Wednesday, April 29, 2020

SPECIAL NYA ANAI ANAI!!!!

Anai-anai pernah menyerang rumah #cikgujill. Abih almari dan baju anak2. Tak lah semua..berlaku bila tinggal rumah lama2 masa balik kampung utk cuti bersalin.
Anai-anai ni power gigi dia...
Pahtu dia ada hierarki .Permaisuri dan askar-askar.
Siapa boleh bagi nama saintifik anai-anai? ðŸ™‹

Makanan utama anai-anai adalah kayu yang mengandungi selulosa.
Tapi, masalahnya sistem pencernaan nya tidak ada enzim yang boleh cernakan selulosa.
Ini lah keajaiban dunia Biologi !!!! Dalam salur pencernaan anai-anai ada sejenis protozoa berflagelum yang hidup di dalam anai-anai tu..dipanggil Trichonympha sp. Interaksi nya adalah bersifat MUTUALISME. Kedua-dua dapat faedah.

Apa yang protozoa ni buat?
Protozoa ini merembeskan enzim selulase utk mencernakan selulosa kepada gula ringkas.

Gula ringkas akan digunakan oleh anai-anai dan protozoa tersebut.

Kita pun makan selulosa..dalam bihun sup thai, dalam mee goreng pun ada..haaa..jadi camna nak cernakan selulosa? Adakah dalam salur pencernaan kita ada juga protozoa tersebut? Student #cikgujill sila berikan jawapan yer...🤩🤩siapa bagi jawapan betul tc belanja top up data..boleh kita Zoommmm ðŸ’ªðŸ’ªðŸ’ªðŸ’ª
#cikgubio

1 comment:

pu3desa said...

Dlm usus kita ada ada bakteria yg merembeskan enzim selulase