Wednesday, April 29, 2020

FUNGSI PANKREAS

"Amboi...makan kek banyak noo, pahtu minum lak ayaq manis, tak takut kencing manis keww? Tengok cek ni..minum zero water je okayyyyy!!!"
Well..tak perlu nak judge or kata apa2, kita tak tau orang tu pulun kek ayaq manis ke sbb cheat day dia..kann?? Makan berpada2..tapi sekiranya kita dah memang dapat penyakit kencing manis. Adalah dinasihatkan memang kena jaga makan..elakkan makanan manis. Kurangkan yer..

Penyakit kencing manis ni apa sebenaqnya? Ada yang tanya #cikgujill, ayaq kencing jadi manis ke camna. Sebenarnya, kencing manis atau namanya DIABETIS MELITUS berlaku apabila sistem endokrin nya gagal berfungsi untuk mengawalatur aras gula dalam darah.

Jadi aras glukosa nya tak normal. Normal sepatutnya 90mg di dlm 100cm3. Tapi dia lebih....so glukosa dalam darah takleh turun!!!!

Tang mana yang bermasalah??? Gini plot citer dia... ðŸ¤”
Pankreas. Di pankreas, terdapat sel beta pada kelompok sel Langerhans untuk merembeskan hormon insulin ke dalam darah. Lepas itu, di hati hormon insulin akan menukarkan glukosa yang berlebihan kepada glikogen utk disimpan di dalam sel otot dan sel hati.

Jadi ada dua tempat kejadian yang penting. Pankreas dan hati.
So, bila pankrease dah tak boleh merembeskan hormon insulin..so kita kena bawa masuk dari luaq. Camna nak dapat insulin? Minta dari Cik Kiah ke??
Akan dibincangkan dlm nota seterusnya...

*ini lah pankreas u olssss..ada yang meninggal disebabkan oleh kanser pankreas. Glemer dia ni..sapa boleh namakan..🤔🤔
#cikgubio

No comments: