Wednesday, April 29, 2020

DARI KELAS KE GREEN SCREEN...

Finally, apa yang diidamkan dari tahun 2016 tercapai. The truth is keinginan untuk berada di depan kamera sudah lama dipendamkan sejak dari zaman universiti. Tapi, tahun ini menjadi realiti. Mungkin keinginan untuk menjadi seorang pelakon patut dilupakan, tetapi sekurang-kurangnya dapat menjadi cikgu artis pun satu rahmat. Hahahahahaa....

Well, ramai lagi cikgu yang berkebolehan. Mau rebut peluang atau tidak. Itu sahaja,kalau berani jalan terus tanpa menoleh ke belakang. Saya hendak mencuba dan sejenis muka tak tahu malu. Hhahahahaa...
Seramai 6 orang cikgu yang terlibat. Semuanya sekepala..gila-gila dan suka mencuba. Alaaa...cuma bercakap di depan kamera. Nothing to worry. Yelah tuuu...
Kami ditugaskan untuk melengkapkan topik bagi Subjek Sains Tingkatan 1.

Tq team BTPN Perlis kerana sabar dengan karenah saya semasa shooting. Next week kita akan berjumpa lagi.

#greenscreen
#viral
#cikgumalaysia
#normabaharu
#cikgubiologi

RINDU SEORANG GURU

RINDU SEORANG GURU
================
Sekarang jam hampir pukul 4 petang. Kalaulah masih bersekolah seperti biasa, selalunya waktu ni #cikgujill masih di sekolah. Time ni selalu digunakan untuk menanda buku student, siapkan buku rekod. Buat report dan sebagainya. Tetapi kali ni dah jadi lain. Dulu mengajaq depan-depan student. Boleh tengok riak muka setiap student. Boleh melawak dan sebagainya. Kali ni, hanya dapat berhubung melalui socmed sahaja. Itu pun ada student yang langsung tak muncul. Tak tahulah samada student tu ada masalah camna...
Pendekatan perlu dipelbagaikan. Banyak sumber-sumber yang boleh digunakan. Buat video, sharing power point dan sebagainya. Guru-guru kena berusaha juga. Saya mengajar Biologi Tingkatan 4 dan 5, tipulah kalau saya kata saya tidak risau sekiranya banyak topik tidak dapat disampaikan. Mungkin boleh disampaikan, tetapi persoalannya adakah student betoi-betoi faham dengan apa yang disampaikan? Saya pandang aspek ni dari sudut yang lebih positif. Student akan explore more dan dalam keadaan macam ni, student tidak boleh bergantung secara total kepada guru-guru. Banyak cikgu-cikgu menghasilkan video dan nota secara atas talian. Klik sahaja Mereka kena ubah cara dan ubahsuai dengan keadaan sekarang. Mereka kena cari sumber sendiri (tapi masih dibantu oleh guru). Mereka kena rajin. Sekiranya ada yang tak faham, mereka kena tanya. Kena usaha lebih. Sains Tingkatan 2 pun banyak lagi kena tengok. Harap-harap student kat umah pun tengoklah buku dan belek buku teks.
Rindunya suasana di sekolah. Bila berjalan di kaki lima kelas, student akan bagi salam dan dapat melihat mereka. Tengok depa main sukan. Hormatnya mereka kepada guru. Rindu kekalutan nak masuk kelas. Berlari memanjat tangga untuk mengejar relif kawan-kawan. Masuk ke makmal, buat eksperimen. Tengok student buat presentation. Dan rasa puas bila student dapat ikut sesi pembelajaran dengan lancar dan kita sebagai guru dapat menyampaikan ilmu. Rindu juga dengan kantin. Tempat lepak sementara sambil menghilangkan dahaga. Terima kasih kepada tauke kantin kami iaitu kak Ayu Nur Haiyu Ewe kerana selalu menyediakan menu yang best-best. Saya selalu pekena nescafe ais. Naik pejabat, melawak dua tiga bakul dengan staf pejabat. Pada waktu petang, kadang-kadang ada mesyuarat Panitia, Program dan lain-lain.
Selesai mesyuarat, barulah cikgu-cikgu semua balik dan menjemput anak masing-masing. Letih tapi puas!!! Sekarang, terima lah hakikat #normabaharu
Saya pasti, banyak lagi perkara yang akan berubah. Cuma kita perlu tanya diri sendiri..adakah kita bersedia? Sekarang kena teruskan dan pakat sokong antara satu sama lain. Harus tiada perasaan hasad dengki atau cemburu atas kerja masing-masing. Buatlah dengan cara masing-masing demi membantu student. Janji #jalanterus
#cikgubio
#RINDU SEORANG GURU

#EduFluencer
#stayathome

APA ITU VIRUS????

Pasal virus ni sebenarnya budak sekolah menengah ada belajar. Yang mana ada anak F4 dan F5 boleh tanya depa pasal virus ni...
Well apa yg belajaq di sekolah, ringkas sahaja. Form 4 Biologi KBSM dalam topik Ekosistem Dinamik.
So, apa itu virus??
✔️mikroorganisma yg paling ringkas dan seni yg boleh nampak melalui mikroskop elektron.
✔️tidak mempunyai membran plasma, mitokondrion.
So, cmna dia boleh jadi 'power'?
Bila dia memasuki badan perumah, barulah dia boleh menjalankan proses hidup seperti pemakanan, pembiakan dan respirasi. Sintesis protein oleh ribosom pun akan berlaku dlm badan perumah.

