Wednesday, April 29, 2020

PENTINGNYA VITAMIN C

Semua tau kan Vitamin tu penting. Macam2 jenama dok dijual di pasaran. Kalau kita ke farmasi, tengok rak tu..macam2 ada jenis vitamin. Ada orang cakap..owh saya tak makan vitamin ni..bahaya..kalau nak saya makan buah2 je. Depends..macam #cikgujill bukan hari2 makan buah dan sayur..jadi vitamin dalam bentuk tablet kena amik juga.

Firstly, kita kena faham ada 2 jenis vitamin yea.

VITAMIN LARUT AIR
🔴 Vitamin Larut Air contohnya Vitamin C dan Vitamin B 1 smp B 12
🔴 Vitamin ini boleh dikumuhkan melalui air kencing. Jadi digalakkan mengambil vitamin ini secara berterusan ye.

VITAMIN LARUT LEMAK
🔴 Vitamin larut lemak contohnya A,D,E dan K. Yang ni semua student senang ingat kan?
🔴 Vitamin ini tidak dikumuhkan melalui air kencing dan boleh disimpan dalam badan. Terutamanya dalam tisu adipos.

Pengambilan vitamin adalah digalakkan tetapi ada sesetengah vitamin sekiranya diambil berlebihan boleh mengakibatkan pengumpulan vitamin sehingga mencapai aras toksik.

Sesiapa yang tak suka makan buah or sayuq2 digalakkan amalkan makan vitamin ni. Makanlah vitamin C.
Vitamin C banyak kelebihannya....
✔️elakkan skurvi
✔️meningkatkan antibodi
✔️bagi kulit cantik
✔️mengelakkan kanser dan strok
✔️untuk penghasilan kolagen

Budak sekolah memang belajar ni seawal T1 ..dan BIOLOGI T4 belajar lagi.
Hopefully ramai yang minat bahagian ni. I wish ada student #tokpaq yang further study dalam bab2 nutrisi ni dan jadi DIETICIAN..🤩

No comments: