Ehsanq1 sebab beliau pulun cari picagari berjarum kerana makmal daku tak cukup stok. Adapun yang senggatan tak boleh baca. dan juga pada pembantu makmal daku yang sporting dan klassss kak Zura. Thanx alot. U r awesome!!!! Dia pun pi cari larutan DCPIP sebab larutan DCPIP yang dok ada tu dilupuskan sebab dah expired. Kalau guna yang expired, sahih eksperimen tak jadi. DCPIP tu takkan luntur bila diuji dengan vitamin C.

Untuk pengetahuan semua, DCPIP tu berwarna biru gelap. Bila kita test dengan vitamin c, larutan itu akan luntur. Lagi cepat dia luntur, lagi tinggi % vitamin c dalam sesuatu sampel. Selalunya sampel yang kita guna adalah jus jambu batu dan epal hijau.
Prosedur untuk amali ni boleh rujuk dalam buku teks amali.

Macam daku, nak maintainkan pengambilan vitamin c daku telan ni...

Satu hari, satu biji. memang baguih untuk kesihatan badan kita. Untuk bacaan lanjut klik di sini VITAMIN C POWER
Nak order dengan daku pun boleh. dapat pillbox free.

So, secara keseluruhan..exam tu berjalan dengan lancar. Tinggal nak tanda and nak tengok dapat markah berapa. Anywa, pujian harus diberikan pada semua. 
intan, marjihah, robiah, cah on, antanont,firdaus, izza,mr zill, fadhlin, fizah, linda, pi'e,asyraf, syafik, dan khairi..u r great!!! Keep it up!!!


Sunday, October 19, 2014

LOVE LETTER FROM HIM

Yuhuuuu Yuhuuuuu!!!

Semua orang pernah melalui fasa jatuh cinta, lepas tu rasa dicintai, bercinta, mencintai dan sebagainya. Daku pun pernah semestinya. Hahaha..it was long time ago. Tapi daku nak tunjuk sebahagian dari surat cinta yang daku pernah terima. Pada ketika itu, daku memang mencintai lelaki itu. Sangat mencintai. 

Lovely readers...jangan risau. Itu sejarah lama. Daku hanya berkongsi perasaan yang pernah daku alami. Dan hebatnya kuasa cinta itu sebab aku bisa meluruhkan air mata. Huhuuu...jiwang sejiwangnya...

Di sini daku paparkan sedikit dari surat cinta yang daku terima...

10102002


Atlast, my letter in your hands. Finally, I can answer your sweet letter to me. A beautiful poem -Rindu. I tried to understand everything in the poem. I tried to learn all the words. I just read your letter to me from last month. I wish, I could show you how much I miss you here. My life is something I can't recognize sometimes, because I can't reach you, can't talk whenever I want to you. Like I'm floating here and there without anything steady to help me along my way. All the soft and tender words that you used to put in my ears are gone.And all of the things we shared are only memories.


Syahdunyaa...dulu masa dapat surat ni..aku menangis semahu-mahunya. 

Perenggan terakhir...

I want you to enjoy your life and work for, and get everything you want and deserve. I want that for you., and I think about you everyday. If these words could be my arms I would hold you again...but all we have is the wind towards our faces and memories, and photos and short phone calls and embun, and dreams and the future.


Love.


 
Semua tu dah jadi sejarah. Bukan niat untuk mengimbau dan ingin rujuk yer..just berkongsi rasa cinta yang pernah dirasai dulu. Rasa rindu. Rasa sebak. Rasa pilu. Dulu mana ada teknologi ni semua, dapat bercakap selama 5 minit pun bersyukur sangat2....

And now...of course am still in love...(new love!)


HUBUNGAN BANYAK JENIS

YUHUUU YUHUUUU!!!