Ada banyak bentuk depa ni..ada bentuk heksagon, bentuk sfera, bentuk rod.
So sapa boleh gtau #cikgujill...covid-19 ni..virusnya bentuk apa..? (ada hadiahh...ok?)
Dulu2 saya suka tengok gambar bakteriofaj ni...bentuknya memang perghhhh....

And of course virus adalah - parasitisme. Student saya pls explain parasitisime 😅

PERUT LEMBU

Siapa suka makan perut lembu? Which one is yr fave? A ,B,C or D? Tahu tak yang special nya pasal perut lembu ni?? Unik sungguh sistem pencernaan lembu. Kalau kita tengok lembu asyik mengunyah je kan.....(sapa tak pernah tgk lembu makan rumput live..sila la tengok kat youtube 😅)
Well..lembu ada 4 ruang perut.
✔️rumen
✔️retikulum
✔️omasum
✔️abomasum
Macam susah je nak ingat kan..no worries setakat ni budak Biologi F4 #cikgujill boleh ingat dengan jayanya.
Sebab apa kita tgk lembu dok mengunyah sedia sebab..bila dia kunyah mula2 tu..rumput yg separa tercerna tu akan ditelan masuk ke rumen, lepas tu retikulum...dari retikulum tu..rumput separa tercerna tu akan dimuntah sedikit demi sedikit ke rongga mulut..so kunyah kunyah lagi..lps tu barulah makanan tu akan bergerak ke omasum dan seterusnya...

Gaiissss!! Bayangkan kalau kita nye sistem pencernaan kita gitu..dok mengunyah sedia sedia..🤭🤭🤭
*photo credit from google

#tokpaq
#biologiform4

UNIKNYA CAP JARI KITA

Smartphone canggih siap guna fingerprint nak unlock..kereta pun kan. Cer tengok ibu jari masing2..cer tengok cap jari u ols bentuk apa. Ada lengkung, pusar, gelung dan komposit. Cap jari adalah sejenis variasi. Variasi tidak selanjar. Tak sama dengan ketinggian, berat badan dan warna kulit ye. Topik ni budak Sains Teras belajar masa F4 dan budak Biologi belajar masa F5. Banyak lagi details pasal variasi...dalam haiwan pun ada. Contoh belang pada kuda belang..nampak macam sama je kan, the truth is tak sama...cer zoom in..😅 pada pokok2...

Siapa boleh gtau #cikgujill camna cap jari boleh terbentuk..??? sebab cap jari kita tak sama dengan orang lain.
Well, saya nak hihglight cap jari digunakan setelah beberapa insiden yang berlaku dulu2..
Yang paling famous adalah kes ni..lepas tu digunakan secara meluas dalam crime scene investigation.

LIGAMEN KOYAK!!!

Masa #cikgujill keje hotel dulu2 ni, kena pakai kasut tinggi 3 inchi. Rasa tinggi je..and berjalan pun amboi..tak hengat!!
Sekarang pun still kasut tinggi menjadi pilihan.
Pernah tak u ols bila nak pakai kasut tinggi, rasa takut je..takut terseliuh laa..kannn..kalau tak biasa memang susah and akan jatuh terpeleot.

Haa...sakit kann? Tau tak sebab apa sakit..sbb kat bahagian pegelangan kaki tu bahagian tisu yang nak pegang tulang kaki..dipanggil "ligamen" tu cedera. Tingkatan 5 Biologi belajar ni ...ligamen ni tisu penghubung yang kuat, liat dan kenyal. Susah nak berlaku kecederaan di bahagian ini..tp bila pergerakan yang melampau boleh berlaku kecederaan.

Boleh jumpa kat mana ligamen ni...kat tempat nak hubungkan dua tulang..kat bahu, lengan, lutut..senang cakap sendi.
Camna nak tahu kita nye ankle tu sprained? Selalunya bengkak, sakit dan of course kaki tak boleh digerakkan.🤭
#tokpaq

DOWN SYNDROME, THEY ARE SO SPECIAL

Kecacatan tidak bermakna kekurangan. Walaupun kita dilahirkan "sempurna" tapi hakikatnya banyak kekurangan yang ada pada kita.
Hari ni 21 Mac adalah Hari Sindrom Down Sedunia. Biologi F5 dan Sains Teras F4 belajar ni kat sekolah. Sindrom Down atau Trisomy 21 merupakan kecacatan genetik atau lebih khusus mutasi kromosom di mana satu kromosom lebih pada kromosom yang ke 21 jadi 3. So, nampak tak kenapa hari ni dipilih sebagai Hari Sindrom Down Sedunia.
Well..utk info semua, manusia Homo sapiens mempunyai 46 kromosom in pair. Semua ni berpasangan..kromosom pasangan yang ke 23 merujuk kepada jantina samada XX atau XY. Pasangan kromosom dari no 1-22 kita panggil autosom. Mengawal ciri-ciri seperti warna mata, rambut dll.
Tapi tang kromosom ke 21 tu terlebih..jadilah Sindrom Down.

