Sebab apa asap rokok ni bahaya. Selain dari aspek pernafasan dan respirasi banyak lagi kesan negatif. Asap rokok ni mengandungi satu bahan yang boleh membuatkan kromosom kita yang dok elok2 tu terganggu dan boleh berlaku perubahan secara spontan.
Akan berlaku MUTASI KROMOSOM. Hari tu #cikgujill dah bincang pasal sindrom Down. Hari ni kita tengok kesan mutasi pada kromosom seks. Iaitu kromosom jantina nak kata kita lelaki atau perempuan.
Lelaki XY
Perempuan XX
Kalau berlaku mutasi akan berlaku dua kemungkinan.
Satu keadaan di mana ada satu X sahaja hadir. Jadi kromosom seks akan jadi X0, jadi bilangan kromosom tak cukup. Sepatutnya 46, tapi jadi 45.
Sindrom ni kita panggil SINDROM TURNER. Berlaku kepada perempuan. Ciri-ciri adalah mandul dan kekurangan ciri seks sekunder perempuan.
Satu lagi ialah SINDROM KLINEFELTER. Berlaku kepada lelaki di mana kromosom seks terlebih jadi XXY, so bilangan kromosom jadi 47.
Ciri-ciri adalah mandul,. dan terdapat ciri seks sekunder perempuan seperti buah dada membesar.
Budak Biologi dan Sains belajar topik ni masa T5.
Nak lebih details boleh rujuk Buku Rujukan yang lain yer...
No comments:
Post a Comment