Dalam hubungan sesama manusia, banyak jenis hubungan. ada suami isteri, mak saudara pak saudara, sepupu sepapat, tok nenek dan sebagainya. Kita ni nak berhubungan dengan orang lain pun kena tengok jugak..ada sesetengah tu berhubung dengan cara yang negatif dan nak mengambil kesempatan. Manusia jenis ini lah yang kita minta jauhkan. Simpang malaikat 44....*orang selalu sebut cam tu kan....??**

Dalam hubungan u ols pilih yang macam mana nak..nak hubungan di mana kita dapat faedah, dan pihak lagi satu tak dapat faedah ke camna? ATAU

Lagi satu hubungan di mana yang satu lagi mendapat faedah dan pihak satu lagi mendapat kerugian yang amatlah besar.

Haaa..yang ni lagi best, hubungan ni di mana kedua2 mendapat faedah. Dua dua untung.

contoh komensalisme

contoh parasitisme

Which one do u prefer??

Dalam Biologi kita belajar nama hubungan2 ni..iaitu komensalisme, mutualisme dan parasitisme.

Sesungguhnya, janganlah jadi hubungan jenis parasitisme..memang sengsara..huhuuuu!!!

Kalau boleh cubalah menjadi manusia yang mampu membantu orang lain bukannya menyusahkan!!!
 



TANAM SAYUR YANG HAPPENING!!

YUHUUUU YUHUUUU!!!

Projek Biologi Tingkatan 4 dan 5 ini dimulakan pada minggu akhir sebelum bulan puasa menjelang pada tahun ini. Projek ini mendapat kerjasama dari pelajar tingkatan 4A dan 5A serta guru Kemahiran Hidup Pertanian iaitu Cikgu Jusarais dan Cikgu Wa. Memang best tanam sayur ni.

Projek ini adalah dalam topik tingkatan 4 iaitu Nutrisi-Teknologi Pengeluaran Makanan. Ada bnyak bahagian, so salah satunya adalah Menanam Sayur Sauran di atas Tanah.

Bagi menjayakan projek ini, daku memilih dua spesies sayur iaitu bayam dan kangkung. Nama saintifik bagi kangkung adalah  Ipomoea aquatic
Bayam pula Amaranthus sp

Minggu pertama projek ini, daku mulakan dengan kaedah yang paling asas iaitu menggembur tanah. Student kena gemburkan bagi tiga plot yang berlainan. Haaa..di tengah panas depa kena buat ok....!!! Tapi, Alhamdulillah mereka memebri kerjasama yang sangat baik. Tak merungut pun..tahniah student 5A dan 4A!!!

Bila dah habis menggembur, plot tu, kita campurkan dengan baja. Tinggalkan dulu untuk beberapa hari. Sebab dalam dua masa tak cukup masa nak siapkan semua tu. Gembur tanah tu pun gilir-gilir. Ada masa budak 5A ..budak 5A buat...4A ada masa..4A laaa buat. Tapi depa memang rajin..semua tu calon2 isteri dan suami yang baik....negehnegehh...!!!!

Then, proses menabur biji benih. Daku beli kat kedai pokok..satu jenis pokok biji benih baru rm2. Banyak giler dalam sepeket tu. Kangkung paling banyak..siap tumpah dalam handbag daku..nanti mesti tumbuh dalam beg...hahahahah..yo laaa tu!!!

Tabur biji benih dalam masa 2 minggu dah membesar dengan jayanya. So aktiviti dalam bulan puasa, kalau student ngantuk je, daku bawa g kebun. Tengok pokok. Biarlah walaupun 15min..bagi depa hilang stress dan bagi depa rasa excited bila tengok pokok pokok sayur depa membesar.

budak 5A yang sporting

Siram pokok wajib setiap hari dan setiap pagi. masing2 sedar tanggungjawab, tak perlu disuruh. Setel!!!

Lepas raya, sayur2 itu dituai. Dapat banyak..siap boleh bagi satu kelas bawa balik. Tahniah semua!!!
 
kangkung sihat, bayam pun sihat
Dalam projek ni, kita juga memerhatikan ketinggian pokok dan persaingan di antara dua spesies. So, student pun ada buat laporan juga. Tetapi, secara keseluruhan..projek ini bukan lah projek syok syok atau melepaskan batuk di tangga. Ada objektif khusus..

Anyway..we did it!!!
  
budak 4A sibuk harvest

sempat lagi selfiee!!
So, bagi sesiapa yang nak buat projek macam ni digalakkan buat. Macam student daku, depa memang enjoy dan kita mendapat kerjasama secara total. Kita bukanlah nak mendera depa, tetapi bagi pendedahan tentang konsep pertanian yang menjana ekonomi negara.
dapat 20kg      



Saturday, October 18, 2014

KERJAYA DISUKAI RAMAI

Yuhuuu Yuhuuu

Guru ..kat mana2 pun u ols akan jumpa dengan guru. Tak kisahlah guru apa ke, guru sekolah memandu, guru kelas memasak ke, guru tarian ka. Seseorang yang telah mengajar sesuatu yang baru dan berguna kepada kita, kita sepatutnya anggap dia tu guru kita la kan? Ilmu yang sesat lagi menyesatkan tak aci laaa...!!!
susun atur dalam kelas

Nak jadi guru yang hebat, disukai ramai banyak cara. Tapi, daku lebih suka cerita berdasarkan pengalaman daku sendiri. Teori2 yang pakar tu sebagai rujukan sahaja. Sebab daku cakap camtu,of course berdasarkan pengalaman sendiri.

First of all, guru tu perlu blend dengan suasana sekolah terutamanya pelajar. Macam daku mengajar sekolah menengah, budak2 lebih kurang sebaya je dengan daku..ngehngeh!! heheheh. Jadi jiwa tu kena muda le..depa minat kpop, hiphop..lagu pop kita cuba minat macam depa, tapi jangan lah over kan.!! Satg kena kutuk pulak.
 Then, kita kena sentiasa open up our mind, berfikiran terbuka. Learn to understand them. 
 Bila mereka dah rasa get along dengan kita, semestinya tiada masalah bila sessi pembelajaran. Trust me...

Time mengajar janganlah tradisional sangat. Buka buku teks, salin..tulis kat papan hitam, lepas tu salin...tu orang dah tak buat. Budak2 pun dh boring. Bayangkan kalau seharian depa tu disuruh salin je..mau muntah ijau depa tu...kan kan????
So, ubah cara mengajar. Gunakan teknologi..selang seli dengan muzik. Sahih, tak boring. Kita boleh suruh mereka buat group discussion, buat peta minda, berlakon ke dan macam2 lagi... Kita nak mengajar ni pun rasa happy bila mereka happy...ye dak?

Tapi time serius, memang serius jugak lah. Setakat ni budak2 memahami dan boleh follow....

Lagi satu kita jangan mudah emosional. Let's say depa tak mau belajar, jangan stress2..cuba nasihat sket2 dan jangan guna perkataan yang biadap, kasar. Guna mutiara kata, muka tu kalau boleh sambil tersenyum..hahaaaa..bukan senang nak jadi cikgu ooooooiii!!!
Sentiasa ceria pun penting. Jangan pulak bila ada masalah nak buat muncung 14..contoh bila ada prob ngan laki ke..ngan boifren ke..ngan mertua ke..jangan sampai time mengajar muka masam gilaaaa..budak2 pun naik seraaaammm...kalau depa naik seraaam takpe..takut plak depa naik meluat. Tak ke nayaaaa!!!

Akhir sekali, we should trust our student. Jangan fikir negatif sangat. Mungkin setiap pelajar ada masalah yang tersendiri dan hidup mereka tak "sempurna" macam kita ni. Jadi, guru2 pun janganlah sikit2 nak compare dengan life mereka yang terdahulu. Zaman sudah berubahhhh....

Contoh..ada pelajar datang lambat ke sekolah. Kita sebagai guru takkan nak terus tempik kat dia..

"OOOiii...berdiri kat luar..sebab kamu datang lambat. Dahlah b**** datang lambat pulak..."
Kesian kat budak tu, kalau salah pun, janganlah marah sampai camtu.
Kita yang profesional, yang anggun, yang vogue ni...pergi dapatkan budak tu dan tanya...
 
myself at school
"Apa yang mebuatkan kamu smp lambat..ada masalah ka?"
Approach yang paling cool..tapi kalau budak tu buat kurang ajar ke..kita slow2 la cakap dan cuba nasihat.
Sekurang2nya kita dah menunaikan tanggungjawab...CONCERN !!!

So, guru2 di luar sana, selamat menjadi guru yang baik, cemerlang dan disayangi pelajar jangan jadi guru yang paling dibenci,  budak tak hormat dan sebagainya. We should pride dengan tugas n kerjaya kita.

The best part, kita ada banyak sumber untuk dipelajari, terutamanya dalam pemantapan teknik mengajar. Sekarang yang paling famous adalah ITHINK. Teknik yang sangat menarik dan bakal mendidik pelajar kearah berfikir di luar kotak.


All the best untuk para guru!!

Friday, October 17, 2014

KETAGIH KETAGIH

Yuhuuu Yuhuuu

Teh ais memang sedap. Rasa teh yang pekat lepas tu balance pulak dengan susu. Memang terangkat. Dulu2 ni daku bukan minat sangat dengan teh ais, tetapi sejak mengandung anak kedua, minum teh ais tu boleh dikatakan tiap2 hari. Nasib baik tak de laa kena kencing manis ke apa..tapi anak yang kedua ni memang berat le sket.. 3.9kg ko...nahhh amekkk!!! Nak keluarkan dia, punyalah seksa. Tapi, Alhamdulillah semua selamat.


Teh ais nak bagi sedap, jangan guna teh uncang tu. Kan..guna teh yg serbuk tu. Teh wangi. Tapi, honestly, aku malas nak belajar buat teh ais sedap..kan tak pasal2 tiap tiap hari aku bancuh teh ais.
 Kat perlis ni, teh ais yang sedap bagi daku ada dua je..satu kat kedai Pattani tepi Shell Balai Baru, Beseri. Memang sedap. Kedai tu buka malam je..menu masakan panas tom yam, ikan stim, ikan 3 rasa..dan macam2 lagi. Memang sempoiii menu dan cara masak. Cer try...!!!

Lagi satu yang sedap kat Kangar, bawah Hotel Malaysia tu..memang sedap. Tapi, daku tak beli di situ laa hari2..sebab lokasi umah daku jauh sket dr area tu. Tapi, teh ais tu memang sedap.

Minum minum jugak, tapi jangan lah over sangat. Teh ais tu manis..kan tak pasal2 dapat penyakit Diabetis. Tapi bila fikir balik kesian kat pankreas nak rembeskan hormon insulin. Huhuhuu...


DAKU YANG CEMERLANG

Yuhuuuu Yuhuuuuu!!!!

Hi lovely readers...
Finally daku nye servis diiktiraf oleh jabatan dan pihak pentadbir. Berbaloi usaha gigih daku , memerah keringat. daku dapat award Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 dan mendapat imbuhan sebanyak Rm1000. Banyak tu... Alhamdulillah!!

Memang semua guru akan dapat award ni, cuma lambat atau cepat. Daku takmau laa lambat2. Takkan nak tunggu berbelas2 tahun baru nak dapat award ni kan.. Dengan award ni menaikkan lagi semangat daku untuk berkhidmat dengan cemerlang.

So, my advise kepada guru2 yang baru posting tu...work hard, jangan ambil mudah dengan tanggungjawab. Buat dengan ikhlas dan open up your mind. Jangan sesekali fikir negatif terhadap tugas dan juga orang lain. Apa kes nak kutuk2 orang lain....perangai tu untuk orang yang tak bertamadun je ok....?

Bila dapat tugasan, sila buat. Beri kerjasama secara total. Barulah kawan2 sekerja pakat suka dan sayang kat kita. Kannnnnn??

Tahniah juga untuk my lovely friends yang sama sama dapat award ni. Dan juga kepada semua guru2 di seluruh Malaysia. TAHNIAH!!! YOU awesome!!!

dapat sijil dan duit...senyum!!!
Camna nak dapat APC ni? Errmmm secara amnya, kita kena pastikan standard prestasi mesti melebihi 90%. Di mana kita perlu ada tugas atau program yang kita laksanakan di sekolah mahupun di luar sekolah. Selain itu, penilaian dari pentadbir juga penting. So, adalah dinasihatkan amalkan komunikasi yang baik dengan pihak pentadbir. Jangan ego..jangan cepat naik marah....!!!Jangan sombong....

