Thursday, June 11, 2020

HAIR DRESSER HAIR STYLIST

Tukang gunting rambut, tukang cuci rambut bagi #cikgujill adalah orang profesional(hair dresser / hair stylist) Mereka pun ada style!! Kerja macam tu memerlukan ketelitian dan kesabaran. Tengok cara pegang gunting pun..klassss!!! Saya sejenis jaga rambut dari dulu-dulu. Sebab, sejarahnya rambut saya pernah mencecah buku lali, bila sambung belajar umi saya suruh potong. Jadi sejak dari tu saya mula concern dengan rambut saya.
Salon rambut biasanya akan kenakan bayaran rm25-rm35 untuk wash and blow. Ada salon lebih dari tu, bergantung kepada produk yang digunakan. Puas hati. Sekali-sekala kena suruh orang basuh rambut kita sebab depa akan garu-garu, tonyoh-tonyoh dan buat sedikit urutan di kepala.
Bila kita g salon tak kisahlah untuk basuh, blow, gunting dan trim iron..color,scalp teatment..perlukan masa yang lama. Dinasihatkan buatlah temujanji sebelum p ke salon tersebut.
Jual dan promosi produk masa tengah basuh rambut kita itu, adalah perkara biasa. Terpulang, kalau nak beli..boleh beli. Selalunya, mereka akan suggest produk yang memang kita perlukan berdasarkan apa yang mereka rasa bila pegang rambut kita. Kita rasa rambut kita sihat..hakikatnya rambut kita tu dry dan tidak bermaya.
Mereka pakar setengah tu memang ada sijil dan kelayakan (antarabangsa pun ada!) Hargailah mereka dan sila hormat mereka.
Lagi satu, bila di salon, mereka akan buat kita rasa selesa. Selalu puji kita, dan membuatkan kita rasa lebih yakin. Bila dah siap wash dan blow..ada kelainan pada rupa kita. Rambut kita lebih volume dan jadi lebih ringan.
Saya tak pernah berpeluang cuba salon-salon yang hebat seperti yang ada di KL dan mana-mana. I love to..nak rasakan kelainan bila stylist pegang rambut dan buat yang terbaik untuk rambut kita. Sayangi lah rambut kita..makan makanan banyak vitamin.
Tapi kan best..kalau salon tu ada mini bar, sambil tunggu boleh minum kopi dan makan sandwich..or cakes.
Kat Perlis ada salon yang best. Staff pun sweet..
*salon yang ada di Singapore..pic kredit to Google
#salonrambut
#jagarambut

Saturday, June 6, 2020

CARA MASAK SINGGANG UNTUK ORANG MALAS EH!!!

Masak ikan singgang la weh hari ni. "Lunch" #cikgujill hari ni kul 11.30 pagi. Masak ikan singgang ni dikatakan orang paling malas masak macam saya ni.
Sebab ianya paling mudah. Hiris bawang merah,bawang putih,lengkuas dan cabai. Boh asam keping,kunyit hidup dan belacan (ikut suka lah banyak mana pun..hehee!!)

➤bawang merah
➤bawang putih
➤lada/cabai
➤lengkuas
➤asam keping
➤kunyit hidup (serbuk kunyit pun ok)
➤belacan
➤garam dan perasa
Rebus..bila dah mendidih masukkan ikan. Ikan aya pun sedap. Saya boh ikan termenum je pun. Garam dan perasa. Rebus bagi lama sikit yer. Pahtu hirup kuah panas2..ikan tu satg gaul dengan ayaq asam,gu lak dengan petai. 4 kali tambah nasi itu kira normal laaa...
Siapa nak diet..bagus menu ni. Sebab rebus je. Tp makan nasi sikit sudah.
Selamat lunch semua...
#mahn
#singgangkelantan




Lunch style kampung ni selalunya yang paling best. Kannnn???

Friday, June 5, 2020

MOVIE REVIEW - OLD FILM BUT STILL WOW...SERENDIPITY

One of my favorite movie and I just love the word. Those who are in love you should watch this . You can watch this movie with your bff or with your mom. No crime. This movie it is all about love. Yes..am not an expert about love but I do have experience about love. This movie taught me no matter how you plan something if God say is not in your fate, then it will not happen. So don’t blame God.
First time I laid my eyes on Kate in this movie, I wanna be like her. I wanna have hair like her, I wanna have body like her and talk the way she does. She is so perfect to me. Hahhaha..!
John Cusack pun hensem in this movie ( dlm Con Air pun ) but dalam citer ni he looks so sweet. Yang jadi Sales Executive kat mall tu pun sabaq je lah. I don’t know how to tell why I love this movie so much. But, I bet once you watch this movie, you will have a smile on your face all day.
This is old movie..I watched it when I was 20 years old ( really???u r kidding right?) but still my favourite. If you agree that this movie is good then am suggesting the other movie “ Autumn in New York”. Arghhhh...nangis wehh..!
What is wrong with me tonight? I keep reminiscing the old movie that I used to watch when am all alone after afternoon shift at work. Seriously..it is good!!! Pls watch then share your thoughts....

ITU LAH KAWAN KITA !!!

Semua orang ada tafsiran sendiri terhadap kawan-kawan. Seperti diriku, dari zaman tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matriks, university, kerja McD, kerja hotel, kerja cikgu...dunia fitness sudah tentu daku mempunyai banyak kawan. Pelbagai latarbelakang, pelbagai karenah. Macam-macam kawan daku ada. Bangsa asing, Melayu, Cina, India...semua jadi kawan. Dulu masa kerja di hotel, susahnya nak berkawan. One thing that I learned dalam persahabatan adalah kita kena terima kelebihan dan kekurangan kawan kita. Sekiranya, kita ada sesuatu yang kita tidak berkenan tentang sesuatu kawan kita or maybe kita tak selesa langsung bila berkawan dgn kawan tersebut, why not just avoid dan tak perlu mix or hang out with them at all. But, susah daku nak jumpa kawan yang daku totally tak suka. (Am Sagitarius..suka jer berkawan ok !)
Bila dah ramai kawan, and we want to keep that friends...of course we should have specific characters to make sure kawan kita akan suka kawan dengan kita sampai bila-bila. Daku juga ada kelemahan bukan sentiasa kawan-kawan menyenangi apa yang kita buat. Terima kasih daku ucapkan pada kawan-kawan yang masih lagi menyenaraikan diri daku sebagai kawan mereka. Ikhlas diri ini merindui setiap momen yang kita cipta sepanjang perkenalan kita.
Until now, daku masih mempunyai bff yang jarang sekali jumpa yang kenal luar dan dalam. Tetapi disebabkan jauh kami jarang jumpa. And now at this age 38, daku dikelilingi kawan-kawan yang baik...bila bersalin dapat baby, bila buat makan-makan kawan-kawan datang mengunjung dengan penuh ceria, menyokong di antara satu sama lain, berkongsi idea, bergossip bab artis, berkongsi barang mekap...stalk instagram artis...dan sebagainya. Perkara normal yang selalu dibincangkan bila bersama kawan. Sekali-sekala dapat escape ..minum kopi, berzumba, bershopping sedikit sebanyak mententeramkan jiwa. Kalau tidak dapat berjumpa dapat bercakap melalui telefon pun sudah seribu nikmat !!!
Kawan-kawan yang daku selalu jumpa adalah di tempat daku berkhidmat sekarang ini (#tokpaq)Semoga ikatan persahabatan yang terjalin kekal dan dirahmati Allah. Secara jujurnya, sekarang ini daku mengimbau kenangan bekerja di hotel. I’ll share with you all pengalaman lucu ketika daku as a Guest Sevice Agent (Front Desk) di Parkroyal Batu Feringhi. Trust me..it was so hillarious !!!!!

NOVEL REVIEW -SUPRISE ME !!!!

I am reading “Suprise Me” by Sophie Kinsella now. Almost two months am still not finish it. Too slow. It is a good read, but I don’t know the distraction is everywhere. Siapa yang memang kaki novel Sophie Kinsella memang agak dapat bayang la macam mana jalan cerita nya.

Very dramatic. It's a story of a husband and wife who's been together for almost ten years. Then they went to counselor. The counselor informed that their relationship would last for a longer period of time. So, to avoid being bored in the relationship, the wife planned a variety of surprise ideas to make their relationship so cheerful.

Bayangkanlah we will live with our partner for a long time. With the same routine , waking up, breakfast, lunch, dinner ... then make love!! Naturally to fall in love is easy but to remain in that love tu yang susah.
Am really suprises to see many girls are married at early age. At age 19 they were married. Yes, jodoh di tangan Allah. But for myself, as a wife's is not easy.

Marriage is not just taking beautiful pictures, beautiful gown and glamour make up on your wedding day it is beyond that. Well..it is not about behind the closed door too. It is more like you give everything body and soul. You must give everything to remain in this marriage.
Congrats pada yang dah kahwin , am not saying that I against the early marriage..but am very suprises to see many girls at that young age are very strong to take the responbilities. My life at age 19, still struggling with the future and most of the time I truly enjoyed myself ( g concert lepak fast food..things like that) Except, I do not have much money to travel if at that point, there's money I'll choose to travel.


