Sunday, October 19, 2014

TANAM SAYUR YANG HAPPENING!!

YUHUUUU YUHUUUU!!!

Projek Biologi Tingkatan 4 dan 5 ini dimulakan pada minggu akhir sebelum bulan puasa menjelang pada tahun ini. Projek ini mendapat kerjasama dari pelajar tingkatan 4A dan 5A serta guru Kemahiran Hidup Pertanian iaitu Cikgu Jusarais dan Cikgu Wa. Memang best tanam sayur ni.

Projek ini adalah dalam topik tingkatan 4 iaitu Nutrisi-Teknologi Pengeluaran Makanan. Ada bnyak bahagian, so salah satunya adalah Menanam Sayur Sauran di atas Tanah.

Bagi menjayakan projek ini, daku memilih dua spesies sayur iaitu bayam dan kangkung. Nama saintifik bagi kangkung adalah  Ipomoea aquatic
Bayam pula Amaranthus sp

Minggu pertama projek ini, daku mulakan dengan kaedah yang paling asas iaitu menggembur tanah. Student kena gemburkan bagi tiga plot yang berlainan. Haaa..di tengah panas depa kena buat ok....!!! Tapi, Alhamdulillah mereka memebri kerjasama yang sangat baik. Tak merungut pun..tahniah student 5A dan 4A!!!

Bila dah habis menggembur, plot tu, kita campurkan dengan baja. Tinggalkan dulu untuk beberapa hari. Sebab dalam dua masa tak cukup masa nak siapkan semua tu. Gembur tanah tu pun gilir-gilir. Ada masa budak 5A ..budak 5A buat...4A ada masa..4A laaa buat. Tapi depa memang rajin..semua tu calon2 isteri dan suami yang baik....negehnegehh...!!!!

Then, proses menabur biji benih. Daku beli kat kedai pokok..satu jenis pokok biji benih baru rm2. Banyak giler dalam sepeket tu. Kangkung paling banyak..siap tumpah dalam handbag daku..nanti mesti tumbuh dalam beg...hahahahah..yo laaa tu!!!

Tabur biji benih dalam masa 2 minggu dah membesar dengan jayanya. So aktiviti dalam bulan puasa, kalau student ngantuk je, daku bawa g kebun. Tengok pokok. Biarlah walaupun 15min..bagi depa hilang stress dan bagi depa rasa excited bila tengok pokok pokok sayur depa membesar.

budak 5A yang sporting

Siram pokok wajib setiap hari dan setiap pagi. masing2 sedar tanggungjawab, tak perlu disuruh. Setel!!!

Lepas raya, sayur2 itu dituai. Dapat banyak..siap boleh bagi satu kelas bawa balik. Tahniah semua!!!
 
kangkung sihat, bayam pun sihat
Dalam projek ni, kita juga memerhatikan ketinggian pokok dan persaingan di antara dua spesies. So, student pun ada buat laporan juga. Tetapi, secara keseluruhan..projek ini bukan lah projek syok syok atau melepaskan batuk di tangga. Ada objektif khusus..

Anyway..we did it!!!
  
budak 4A sibuk harvest

sempat lagi selfiee!!
So, bagi sesiapa yang nak buat projek macam ni digalakkan buat. Macam student daku, depa memang enjoy dan kita mendapat kerjasama secara total. Kita bukanlah nak mendera depa, tetapi bagi pendedahan tentang konsep pertanian yang menjana ekonomi negara.
dapat 20kg      



No comments: