Zaman sekolah menengah dulu #cikgujill tengok filem Para Para Sakura..sapa pernah tengok sila angkat tangan!!! Time tu Aaron Kwok ooooo..hebat tak sangga la.
Dalam filem tu, dia rabun warna.
Rabun warna tu camna? Dok nampak hitam putih ke? Orang yang menghidap rabun warna ni, 99% tak boleh membezakan warna merah hijau. Selalu yang jadi adalah orang lelaki.
Topik ni belajar dalam Biologi T5 KBSM topik Pewarisan.
Penyakit ini diwarisi yer. Kita panggil penyakit Pewarisan Terangkai Seks.
🔴Kalau kita perempuan pembawa gen bagi Buta Warna dan sekiranya kita berkahwin dengan lelaki Buta Warna, kebarangkalian untuk mendapat anak lelaki buta warna adalah tinggi.
Tapi, zaman canggih. Zaman Black Panther, Thor la..🤠jadi ada teknologi utk merawat buta warna. Jadi, orang buta warna for the first time in their life can see the real color of green and red. Cmna tu? Siapa yang tau jawapan boleh taip kat komen. Tq
#cikgubio
No comments:
Post a Comment