Then I met him. and I thought he is the one ...picture us together. Holding hand and plan for our future. Miserably..he is not the one (till now I keep thinking about him..what he is doing right now or where exactly are you now? )

MY MOMENT WITH MOM


Still remember clearly the moment in year 1987. That time I was 7 years old ( long time ago!) Daku tak mahu kehilangan ingatan tentang moment ini sebab daku love my mom very much. But am sure you all pun ada memori yang indah-indah with your mom.
That year..daku selalu bertanyakan pada my mom..macam mana umi daku boleh siapkan kerja di rumah dengan cepat. Boleh basuh baju, sidai baju..masak dan jaga kami (me and my twin). Yes..bak (my dad) memang menolong umi daku..they were happily doing house work together..(Alhamdulillah till now)
Bila daku tanya umi siapa yang tolong dia buat kerja, umi akan cakap umi ada “Puteri Kayangan” yang tolong. Aku terkejut. Bagaimana seorang puteri boleh turun dari kayangan dan menolong umi. Aku bertanya lagi, macam mana umi panggil dia?
Umi menjawab “ Tuan Puteri Kayangan datanglah turun ke bumi, marilah menolongku”
Umi juga menambah...kalau nak panggil dia kena panggil waktu tiada orang di rumah..sunyi-sunyi.
Pesan tu melekat di dalam kepalaku.
Disebabkan teringin nak jumpa dengan Puteri Kayangan tersebut..pada waktu petang sedang daku bermain dengan kawan-kawan, ku berlari masuk ke dalam rumah seorang diri dan menyeru seperti yang umi ku beritahu. Sambil pandangan ku memandang sekeliling..tiada apa pun yang muncul. Tunggu agak lama dan ku berasa dahaga. Tuan Puteri masih belum muncul. Ku seru lagi..tunggu dan tunggu..putus harapan. Tuan Puteri Kayangan tidak muncul. Daku terus mencapai gelas yang berisi cecair oren di atas meja. Terlalu dahaga dan terus meminum nya. Berdeguk- deguk aku menelannya. Aku perasan ada kelainan pada minuman tersebut. Tanpa memikirkan apa-apa dan penuh rasa kecewa, ku terus keluar dan sambung bermain dengan kawan-kawan di padang.
Waktu Maghrib dalam kekalutan di dalam rumah, aku terdengar umi aku bertanya pada bak...”mana minyak masak dalam gelas? Yang letak atas meja..sebab balance dari goreng keropok tadi?”
Aduh!! Ku terminum minyakkkkkkkkkk masakkkkkkkkkkk...tidakkkkkkk!!!! Saat ini, ku masih dapat rasakan rasa berminyak yang teramat sangat di kerongkong.
Tuan Puteri Kayangan? Mitos umi ku. Yes..mitos..huhuuuuuuuuuuhuuuuu
Terima kasih umi Norizan Mohd Nor

Wednesday, June 3, 2020

KEBAIKAN IKAN SALMON !!!

Ada orang bau ikan pun nak muntah dan pening. #cikgujill pun ada juga..bila bau ikan busuk dan perut ikan yang lupa buang dalam tong sampah..hhehehe 😅
Saya pun mula minat makan salmon masa umur 22 tahun kot ( baru tau ada ikan salmon) Rasanya sebab terjebak dengan makan sushi. Mula-mula bawa saya p makan kak Ayu Sting (ingat lagi tak?) Lepas tu dok p sushi dengan Kak Eva Hanny Yusof
Suka bau salmon, nama saintifik Salmo salar ..hanyir2 tapi sedap. Paling mudah grilled je..lepas tu perah lemon (saya ni jenis simple!) Kenyang. Saya tau ramai kawan saya peminat ikan ni. Ada yang buat asam pedas lagi...
Well..ini nota Biologi sebenarnya..heheee
Kebaikan makan ikan salmon ni ...
sumber yang baik utk protein dan vitamin
mengurangkan risiko cancer dan penyakit kardiovaskular
meningkatkan daya ingatan dan fungsi otak
Itu di antara kebaikan salmon. Boleh google banyak je...
Dalam exam Biologi selalu disebut tentang kardiovaskular, penyakit kardiovaskular. Masih ada student yang tak berapa nak faham.
Sakit jantung tidak diterima sebagai jawapan kalau kesan pengambilan makanan yang tidak seimbang atau gaya hidup tidak sihat yer.
Penyakit kardiovaskular lebih merujuk kepada salur darah arteri bahagian jantung sempit disebabkan oleh kolestrol terenap pada dinding dalam arteri dan tekanan darah tinggi (bukan hanya sebut darah tinggi)
Jadi, pakat jaga jantung masing-masing..sebab takdak "spare part" jantung dijual kat kedai..🤔sama-samalah kita...
Kat Perlis ni boleh p beli kat Giant..kalau nak siap masak yang sedap di Hannah Cookies
Ayu Ayuez perasan tak soundttrack ni....

ENTOMOLOGY WAR-FLY

Lalat ?? Yes lalat..boleh dijadikan senjata perang. Digunakan dalam Perang Dunia kedua. Teknik Shiro Ishii (Japan) Sejenis bom, dalam bom itu diletakkan lalat dan bakteria Vibrio cholerae yang menyebabkan penyakit Kolera (Taun). Pada awalnya mebunuh 60,000 orang, tetapi disebabkan impak tu tersebar sejauh 200 km radius, menyebabkan kematian meningkat kepada 200,000 orang. Sukar dipercayai..tapi itu fakta

Organisma yang ada mata 3 ni..haluih je..sekali kita tenyeh boleh mati dah..tetapi powerful. Mata dia boleh mengesan dan proses maklumat visual 7 kali lebih baik dari mata manusia. Lalat-lalat ni nampak pergerakan kita dalam slow motion sebab tu susah kita nak tangkap lalat.
Lalat nama Genus nya adalah Musca dan spesiesnya adalah domestica.
Nama saintifik Musca domestica (Biologi Ting 4)
Wujud seawal zaman senozoik ( Sains Ting 1)
Boleh bertelur sebanyak 100 biji yang kita panggil tahi lalat tu..warna putih2 tu..(geli!!!) Suka hinggap pada najis dan bahan-bahan mereput jadi di badannya saja banyak parasit dan patogen yang boleh bawa penyakit (vektor) Contoh parasit yang 'regular' pada lalat adalah Ascaris lumbricoides (sejenis cacing u olssss..) dan boleh menyebabkan penyakit Kolera (Taun)- Keracunan Makanan dan Typhoid. Semua ni belajar dalam Biologi Ting 4
Kempen bunuh lalat telah diperkenalkan sejak tahun 1958-1962. Sebab kesedaran bahayanya lalat ni. Jadi..jangan lak plak ada buat hobi bela lalat 🤢
Dulu ada movie tajuk "The Fly" di mana menggabungkan genetik manusia dan lalat. Pernah tengok ke tak???
*gmbr cantik kredit to my twin yang handsome Cikgu Mohd Azrien yang hobi nya memang photography. Sila tgk kat fb dia..dia suka macrolens..👍

SISTEM PERNAFASAN BAGI SERANGGA YANG PATUT KITA AMBIL TAHU !!!


Image may contain: plant, outdoor and nature

Kalau kita selam kepala pepatung ni dalam air..rasanya ianya akan mati ke tak? 🤔 cuba fikirkan sama-sama.
But first..cuba bagitahu kat #cikgujill kenapa ikan boleh mati bila kita bawa keluar dari air? Padahal oksigen ada je..kann?
Pepatung ni dari Order Odonata telah wujud lebih kurang beratus juta tahun dahulu pada Zaman Mya. Dulu saiznya besar. Sayapnya saja dah 30 inchi.
Sistem pernafasan bagi pepatung dan serangga lain ialah sistem trakea. Di bahagian badannya (toraks dan abdomen) tepi2 badannya ada satu liang kita panggil Spirakel. Oksigen akan masuk melalui spirakel. Di situ oksigen akan masuk dan melalui trakea dan seterusnya bercabang kepada trakeol. Akhir sekali direct ke sel-sel badan.
spirakel -->trakea --> trakeol -->sel-sel badan
CIRI-CIRI TRAKEOL
🖍bilangan trakeol yang banyak
🖍dinding trakeol nipis dan lembap
Student Biologi belajar ni masa Ting 4, bukan pasal serangga saja..katak, ikan dan manusia depa belajar.
*gmbr kredit to my twin again..cikgu Mohd Azrien

CARA MAKAN JERUK MAMAN

Menu ni kalau tengah makan jangan dok kacau la #cikgujill..pulun!
Ramai orang suka makan ni..sayuq ni kita panggil jeruk maman.
Sayur maman ni nama saintifiknya Cleome gynandra. Cara tulis nama saintifik belajar dalam Biologi T4.
Ada yang warna ungu dan kuning. Ramuan nak buat jeruk ni kena suruh orang2 "lama" buat. Lagi sedap..macam simple je air, garam dan nasi. Tapi ada yang buat tak berapa nak jadi..
Sayur ni banyak ditanam di Negeri Sembilan. Banyak khasiatnya, boleh buang angin dan rawat buasir. Ada caranya...
Sesiapa yang tak pernah try..sila laa try. Sedap hirup..makan ni pun kenyang...hehehee🤩🤩🤩💪🤭
Sambil makan layan lagu Zumba..
Cover depan tu idea kreatif Mas Sha Len 🤩🤩
#cikgubio
#EduFluencer
#sayurkampung