Sekian....


MATI KATAK!!!

Yuhuuu Yuhuuu

Profesion yang kita pilih mestilah sesuatu yang kita enjoy . Takkan kita pilih profesion yang membuatkan kita sedih dan tak bersemangat bila melakukannya. Macam daku, at first..memang tak minat bidang pendidikan, tapi Allah itu Maha Besar, memang rezeki daku dalam bidang ni.

Hari Rabu 15 Oktober, daku menjalankan eksperimen atau aktiviti makmal yang memang ditunggu-tunggu oleh student daku. Eksperimen bedah katak. Hahahah...punyalah student seronok siap kumpul 10 ekor katak. Tu diaaa..nak masak gulai ke apa...

Anyway..daku puji dan menghargai apa g mereka lakukan. Sungguh touching!!! Sepatutnya sang tikus putih turut menjadi mangsa, tetapi auntie kedai akuarium itu tidak mahu menjual padaku..alasan nak bagi tikus itu beranak lagi....uwarghhhhh!!! Sedih..sedih!!!!

Eksperimen bedah katak ni actually nak tengok Sistem Respirasi nya..iaitu kulit dan jantung nya. Nak mengkaji juga Sistem Pengangkutannya.Memang intresting. 

Sebelum nak menjalankan eksperimen ini, katak katak tu kena bagi pengsan le dulu. bagi depa klorofom...haaa pengsan laaa!! Klorofom tu sejenis bahan kimia yang meruap dan bahaya. Kalau kita menghidunya gerenti kita pun pengsan dengan jayanya.

ada gaya tuuuu

katak dibedah

sakan depa ni
 Suasana dalam makmal yang sangat aktif membuatkan sessi pembelajaran menjadi begitu menarik..!!!
walaupun dah dibedah katak itu, untuk pengetahuan semua, jantung katak itu masih berdegup2.. sebab sebelum pembedahan dijalankan, katak itu dalam keadaan pengsan dan semestinya jantung itu masih BERDEGUP!!!

  
fokus fokus


Sesungguhnya, kerjaya daku sesuatu yang menyeronokkan dan semestinya tidak bosan. Love the nature!!!

Wednesday, October 15, 2014

GAME BAGI ORANG JADI GILA!!

Yuhuuuu, morning morning.
What a lovely day...
Ermm, kali ni daku nak kongsi pengalaman berkenaan dengan game yang mebuatkan daku dan pengguna Internet yang lain  menjadi gila. Bukan gila yang kena masuk wad mental tu, tapi gila..suka sampai takleh stop ok. Dengan kata bahasa lain menjadi ketagih. Mencetus fenomena se Malaya laa kiranya.

Game yang daku sampai sekarang adalah Candy Crush..sekarang dok di level 500. Selepas setahun berhempas pulas ok. Setahun lebih tak silap..daku start main game ni Mac 2013. Sampai sekarang  game tu tak abih2 lagi...hahahaha.. Tapi memang syok sbb main game ni kita berfikir, guna power ..so kiranya melatih ketajaman otak. Yang stress nya ada nyawa..abih nyawa kena minta le ngan kawan2...tapi nasib baik boleh cheat death..konon...ehhehee...nak tahu cara..jeng jeng...rahsia!!
salah satu level dalam game cand crush itewww!!!
Game yang kedua, yang daku n kawan2 gila main dulu adalah Barn Buddy. Dan daku tak pasti samada app ni still wujud ke tidak. Game ni famous pada tahun 2009. Game ni konon macam petani moden.petani alam maya laa..beli biji benih..tanam..siram..n harvest. Tapi the best part nye..kalau kita lambat harvest, kawan2 kita boleh cilok hasil tanaman kita. Ampes kan...? Tapi, takpe...kita pun boleh cilok yang depa punya jugak... Lepas tu kumpul laa coins..nanti boleh upgrade level, then boleh tanam macam2 yang lagi best...lepas tu boleh bela haiwan ternakan laa..bela anjing hahaha...supaya boleh jaga kebun!!!

Teringin nak buka cafe di alam reailti macam mustahil kan...jadi buka laa cafe di alam internet..main Cafe World. Memang best..boleh design cafe, dari lantai..perabot , hiasan dinding dan macam2..memang best!!!
Lepas tu kita boleh masak menu macam2 dan kalau masak time tu..bukan siap time tu jugak,,kena tunggu. Ada menu tu siap selepas 24 jam. Then, kita kena click..kalau kita tak click..nanti makanan tu akan busuk. Rugi laaa point...hahaha

Menu yang agak famous dlm cafe world seperti beef roasted, guacamole...salad..lagi tak ingat dah. Tapi game tu memang happening!!!

Cafe world ni..selagi kita dok serve makanan, selagi tu laa cafe kita earn points
 

Actually main game ni bukan laah nampak teruk sangat. Sekiranya kita boleh urus masa dengan baik. Janganlah main sampai tak berdunia dengan orang, sampai tak buat kerja apa...naya kalau jadi camtu!!
So, choice is yours..ada orang memang pantang teruih main game2 ni..tak berminat laa...rugi masa laa..dan macam2 lagi...

tapi, bagi daku apa salahnya..boleh jana otak jugak...Tapi, kesimpulannya..semua game di atas membuatkan daku jadi gilaaaa....dan orang lain pun gilaaaaaaa!!!

Enjoy your day!!!!





Sunday, October 12, 2014

HANTU PERFUME!!

Yuhuuuuuuuu!!! kali ni panjang sket yuhuuuu...yeeehhaaaa!!!


baru lepas ujan ni, tetiba ada idea nak tulis pasal perfume. Teringin jadi hantu perfume? Haaa..wangi semerbak..macam arab2 yang mai Malaysia, lalu tepi kita je bau tu diaaaaa!!! Perfume banyak jenis di pasaran kan. Mesti u ols dah tau..ada EDT dan EDP. tak tahu beza...errmmm..daku explain dalam bahasa yang senang faham. EDT tu cair sket...EDP tu pekat...sesetengah individu ni berbeza ada yang ok dengan EDT, ada yang ok dengan EDP. Macam daku EDT...kalau EDP rasa macam pening laaa pulakk..

Daku tak suka beli perfumes yang terbaru..yang baru released. Daku suka pakai yang all time favourites.
Tapi awal tahun ni terbeli juga yang terbaru..gara-gara tengok muka Puan Julia Roberts..jadi model..jadi daku beli. End up..tak enjoy pun sangat...ngehgehhhh!!

Tak tahu nama perfumes yang Pn Julia Roberts jadi model...meh nak tunjuk...

Lancome 
Banyak lagi perfume ni. Guna macam tak luak pun.
Cara nak bagi orang semua notice u ols punya perfume ni..ada teknik!! Kadang2 tu bila kita spray macam takde bau je kan..haaa sebab cara tak kena. 
Cara yang betul nak bagi wangi semerbak ni begini....

cara yang pertama u ols spray kat tengkuk. kat tempat adanya nadi tu.
Spray la kiri dan kanan....errmmm..wangi...
Lagi..spray kat pergelangan tangan.....
Spray kiri kanan laa jugak....
Nak bagi lagi powerrrr...spray tang ni....
Gerenti bau long lasting kalau buat camni. Tapi kan u ols..perasan tak bila pakai perfume mahai, spray dari pagi pun..tahan sampai malam kan. Dan lagi satu, kat diri sendiri kita tak dapat bau wangi tu pun...tapi bila lalu kat tepi orang..wangi semerbakkkkk!!!

tapi..tapi lagi.....kalau badan dah ada bau badan yang memang membuatkan orang semua nak termuntah...sila laa jaga pemakanan..silaa keluarkan segala toksin dari badan dengan cara yang betul. Bleh rujuk entri sebelum ni...berkaitan dengan kebaikan alfalfa.

One more thing, nak jadi hantu perfume ada tambahan lagi satu teknik...sebelum nak pakai baju ...(baju yang kita nak g keje ke..nak g dating tu ) spray dulu semalamam. Gerenti bau tu meeleeeeeeekkkaaaaatttt tak hengat !!!!

Selamat menjadi hantu perfumeeee u olssss!!!