Kecacatan genetik ini dinamakan sempena John Langdon Down, doktor British yang menggambarkannya pada tahun 1866 *buku teks Biologi KBSM T5

Please treat well kepada anak2 Sindrom Down...Bagi #cikgujill they are special dan selalunya mempunyai sifat yang sangat penyayang 😍 Ciri-ciri Sindrom Down adalah terencat akal, dahi yang lebar, mata sepet dan hidung penyek.
#tokpaq

HIERARKI PENGELASAN ORGANISMA

Sekarang kita bagi "terbelit lidah" masing masing. Siapa yang nampak posting #cikgujill ni sila baca kuat kuat dan dengan gaya yang betoi. Kita cuba...hehehe
Mari belajar nama saintifik ulam2 hari ni....
🤭
Daun pegaga - Centella asiatica
Petai - Parkia speciosa
Selom - Oenanthe javanica
Kaduk - Piper sarmentosuru
Timun - Cucumis sativus
Kangkung - Ipomoea aquatica
Limau Kasturi - Citrus microcarpa
Ulam raja - Cosmos caudatus
Jering - Pithecellobium jiringa
Cekur - Kaempferia galanga
Pucuk Gajus - Annacardium occidentale
Geli geli - Lasia spinosa
Pucuk Mengkudu - Movinda citrifolia
Pucuk Putat - Barringtonia racemosa
Kerdas - Pithecellobium burbalinum

So yang mana u ols nye favourite? Saya of course petai..petai jeruk 🤭
Camna boleh dapat nama2 ni..dalam Biologi Tingkatan 4 KBSM ada belajar topik ni. Ini kita panggil Sistem Binomial Linnaeus. Diperkenalkan oleh Carolus Linnaenus (1707-1778)
Nama saintifik adalah adalah dalam bahasa Latin dan ianya mewakili Genus dan Spesies.

Utk memberi nama saintifik ada hierarki yer...ikut susunan...
 Animalia
Filum
Kelas
Order
Famili
Genus
Spesies
Student Biologi memang kena hafal hierarki ni...Alhamdulillah setakat ni memang depa boleh ingat...👍
Tapi..siapa yang boleh gtau #cikgujill apa yang tak kena dengan cara tc tulis nama saintifik tu...?

Well, dengan ada nya nama saintifik..memudahkan pengecaman organisma. Cthnya kat sini sebut timun..kat sana sebut tembikai..hehehe..tp sebenarnya lebih kepada seluruh dunia laa..biologist2 dan saintis seantero dunia
#lockdown
#cikgubio
#tokpaq

ALBINISME

Masa #cikgujill sekolah rendah pernah jumpa Albinisme ni. Takut mula tu tengok yelah dah putih sepuhhh....nak lari cepat2. Kalau kat negara lain..dapat anak camni depa akan fikir bala dan sihir.
Sebab tkde knowledge. Jangan takut...depa macam kita juga..cumanya...
Albinisme ni adalah disebabkan oleh sejenis mutasi gen. Dan ianya diwarisi. Perubahan pada gen yang terlibat dalam sintesis pigmen melanin. Terdapat kekurangan pigmen melanin pada kulit, rambut dan mata. Saya jenis terlebih melanin...sebab tu kulit gelap. Apa yang pentingnya pigmen melanin ni? Sesapa boleh explain ..?😁

Depa ni tak boleh terdedah kepada keamatan cahaya yg tinggi, so dinasihatkan pakai topi, pakai payung, baju lengan panjang, seluar panjang time keluar pada cuaca panas. Soalan ni pernah keluar dlm SPM Biologi Tahun 2016..kalau tak silap.
Pls jangan double standard pada individu tersebut. Respect them and they will respect us!!!
#cikgubio
#tokpaq

KEMBAR TIDAK SEIRAS

Best kan dapat anak kembaq. Kembaq dua, kembaq tiga, kembar 5, kembaq 7..perghhh!!
Sekarang #cikgujill nak explain pasal kejadian kembar macam kes saya le..saya ada kembar lelaki namanya Mohd Azrien tak caya kewww? Kami dua adik beradik je..of course muka kami tak sama..dia hensem saya cantikkk sangat..kikikikiki 🤭🤭 (sila percaya dia hensem..jgn percaya saya cantik!)
Camna pembentukan kami ni....
✔️ dua ovum disenyawakan oleh dua sperma
✔️pembahagian embrio tidak berlaku
✔️mempunyai plasenta masing-masing
✔️kandungan genetik tak sama (cth saya XX dia XY)
✔️jantina sama atau berbeza
✔️lazimnya tidak seiras

So sapa boleh gtau camna boleh ada kembaq 9..kembaq 11 (seriously?)
Topik ni belajar dalam Biologi T5 dan Sains Teras KBSM
#cikgubio
#tokpaq
*pic from google. Kembaq ni popular...tau tak sebab apa..?